LAPORAN PENYEBARAN RISALAH SYIAH DI NEGERI SEMBILAN 1.0 - TopicsExpress



          

LAPORAN PENYEBARAN RISALAH SYIAH DI NEGERI SEMBILAN 1.0 Pendahuluan : 1.1 Penyebaran dakyah dan propaganda Syiah didapati semakin berleluasa di Negeri Sembilan. 1.2 Risalah yang disebarkan didapati berselindung di sebalik isu-isu seperti perpaduan dan pembebasan Al-Quds bertujuan untuk mendapatkan perhatian masyarakat dan menyentuh sentimen agama. 1.3 Kronologi penyebaran risalah ini di serata Negeri Sembilan menunjukkan keagresifan entiti ini untuk mendapatkan pengiktirafan di Malaysia dan sekali gus memperkecilkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh institusi fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri. 2.0 Kronologi Penyebaran Risalah Syiah Edaran risalah Syiah ini didapati dilakukan secara teratur dan berani seperti berikut: 2.1 Penyebaran risalah Syiah setebal 47 mukasurat dikenalpasti telah berlaku di beberapa buah masjid di sekitar Seremban antaranya di Masjid Seremban Jaya, Masjid Taqwa, Masjid Taman Rasa Sayang dan Masjid Taman Panchor Jaya. 2.2 Malah aduan dari masyarakat setempat juga menyatakan bahawa entiti ini bergerak bebas menyebarkan risalah-risalah ini di sekitar daerah Seremban, Tampin dan Rembau. 2.3 Pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan di padang Majlis Perbandaran Seremban baru–baru ini, risalah dalam bentuk “flyer” telah diedarkan kepada semua kontingen yang menyertai perarakan sempena sambutan Maulid ar-Rasul. 2.4 Menyedari kandungan risalah itu yang memperjuangkan golongan Syiah, justeru sebahagian risalah telah diambil dan diserahkan kepada pegawai Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS untuk tindakan. 2.3 Risalah kecil tersebut telah diedarkan oleh syarikat air minuman kesihatan yang terkenal iaitu GESUNDHEIT LABORATORIES & PHARMACEUTICAL SDN BHD yang beralamat di WISMA GESUNDHEIT,NO. 10 & 12 DESA MELAWATI KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN 53100 MALAYSIA dan terkenal dengan air minuman ECPI sebagai produk utama syarikat ini. 2.5 Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah menghubungi pegawai syarikat tersebut pada hari Jumaat jam 11 pagi dan 3 petang dan syarikat tersebut mengakui bahawa risalah tersebut dikeluarkan oleh syarikatnya. Malah mereka berjanji akan bertanggungjawab atas segala persoalan yang akan ditimbulkan oleh pihak berkuasa. 3.0 Kandungan Risalah 3.1 Kesemua risalah yang telah disebarkan mengemukakan isu Risalah Amman ( The Amman Message ) yang didakwa menjadi hujah untuk mendapatkan pengiktirafan entiti Syiah di Malaysia. 3.2 Golongan ini mendakwa berlakunya ijmak 500 orang ulama muktabar dari 50 buah negara yang secara khususnya telah mengiktiraf sahnya lapan (8) mazhab terdiri dari Ahlu as- Sunnah (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali), Syiah (Ja’fari dan Zaydi) , Ibadhi dan Thahiri. 3.3 Mereka menganggap perakuan 500 orang ulama ini sebagai ijmak yang menjadi sumber perundangan Islam dan ianya wajib dipatuhi. 4.0 Keperluan Membenteras Ajaran Syiah Status ajaran Syiah sebagai ajaran yang menyeleweng telah diputuskan dalam fatwa yang dikeluarkan di peringkat kebangsaan dan negeri: 4.1 Fatwa diNegeri Sembilan berkaitan ajaran syiah ini telah diwartakan pada 27 Februari 1998. 4.2 Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga telah membincangkan perkara ini pada 5 Mei 1996. 4.3 Ajaran Syiah adalah ajaran yang menyeleweng. Mendakwa Imamah sebagai Rukun Islam yang pertama dan termasuk dalam Usuluddin. - Jika menolak kepercayaan terhadap Imamah ia boleh membawa kepada kekufuran dan keluar daripada Islam. - Menyakini bahawa seorang Imam perlu ditetapkan oleh Allah melalui Nabi SAW. - Kerasionalan perutusan Imam selepas Nabi SAW demi memelihara al-Quran daripada tafsiran golongan yang dianggap tidak maksum oleh Syiah. (Usuluddin Aqidah Islam, m/s 184). 4.4 Menafikan kekhalifahan Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan Sayyidina Uthman. - Menuduh Sayyidina Abu Bakar merampas hak khilafah yang sepatutnya disandang Sayyidina Ali. - Menuduh Sayyidina Umar pengkhianat Nabi SAW kerana mengharamkan nikah mut’ah. - Mendakwa Ahli Sunnah telah mencipta alasan untuk mengesahkan jawatan khalifah yang disandang oleh 3 khalifah di atas. 4.5 Mengkafir dan memfasiqkan para sahabat. - Mendakwa para sahabat adalah munafiqin ( Buku Khair Izzah- Menuju Titian Kebenaran) - Mengkafirkan 3 khalifah dengan dakwaan mereka melanggar nas al-Quran dan al- Hadith yang membuktikan Sayyidina Ali yang sepatutnya mengganti Nabi SAW. 4.6 Mendakwa bahawa al-Quran telah diubah - Golongan Syiah membuat riwayat palsu bahawa Sayyidina Ali memiliki al-Quran yang dikumpulnya sendiri. - Mendakwa al-Quran yang dikumpul oleh Sayyidina Uthman bukan al-Quran yang dikumpul pada zaman Rasulullah SAW. 4.7 Doa supaya pihak berkuasa yang menentang Syiah dihapuskan dan menuduh mereka bersekongkol dengan golongan Wahabi dan Zionis Yahudi. - Menyebarkan buku “Salafi Wahabi” di masjid dan surau dengan menyatakan bahawa bekas Pengarah JAIS, Ketua Pengarah JAKIM dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan bersekongkol dengan Wahabi, Yahudi dan Amerika. 4.8 Mengharuskan perbuatan meliwat - Fatwa Syiah mengharuskan perbuatan meliwat isteri dan melakukan hubungan seks melalui dubur. Kes di Sabah (2011), seorang isteri mohon fasakh dari suaminya yang berfahaman Syiah yang mendesak melakukan seks luar tabie bersesuaian dengan fatwa Syiah. - Fatwa ini disebut di dalam kitab Tahrir al- Wasilah karangan al-Khomeini, Masalah 11 halaman 221. 4.9 Menyambut Hari Karbala pada setiap 10 Muharam - Pada tahun 2011 Syiah telah menghantar surat kepada JAIS dan salinan kepada Menteri, Ketua Polis Negara memaklumkan hasrat mereka mengadakan majlis sambutan Asyura. - Mendakwa golongan Ahli Sunnah membunuh Sayyidina Husain RA kemudian berpesta atas kesyahidan Sayyidina Husain RA. - Menggunakan peristiwa Karbala untuk mempromosikan Syiah agar semangat memperingati Karbala dijadikan contoh untuk membebaskan Baitul Maqdis daripada Zionis ( Artikel Cinta Asyura dan Karbala tulisan wartawan Utusan, Helmi Mohd Foad(HMF)-07 Januari 2009) 4.10 Mempertahankan amalan nikah Mut’ah - Kitab Mukhtasar al-Ahkam terbitan markaz Ahlul Bait UKM ada mengajar kaedah nikah Mut’ah di halaman 167. - Syiah mendakwa pengharaman nikah Mut’ah hanya dilakukan oleh Sayyidina Umar dan tidak pernah diharamkan oleh Nabi SAW bahkan halal sampai ke hari ini( Buku Pertahan Syariat Muhammadiyah-Khair Izzah hlmn 195-198 ). 4.11 Mempertikaikan kesahihan dan keutuhan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah - Faisal Tehrani dalam buku Perempuan Nan Bercinta telah menghina pegangan ahli Sunnah Wa al-Jamaah, antaranya: - Mempertikaikan keabsahan pegangan majoriti umat Islam di Malaysia dan menyatakan pemikiran mazhab Syiah lebih asli berbanding pemikiran mazhab Ahli Sunnah dan mengesyorkan mereka bertukar kepada Syiah yang dianggap sebagai aliran yang kukuh. - Turut menyatakan Ahli Sunnah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah walaupun telah beribu tahun menjadi pegangan umat Islam. 4.12 Mendakwa Syiah adalah pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sebenar dan mencabar pihak berkuasa. - Menghantar memorandum (06 Jun 2011) yang ditanda tangani oleh peguamnya kepada Yang di- Pertuan Agong dan Perdana Menteri dengan antara isi kandungannya adalah: Mendakwa Syiah dilemparkan pelbagai tuduhan yang tidak benar. Mengeksploitasi slogan 1Malaysia dan prinsip kebebasan beragama untuk mendapatkan hak beramal dengan fahaman Syiah Menyatakan kesanggupan bersumpah laknat jika kesetiaan dan ketaatan mereka kepada pemerintah diragui Menyebut anggaran penganut Syiah menjangkau 200,000 – 300,00 orang Mempertikai mengapa ajaran Salafi-Wahabi dibenarkan untuk beramal tetapi ajaran Syiah tidak. Mendakwa Syiah telah sampai lebih awal ke Nusantara berbanding Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mendakwa mazhab Syiah menjadi mangsa tuduhan sesat oleh golongan Salafi-Wahabi. Mendakwa Syiah sebagai ahlu Sunnah yang sebenar kerana berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah. 5 Sighah fatwa Ke Arah Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia 1996/Khas Akidah Tarikh Keputusan: 27 Feb, 1998 Keputusan: 1. Adalah ditetapkan bahawa Umat Islam di Negeri Sembilan hendaklah mengikut undang- undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak. 2. Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. 3. Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran melalui buku, risalah, filem, video atau dengan apa-apa cara lain pun yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Status Penwartaan: Diwartakan Tarikh Diwartakan: 27 Feb, 1998 Nombor Rujukan: [JMKNNS.209(01) 914/1; PU/ NS Akta/Enakmen: N.S.P.U.5. e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/ke- arah-membendung-pengaruh-syiah-di-malaysia 6 Penutup Oleh kerana isu penyelewengan Syiah ini merupakan isu akidah, dan bercanggah dengan pegangan ahli al-sunnah wa al-jamaah, sewajarnya ia diberi perhatian dan diketengahkan agar penularan ajaran ini dapat dibendung. Setiap anggota masyarakat perlu menjadi mata dan telinga kepada agensi agama dalam membanteras ajaran ini. Bagi sebarang kekeliruan tentang fahaman Syiah, sila hubungi :- Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Tingkat 3,Bangunan SUK Lama, Jalan Dato Hamzah, 70990 Seremban, Negeri Sembilan. Tel : 06-7652426 Fax : 06-7652427 Email : [email protected] Bagi sebarang aduan tentang penyebaran fahaman Syiah, sila hubungi :- Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan Darul Khusus, Pt 973 Jalan Medan Rahang, 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. 06-7672611 sambungan 2747 Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS 06-7672756 / 06-7672757 Kaunter Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS 06-7672867 Fax Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS [email protected] Email Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS
Posted on: Sat, 09 Nov 2013 05:19:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015