LYNAS BAHAYA !!! ( Iye - TopicsExpress



          

LYNAS BAHAYA !!! ( Iye ke??) ************************************* Aku tau isu ni dah setahun berlalu, dan sekarang senyap sunyi.. Sbb pilihan raya dah habis... Tiada lagi demonstrasi anti Lynas... Sbb tugas mereka utk menakut-nakutkan rakyat dah berjaya... Aku bawa balik isu ini....sebab... Ada perkara yg PALING LUCU.. Yg aku nak kongsi... Kat bawah ni adalah article Dr Dzulkefli Ahmad, Pakar Toksikologi ... PAS... ************************************* ".......,,..8. Untuk peringatan semua, khasnya pihak PSC, AELB dan rakyat di Balok-Gebeng dan diseluruh negara, anggaran jumlah radioaktiviti dalam 1 tahun adalah seperti berikut, berdasarkan sedikit maklumat jumlah sisa residu yang dapat diketahui penulis. Untuk peringatan juga 1 unit Bacquerel adalah pecahan (decay) satu nucleus pada setiap saat (second) menghasilkan particles. Torium menghasilkan #alpha-particles yang 20 kali lebih bahaya dari gamma atau beta dalam mencetuskan kerosakan (damage) kepada bahan genetic (DNA Materials) dalam sel apabila berada di adalam tubuh badan dan bertindak sebagai ‘internal emitters’. Ini dijadikan sebab utama sebagai pencetus kanser oleh pandangan sebuah badan pakar di United Kingdom mengkaji risiko kanser dan toksikologi dari radioaktiviti (CERRIE- Committee Examining Radiation Risks for Internal Emitters). 9. Mengikut laporan Lynas sendiri, 32,000 ton WLP dihasilkan setahun bersamaan dengan 32 x 106 kg atau 32 x 109 g. Ini memberi jumlah anggaran radioaktiviti pada para 5.87x 32 x 109 = 155.6 x 109Bacquerel (Bq) bersamaan dengan 155.6 x 103 Megabacquerel (MBq) bersamaan dengan 155.6 Gigabacquerel (GBq) atau 3 Curie! Jumlah radioaktiviti yang amat besar yang terkumpul di sesuatu tempat. Namun lebih bahaya adalah bentuk atau ‘debu atau dust’ yang diakui oleh AELB khususnya kepada pekerja yang andainya dihidu akan tersimpan dalam paru-paru, pancreas dan tulang. Tentu SPF bukan caranya mengendali sisa radioaktif ini secara mapan, maka ia memerlukan PDF yang masih lagi dalam alam teori dan penyelidikan. 10. Ingat apa makna 1 unit Bacquerel! Memang Lynas adalah sebuah kilang kimia dan bukan kilang pepasangan nuklear atau pengeluaran #torium seperti disebut dalam laporan PSC. Akan tetapi kalau jumlahnya setahun adalah 155.6 MBq, bayangkan 10 kali ganda dalam 10 tahun dan torium mempunyai separa hayat yang panjang selama 74,000 tahun dalam emisi #alpha particlenya, maka dalam setahun sahaja telah terkumpul sebanyak yang mesti disimpan di dalam simpanan sementara ‘Residue Storage Facility (RSF)! Sebab itu persoalan mempersiapkan PDF (Permanent Depository Facility) adalah penting sekarang dan bukan seperti Lynas dakwa 17 tahun lagi......" Sumber : drdzul/2012/06/24/lynas-psc-lebih-sudu-dari-kuah/ ************************************* Apa yg Dr Dzul x cerita adalah... ************************************* Beliau menceritakan bahaya #alpha particles... Apa yg beliau SAMPAIKAN.. Memang benar... Setiap nucleus menghasilkan pelbagai radiaaktif seperti alpha, beta dan gamma particles... Antara ketiga2 nya.. Yg paling toksik dan bahaya adalah #ALPHA.... Aku sgt setuju.. Tetapi.. Apa yg beliau TAK SAMPAIKAN adalah : Alpha particle a) bole bergerak hanya beberapa centimeter di udara. b) bole di serap ( absorb ) hanya dgn sehelai TISSUE sahaja atau c) bole serap 40 MICROmeter dari permukaan luaran kulit sahaja. (^_^) #Kesimpulan: Kita akan selamat dari alpha particles ... Cukup sekadar melilit tisu di badan.. Dan masuk ke kilang Lynas.. (^_^) ************************************* Dr Dzul bermain unit yg cukup bijak dari seorg politician... Beliau menggunakan "Bacquerel" (Bq) sbg unit dlm article beliau... Aku tak kata ianya salah.. Bacquerel di gunakan utk mengukur jumlah radioaktif yg terhasil dari sesuatu bahan pada sesuatu masa... TETAPI.. Apa yg beliau sembunyikan adalah jumlah dose yg absorb dlm badan... Tak semua radioaktif yg terhasil akan absorb dlm badan.. Itu sebabny.. Unit yg kita gunakan adalah berbeza... Unit bagi jumlah radioaktif yg absorb dlm badan adalah "Sievert" ---- amount of energy deposited in unit mass of tissue (1Sv is 1 J/kg).... Itu sbb ny kita tak bole nak convert Bq kpd Sv... Kita perlukan tenaga particle itu, jenis tisu yg terima dose itu, rate particles itu di hasilkan... Maka ... Baru kita boleh kira .. Total radiation dose yg absorb dalam badan kita... Utk pengetahuan semua... Teng.. Teng.. Teng.. (^_^) Jumlah absorb radiation dose dari LYNAS adalah : 0.002mSv Jumlah absorb radiation dose dari perokok adalah : 150 mSv #Kesimpulan : Adalah selamat kita tidur dalam kilang LYNAS dari kita tidur sebelah perokok... (^_^) ************************************* Ko org boleh faham tak? (^_^)
Posted on: Mon, 07 Oct 2013 09:09:18 +0000

Trending Topics



/div>

Recently Viewed Topics




© 2015