Lailatul Qadar DiHayati Kemenangan DiRai السلام - TopicsExpress



          

Lailatul Qadar DiHayati Kemenangan DiRai السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Qadar : إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan tahukah engkau apakah itu Lailatul-Qadar?. Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! Kini kita telah berada pada 10 hari dan malam terakhir daripada bulan Ramadhan yang dijanjikan Allah bahawa ada di antara malamnya suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Anugerah yang amat berharga ini telah dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Qadr di mana antara sebab turunnya surah ini ialah sebagaimana disebut oleh Ibu Jarir mengeluarkan daripada Mujahid dengan katanya: Adalah pada umat bani Israel ada seorang pemuda mendirikan malam sehingga Subuh. Kemudian dia berjihad melawan musuh pada siang hari sehingga petang. Dia melakukan amalan ini selama seribu tahun lalu Allah menurunkan ayat ini yang memberi galakan dan kelebihan kepada umat nabi Muhammad s.a.w yang mendirikan malam al-Qadar di mana mereka akan memperolehi ganjaran yang lebih baik daripada pemuda bani Israel tadi Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Adalah Rasulullah S.A.W telah beriktikaf pada malam-malam sepuluh terakhir daripada Ramadhan dan baginda S.A.W bersabda yang bermaksud : Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir daripada Ramadhan Antara hikmat disembunyikan Lailatul Qadar menurut Imam al-Razi seorang ahli tafsir terkenal ialah yang Pertama : Agar umat Islam dapat membesarkan keseluruhan malam bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja. Kedua : Bimbang umat Islam tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat walau pun telah ditetapkan malam tertentu atau pun dia melakukan maksiat pada malam itu sehingga mendapat kemurkaan Allah kerana berbuat maksiat dalam keadaan tahu lebih besar dosanya. Ketiga : Supaya umat Islam bersungguh-sungguh mencari Lailatul Qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu. Keempat : Melahirkan umat yang menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan Lailatul Qadar sehingga meningkat amal solehnya. Amat malang jika orang lain menggunakan masa yang begitu istimewa ini untuk beriktikaf di masjid sedangkan kita asyik sibuk di Super Market. Amat rugi jika orang lain sibuk menggandakan amal soleh pada hari-hari terakhir Ramadhan sedangkan kita terlalu sibuk dengan persiapan hari raya. Amat kurang cerdik bila orang lain lebih mengejar tawaran istimewa daripada Allah sedangkan kita lebih seronok menyahut jualan murah di pasaraya. Amat kurang bijak bila orang lain berlumba menambah bekalan akhirat sedangkan kita terus asyik dengan dunia Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 123 surah Ali Imran : وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan Badar sedangkan kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah Ramadhan pernah menyaksikan kemenangan besar tentera Islam dalam peperangan Badar al-Kubra pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah dan pembukaan Kota Mekah pada tahun 8 Hijrah menunjukkan kepada kita bagaimana lemahnya nafsu membolehkan semangat juang semakin kuat. Puasa bukan penghalang yang memadamkan semangat juang sebaliknya ia sebagai suatu tarbiah yang berharga dalam melahirkan umat yang hanya takut kepada Allah sehingga tidak akan tunduk kepada musuh walau apa pun yang berlaku. Antara faktor utama kemenangan tentera Islam dalam mengalahkan musuh ialah [1] Teguh hati di mana tanpa keteguhan hati pasukan muslimin dan peneguhan Allah dengan malaikat-Nya, maka tidak akan wujud kemenangan untuk mereka. Keteguhan hati ini sangat penting kerana perjalanan dakwah adalah jalan sangat panjang dan banyak rintangannya. Dengan keteguhan hati inilah yang menyebabkan mereka mendapat kemenangan, kemuliaan dan pahala yang besar. Keteguhan dalam menyatakan kebenaran, tidak tergoda dengan takhta, harta dan wanita serta habuan dunia yang membolehkan kan pasukan muslimin mencapai kemenangan. [2] Zikrullah iaitu dengan mengingati Allah sebanyak mungkin secara lisan dan hati. Ternyata syarat kemenangan berpihak kepada orang yang sentiasa ingat Allah dengan selalu berzikir, berdoa dan qiamulail. Mengingati Allah ketika berperang akan menyebabkan seseorang akan mencapai ketinggian ubudiah kehambaaan dan keimanan kepada Allah serta tawakkal kepada Allah. Keteguhan hati dan zikrullah adalah cara untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal : وَأَطِيعُوا اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar Faktor yang seterusnya dalam meraih kemenangan ialah [3] Taat kepada Allah dan RasulNya di mana pertolongan dan bantuan daripada Allah hanya akan muncul bersama dengan ketaatan kepada Allah dan RasulNya. [4] Tiada perselisihan di mana keteguhan hati, zikrullah, dan taat kepada Allah dan RasulNya, apabila diikuti dengan berbantah-bantahan maka yang akan terjadi adalah kegagalan dan hilangnya kekuatan. Dalam perang Badar misalnya, Allah menjaga pasukan Muslimin daripada perselisihan dan berbantah-bantahan. [5] Sabar dalam menghadapi ujian dan kesusahan kerana sabar adalah senjata kekuatan sesuatu pasukan. Sabar dalam menghadapi pertempuran dan sabar dalam menghadapi musibah adalah jaminan bagi sempurnanya pertolongan yang akan diberikan Allah. Sabar bukan bererti pasif. Oleh hal yang demikian, sabar harus sentiasa diiringi dengan ikhtiar dan mujahadah. [6] Ikhlas di mana kemenangan tidak boleh diraih dengan kesombongan dan riak. Allah pasti akan menolong orang-orang yang berperang di jalanNya dengan niat yang ikhlas. Dalam Islam, bilangan bukanlah faktor yang menentukan segala-galanya tetapi faktor kualiti adalah sesuatu yang perlu diutamakan Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Sempena berada dalam bulan Ramadhan yang merupakan bukan perjuangan dalam menewaskan musuh yang tersembunyi iaitu nafsu dan musuh daripada golongan kuffar yang sentiasa memerangi umat Islam maka ini semua menuntut agar kita memenuhi segala syarat kemenangan barulah Allah akan datangkan kemenangan yang dijanjikan. Renungilah nasib yang menimpa saudara seagama kita yang sedang ditindas di tanahair sendiri seperti di Selatan Thailand, Mindanao Filiphina, Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Chechnya dan lainnya di mana atas nama memerangi keganasan maka negara umat Islam yang menjadi mangsa keganasan. Begitu juga nasib yang menimpa saudara kita apabila Kerajaan Xinjiang, China kembali mengeluarkan peraturan yang tidak adil dan ‘tidak menghormati hak asasi manusia’ terhadap muslim Uighur yang diancam akan diberhentikan dari pekerjaannya jika diketahui tidak makan pada waktu makan siang. Kempen makan siang, teh, dan kopi diberi percuma sebagai taktik untuk mengetahui siapa yang berpuasa. Para pemilik restoran Muslim dipaksa menandatangani sebuah dokumen yang menyatakan bahawa restoran akan tetap dibuka dan menjual minuman beralkohol dibulan Ramadhan, jika tidak lesennya akan ditarik. Para imam masjid dipaksa untuk berceramah kepada yang lain bahawa puasa adalah aktiviti yang berbahaya bagi kesihatan. Jika tidak, kewarganegaraan mereka akan ditarik balik. Tiada guna merayu pada musuh, tiada manfaat mengadu kepada lawan. Apa yang diharapkan ialah bantuan daripada saudara seagama yang lebih takut kepada Allah daripada musuh durjana, saudara yang lebih pentingkan akhirat daripada dunia. Berubahlah hasil tarbiah Ramadhan agar kita berjaya dunia dan akhirat. Firman Allah dalam ayat 35 surah al-Maidah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ Khutbah Aidil Fitri KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 8 dan 9 surah Ali ‘Imran : رَ‌بَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَ‌حْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ ﴿٨﴾ رَ‌بَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَّا رَ‌يْبَ فِيهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Keseronokan menyambut hari raya jangan melalaikan kita untuk memohon kepada Allah agar segala amalan soleh kita diterima dan dosa kita pula diampunkan. Kita juga memohon agar Allah menjadikan kita sebagai hambaNya yang dapat meneruskan amal soleh hasil daripada tarbiah Ramadhan pada bulan-bulan yang lain dengan penuh istiqamah. Antara cara untuk memiliki sifat Istiqamah ialah [1] Memahami dan mengamalkan dua kalimat syahadat dengan baik dan benar kerana tanpa mengenali Allah serta taat kepadaNya menyebabkan manusia tidak kenal siapa dirinya dan tujuan dia dijadikan serta ke mana tempat kembalinya selepas ini [2] Sentiasa mengkaji Al Qur’an dengan menghayati dan merenungkannya kerana al-Quran merupakan ubat mujarrab dalam mengubati penyakit zahir dan batin [3] Iltizam atau berterusan dalam menjalankan syari’at Allah termasuk amal ibadat seperti solat berjemaah, puasa, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, menutup aurat, memakmurkan masjid dan sebagainya bukan terus berhenti dengan berlalunya Ramadhan. قال الرسول e: أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ Maksudnya : “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun itu sedikit.” Siti Aisyah sendiri ketika melakukan suatu amalan selalu berkeinginan keras untuk merutinkannya secara berterusan اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Cara untuk memiliki sifat Istiqamah yang ke-[4] Suka membaca kisah-kisah orang soleh sehingga boleh dijadikan ikutan dan teladan di mana Al Qur’an banyak menceritakan kisah-kisah para nabi, rasul dan orang-orang yang beriman terdahulu. Firman Allah dalam ayat 120 surah Hud: وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنبَاءِ الرُّ‌سُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ ۚ وَجَاءَكَ فِي هَـٰذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَ‌ىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ Maksudnya : Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menetapkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman [5] Memperbanyak do’a pada Allah agar dianugerahkan sifat istiqamah antaranya يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu” اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu daripada terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”. [6] Sentiasa bergaul dengan orang-orang soleh di mana teman banyak mempengaruhi corak hidup seseorang samada ke arah kebaikan atau terheret kepada kejahatan. Jauhi tempat atau perkara yang mendorong kepada maksiat قال الرسول e: مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَ الجَلِيسِ السَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً – رواه البخاري ومسلم Maksudnya: “Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seumpama berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada dia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada dia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Berkumpulnya kita di tempat yang mulia ini pada hari yang mulia bagi menghidupkan sunnah nabi s.a.w untuk dengan sama-sama menunaikan solat sunat hari raya seterusnya mendengar nasihat melalui khutbah. Islam mengajak kita berkasih saying antara satu sama lain serta menyuburkan budaya ilmu termasuk pada hari raya yang mulia ini. Tanpa kasih sayang maka keadaan keluarga porak peranda, masyarakat menjadi huru-hara, dunia dipenuhi peperangan sini sana. Ramadhan tahun ini dikejutkan dengan pembunuhan seorang pekerja sebuah stesen TV swasta disamping jenayah yang lain yang menunjukkan antara contoh bahayanya kehilangan sifat kasih sayang. Begitu juga tanpa ilmu maka pergerakan manusia menjadi sia-sia termasuk dalam menghidupkan hari raya. Bila ada ilmu maka banyak pahala daripada amalan dan adab hari raya dapat diraih sedangkan tanpa ilmu bukan saja pahala tidak dapat malah dikotori pula kesucian hari raya dengan dosa maksiat seperti pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan, pembaziran, pendedahan aurat dan sebagainya. Akibat kecetekan ilmu ramai yang terjebak dengan ajaran sesat dan mudah terpengaruh dengan perkara yang jelas menyeleweng daripada syariat Islam. 2 bulan lepas negara digemparkan dengan tindakan nekad seorang yang mengaku Imam Mahdi menyerang pejabat pentadbiran negara di Putrajaya. Oleh itu kita wajib sedar bahawa proses dalam mendalami ilmu agama berterusan selagi hayat dikandung badan. Ibarat kata syair : “Semua bekas akan menyempit kerana penuh jika sentiasa diisi kecuali bekas ilmu di mana ia semakin meluas”. Semakin banyak kita belajar maka semakin kita merasakan banyak lagi ilmu yang kita belum terokai. Kegagalan dalam menerokai pelbagai bidang ilmu menyebabkan umat Islam terus ketinggalan dalam banyak bidang sehingga banyak bergantung kepada kepakaran orang bukan Islam. Malah pengabaian terhadap ilmu fardhu ‘ain yang dipandang remeh temeh atas alasan memperkasakan ilmu fardhu kifayah turut menjadikan semakin ramai umat Islam sendiri semakin tenggelam dengan mengejar dunia semata-mata. Ia ibarat mahu ke Kuala Lumpur tetapi tiket yang dibeli hanya setakat ke Pahang sahaja. Apa yang paling ditakuti mereka akan kehilangan kedua-duanya sekali sehingga dunia yang dikejar keciciran manakala akhirat yang bakal dilalui penuh penderitaan dan penyesalan. Kita turut merasa hairan apabila Negara telah 55 menyambut kemerdekaan dan semakin banyak tumbuh universiti tetapi banyak hospital kerajaan seolah-olah tidak mempunyai doktor wanita yang boleh mengurus bahagian kelahiran anak sehingga aurat dan maruah perempuan terpaksa didedah kepada doktor lelaki. Jika yang ada duit lebih bolehlah mereka melahirkan anak di klinik swasta yang menyediakan doktor wanita tetapi bagaimana rakyat yang susah. Akhirnya rakyat kembali semula mencari bidan kampung untuk melahirkan anak atau tidak pelik jika ramai muslimat memberi alasan untuk tidak beranak daripada mendedahkan aurat kepada doktor lelaki. Menjadi tanggungjawab besar kepada pemimpin untuk menyelesaikan masalah ini agar tidak dibebankan dengan dosa yang bakal dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di padang Mahsyar nanti. Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian, Duduknya kita di tempat mulia, pada hari raya yang mulia dengan berlainan jantina, umur, pangkat, harta mampu menanamkan rasa kasih sayang antara kita. Didikan puasa Ramadhan dikuti dengan kewajipan berzakat seterusnya nikmat hari raya di mana semuanya ini memupuk rasa kasih sayang. Kasih sayang mampu menambahkan rezeki dan memanjangkan umur kita sebagaimana sabda nabi dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim : قال الرسول e: مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ Maksudnya : Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim Imam Ibnu Hajar pernah menyebut bahawa nabi apabila disebut tentang hadis ini dihadapannya lalu baginda menjelaskan dengan hadis lain yang diriwayatkan oleh at-Tabarani yang bermaksud : Ia bukan bermaksud dilewatkan ajal tetapi ia bermaksud seseorang itu diberikan zuriat yang soleh yang sentiasa berdoa untuknya selepas kematiannya. Inilah antara keberkatan umur yang dicari iaitu bukan semata-mata banyak pada kuantiti atau bilangan angka sebaliknya walau pun umurnya pendek namun pahala amalan terus bersambung melalui doa anak yang soleh, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan sebagainya. Malah dari segi hayat hidup umat nabi Muhammad sekitar 60-70 tahun sahaja berbanding umat dahulu yang mencapai ratusan malah ribuan tahun namun dengan penganugerahan Lailatul Qadar sebagai contohnya maka keberkatan umur dengan gandaan pahala melebihi umat dahulu. Oleh itu sebagai ibubapa jangan kita sekali-kali mengabaikan pendidikan agama terhadap anak-anak agar mereka menjadi anak yang soleh yang terus memberi saham selepas kematian kita nanti. Jangan hanya pandai ‘menternak anak’ iaitu hanya tahu memberi makan, pakaian, tempat tinggal sahaja kepada anak sedangkan ilmu dan didikan agama diabaikan sehingga kita tidak mampu menumpang doa anak-anak. Proses tarbiah anak tidak akan terhenti kecuali bila berlaku antara 2 perkara samada ibubapa yang mati dahulu atau anak yang lebih dahulu meninggal dunia. Proses tarbiah anak ibarat menjaga sebuah pohon kayu iaitu bermula dengan mencari benih yang baik iaitu suami soleh dan ditanam pula pada tanah yang subur itu isteri yang solehah. Kemudian ia dibaja dengan baja yang terbaik dan disiram iaitu dengan ilmu agama. Walau pun pohon itu telah besar namun mesti dijaga daripada parasit atau perkara yang boleh merosakannya iaitu maksiat dan unsur negatif yang boleh merosakkan iman dan akhlak anak-anak. Jangan beri alasan umur telah besar panjang, anak telah keluar universiti atau pun telah berumahtangga menyebabkan proses tarbiah terhenti. Terlalu rugi mempunyai anak yang tidak berbudi dan tidak mampu berdoa untuk ibubapanya terutama selepas kematian mereka. Imam Ibnu Hajar turut menjelaskan amalan silaturrahim mampu memberi keberkatan umur dengan diberi taufiq untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan dipelihara daripada melakukan maksiat. Berkat silaturrahim juga menyebabkan kebaikan seseorang itu terus dikenang selepas kematiannya dengan kehendak Allah. Oleh itu gunakanlah kedatangan hari raya ini untuk menghubung kasih sayang اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ قال الرسول e: لا تَزُولُ قَدَمَا الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ , وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ , وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ , وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ - رواه الترمذي Maksudnya : Kedua-dua kaki tidak akan berganjak sedikit pun pada hari kiamat sehingga ditanya tentang 4 perkara iaitu : [1] tentang umur, bagaimana ia habiskan,[2] tentang masa muda ke mana dia pergunakan, [3] tentang hartanya, dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan dan [4] tentang ilmunya, apakah yang dibuat dengannya Berkumpulnya kita pada hari raya yang mulia ini dapat merapatkan yang jauh di mana ada anak yang sudah lama tidak berjumpa ibubapa, ada yang lama tidak menjenguk sanak saudara dan ada yang sudah lama tidak berjumpa teman lama. Pertemuan ini sepastinya digunakan sebaik mungkin dalam merapatkan hubungan yang semakin renggang. Cuba lihat di kiri kanan kita, lihat depan dan belakang kita. Boleh dikatakan kita dikelilingi oleh datuk nenek, ayah ibu, isteri atau suami, adik-beradik, sanak saudara dan teman-teman kita. Adakah kita boleh bayangkan bagaimana bukan sahaja pada hari ini kita mahu duduk bersama mereka untuk menyambut hari lebaran sebaliknya kita mahu turut bersama dengan mereka untuk menikmati nikmat Syurga Allah di akhirat kelak. Ingatlah bahawa untuk memasuki Syurga Allah tidak cukup setakat angan-angan tetapi mesti dengan ilmu dan pengamalan agama dalam kehidupan seharian. Oleh itu pastikan diri kita, ahli keluarga, jiran tetangga, teman-teman kita melaksanakan kewajipan agama disamping menjauhi tegahan Allah. Tarbiah Ramadhan banyak mendidik kita supaya menjauhi segala yang haram bukan sahaja dari segi makan minum malah mengawal segala anggota yang lain samada tangan, kaki, perut, kemaluan, mata, lidah, telinga daripada melakukan maksiat derhaka terhadap Allah. Kita sebagai rakyat bukan sahaja wajib menegur kemungkaran sekitar kita malah yang melibatkan teguran terhadap pemimpin supaya memerangi secara bersungguh jenayah rasuah, pecah amanah, riba serta tidak menjadikan hasil haram yang merosakkan akhlak sebagai sumber yang terlalu ditagih seperti arak dan judi di mana cukai keduanya bagi tempoh 4 tahun dari 2006-2011 menjangkau RM 24.4 bilion. Begitu juga masalah kekayaan negara hanya berlegar di kalangan ahli keluarga mereka yang berkuasa sahaja sehingga kita rasa gerun bila adanya orang Islam yang bukan sahaja menjadi pemegang saham Syarikat arak paling besar di Filiphina malah mendapat hasil jualan minyak kepada syarikat penerbangan MAS milik negara. Betapa hinanya apabila Malaysia antara pengeluar minyak utama tetapi membeli minyak daripada syarikat Arak untuk kapal terbang sendiri. Malah kita turut bimbang dengan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik dalam menyaman pesalah trafik bukan membantu dalam mengurangkan kemalangan jalanraya tetapi menjadi jalan pintas untuk syarikat tertentu dalam mengaut keuntungan mudah termasuk memeras wang rakyat yang pulang beraya. Bila pemimpin berniaga dengan rakyat maka rakyat terus menderita di negara sendiri. TV dan akhbar asyik menyiarkan wang ratusan ringgit yang diberi kepada rakyat sedangkan wang ratusan juta malah billion ringgit yang dirompak melalui rasuah dan pecah amanah minta dihalalkan. Sepatutnya 55 tahun merdeka maka pemikiran dalam memberi keselesaan kepada rakyat semakin terbuka bukannya politik balas dendam seperti penjajah terus membara sehingga rakyat Kelantan contohnya yang majorit Islam bukan sahaja dinafikan royalti malah pembinaan lebuhraya untuk kemudahan turut disekat. Bila kerajaan negeri ingin membina lebuhraya rakyat maka bukan sahaja diperlecehkan malah ditekan pula kontraktor yangi ingin membinanya. Begitu juga keselesaan rakyat Selangor yang mengecapi nikmat air percuma ditekan agar air berbayar dapat dijalankan semula. Bila rakyat mahu pendidikan percuma maka ia dikatakan bakal bankrap kan Negara sedangkan rasuah dan pecah amanahlah menjadi punca besar kehancuran Negara. Jadilah mukmin yang sebenar yang tidak mudah dijual beli dan ditipu berkali-kali قال الرسول e: لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ – رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Seorang mukmin tidak akan disengat dari lubang yang sama 2 kali بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran : إِن يَنصُرْ‌كُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُ‌كُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. Muslimin/mat yang dirahmati Allah Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan yang telah kita sama-sama lalui untuk lahir sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran disamping tarbiah melalui ibadah puasa dan zakat fitrah menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Syria yang dilanda peperangan. Begitu juga penderitaan bangsa Ronghiya di Maynmar di mana kampung mereka diserang, kedai dirompak, makanan dirampas, saudara seagama dibunuh tanpa pembelaan. Pemimpin Negara umat Islam wajib berada di sof hadapan dalam membantu suadara seagama yang sedang menderita bukan mengecut di belakang musuh Islam Takbir Allahu Akbar merupakan ikrar yang mengatakan yang lain daripada Allah adalah kecil dan lemah. Semoga semangat menyambut hari raya bersama dengan semangat dalam melaksanakan system al-Quran dalam kehidupan seharian. Jika di sebuah negara di Amerika Syarikat penentangan terhadap pembangunan masjid dan penerapan Syariah Islam di mahkamah menjadi bahan kempen untuk memenangi pilihan raya parlimen maka di Malaysia sepatutnya kita memilih golongan yang ingin melaksanakan hukum Hudud bukan golongan yang memberi amaran agar tidak dilaksanakan Hudud malah bertindak menyaman di Mahkamah. Kita juga berdoa agar tindakan teruk Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara yang 90% rakyatnya muslim untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu atas alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja. Di negara kita sudah banyak aduan umat Islam yang disekat daripada mengerjakan solat Jumaat atas alasan sama oleh majikan. Penjajah tidak berani menukar cuti Jumaat kepada Ahad tetapi anak didiknya yang mengaku pejuang bangsa dan agama berani menukarnya اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ Khutbah Aidil Fitri 1432H KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 7 dan 10 surah as-Syamsi : وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا﴿٧﴾فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا﴿٨﴾قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا Maksudnya : Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Antara ciri hamba Allah yang bertaqwa sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Mas’ud ialah sentiasa mentaati Allah dan tidak mengengkari perintahNya termasuk ketika menyambut hari raya. Tanda taat marilah kita penuhi hari raya kita dengan amal ibadat disamping menjauhi larangan Allah seperti membuka aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, hiburan melampau dan sebagainya. Ingatlah peringatan nabi e dalam suatu hadis yang diriwayat daripada imam Tobarani : لَا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ لَا تَحِلُّ لَهُ فَإِنَّ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ Maksudnya : Tidak ada seorang lelaki yang bersunyi-sunyian dengan seorang perempuan (yang halal kahwin) kecuali syaitan adalah yang ketiganya Begitu juga amaran nabi e dalam suatu hadis yang diriwayat oleh Tirmizi: لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ Maksudnya : Lebih baik seorang daripada kamu menikam kepalanya sendiri dengan jarum besi daripada dia menyentuh perempuan yang halal kahwin baginya Ciri hamba Allah yang taqwa juga sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya. Buktikan diri kita sebagai hamba Allah bukannya hamba Ramadhan iaitu jangan pada bulan Ramadhan sahaja kita melawan hawa nafsu sedangkan bila menyambut hari raya maka kita menjadi hamba kepada nafsu yang menyuruh kepada kejahatan. Ciri hamba Allah yang bertaqwa seterusnya ialah sentiasa bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri nikmatNya. Tidakkah kita berasa malu menyambut hari raya dengan amalan maksiat sedangkan hari raya adalah anugerah Allah. Ia umpama kita menyertai majlis jemputan orang tetapi melakukan perkara yang tidak disukai oleh tuan rumah. Sempena menyambut hari raya juga marilah kita sama-sama berdoa agar dapat meraih tawaran Allah yang dijanjikan sepanjang Ramadhan baru lalu iaitu rahmat, keampunan dosa dan dijauhkan daripada azab neraka. Kita tidak mahu termasuk dalam golongan yang jauh daripada rahmat Allah sebagaimana yang diberitahu oleh nabi Muhammad s.a.w iaitu golongan yang keluar daripada Ramadhan dalam keadaan dosanya belum lagi diampuni oleh Allah. Ingatlah bahawa kita bukan mahu menyambut hari raya di dunia sahaja sebaliknya apa yang lebih kita idamkan ialah menyambut hari raya dalam Syurga Allah di akhirat nanti. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Renungilah suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim : قال الرسول e: مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ Maksudnya : Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji Allah yang berkumandang setiap kali tibanya hari raya mestilah meresap ke dalam hati sanubari bukan setakat disebut di mulut sahaja. Pastikan laungan hari raya itu dijadikan ikrar taat setia kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kita termasuk menyambut hari raya yang merupakan hari gembira. Nikmat hari raya ini mesti digunakan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama kita. Hubungan ini semakin renggang walau pun kemudahan perhubungan dan system maklumat semakin canggih. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing sehingga suasana kasih sayang terabai yang memberi kesan bukan sahaja dalam keluarga malah melarat kepada masyarakat sekitar. Kes perceraian yang semakin meningkat ketika masyarakat semakin terpelajar disebabkan suami atau isteri gagal menjalankan tanggungjawab rumahtangga, harapan untuk hidup mewah tidak tercapai, akhlak pasangan yang tidak baik, mengutamakan kawan lebih daripada pasangan disamping campur tangan pihak ketiga sebagai penghasut termasuk ahli keluarga terdekat dan faktor lain. Begitu juga penderaan terhadap anak-anak ditambah dengan masalah penderhakaan terhadap kedua ibubapa yang semakin menjadi-jadi. Oleh itu jadikanlah hari raya di dalam menyuburkan kembali kasih sayang supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang memutuskan silaturrahim apatah lagi menjadi golongan yang dijauhkan daripada rahmat Allah sebagaimana yang pernah diperingatkan oleh nabi Muhammad s.a.w iaitu anak yang sempat hidup bersama kedua ibubapa atau salah seorang daripada keduanya namun tidak berusaha berbuat baik kepada ibubapa dengan pelbagai alasan. Betapa ramai ibubapa yang sanggup mati demi memastikan anaknya terus hidup sedangkan betapa ramai anak yang menginginkan ibubapanya lekas mati supaya tidak lagi menjadi bebanan hidupnya. Ingatlah Islam meletakkan ibubapa di tempat yang mulia. Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa, kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibubapa. Sekiranya ibubapa kita telah meninggal dunia jangan lupa untuk kita doakan kesejahteraan mereka ketika berada di alam barzakh dan akhirat nanti. Jangan hanya tahu makan harta pusaka jerih penat lelah ibubapa sedangkan sepotong doakan pun susah dipanjatkan ke hadrat Allah buat ibubapa. Laksanakanlah perintah Allah sebagaimana tersebut dalam ayat 24 surah al-Isra’ : وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا Maksdunya : Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian, Tarbiah Ramadhan yang bukan sahaja menahan perut daripada lapar dahaga malah daripada sumber haram disamping mengawal seluruh pancaindera iaitu tangan, kaki, mata, telinga, lidah, kemaluan termasuk hati daripada melakukan maksiat kepada Allah di mana tarbiah ini sekiranya dihayati betul-betul dalam kehidupan sudah pasti lahir lebih ramai pemimpin sebaik Sayyidina Abu Bakar yang sentiasa mengeluh bimbang sekiranya masih ada walau pun seekor kambing yang tersepit di hujung negara akibat beliau tidak sempat membantunya. Pasti lahir pemimpin sehebat Sayyidina Umar al-Khottab yang pernah mengungkap sekiranya rakyat lapar maka aku ingin menjadi orang pertama yang merasai lapar itu dan sekiranya rakyat telah kenyang biarlah aku orang terakhir yang merasainya. Semakin ramai lahir pemimpin seadil Umar bin Abdul Aziz yang sentiasa menekankan sekiranya pemimpin hidup dalam kemewahan maka rakyat terus menderita dalam kemiskinan sebaliknya sekiranya pemimpin sanggup membuang segala kekayaan maka rakyat pasti merasai nikmat kekayaan. Kita tidak mahu terus mendengar seruan agar rakyat berjimat cermat termasuk arahan terbaru agar suhu alat pendingin udara di semua bangunan kerajaan akan ditetapkan tidak kurang daripada 24 darjah celsius sedangkan kediaman rasmi 2 pemimpin utama Negara mencecah RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air untuk 5 tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2010 di mana jika jumlah itu dibahagikan mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air sebulan. Betapa tingginya kos wang negara dihabiskan begitu sahaja ketika rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang dan tarif elektrik. Itu belum dikira lagi dengan projek mega untuk menunjuk-nunjuk bukan untuk kepentingan awam disamping pecah amanah dan rasuah yang melibatkan berbilion-bilion harta rakyat. Akhirnya yang papa makin papa, yang kaya makin kaya. Kita jangan menjadi orang yang menyebabkan semakin jelas timbulnya tanda qiamat antaranya tidak mengambil berat tentang pemilihan pemimpin sebagaimana amaran nabi Muhammad s.a.w dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari : فَإِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَة فَانْتَظِرِ السَّاعَة قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ Maksudnya: Maka apabila telah jelas penyelewengan terhadap amanah maka tunggulah kebinasaan. Tanya sahabat : Bagaimanakah berlakunya penyelewengan. Sabdanya : Apabila diserahkan urusan memikul amanah kepada bukan orang yang berkelayakan maka tunggulah saat kehancuran اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 32 surah Faatir : ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ Maksudnya: Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri sendiri, ada yang bersederhana dan ada yang berlumba-lumba berbuat kebaikan dengan izin Allah, yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar Berlalunya Ramadhan bukan bererti berpisahnya kita daripada hidup bersama al-Quran bukan sahaja dari sudut pembacaan malah meliputi pemahaman seterusnya pelaksanaan system al-Quran dalam setiap aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Ayat 32 surah Faatir contohnya menggambarkan 3 kelompok manusia yang berbeza pendirian terhadap al-Quran iaitu [1] Golongan yang menganiayai diri sendiri iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan. Sebabnya, mereka tidak membaca al-Quran, memahami apatah lagi beramal dengan perintah Allah di dalamnya. Akibat jahil tentang agama sendiri maka mereka mudah terikut dengan cara hidup barat yang negatif termasuk masalah lelaki berpakaian dan bersikap seperti perempuan yang dinamakan pondan atau perempuan berpakaian dan berperangai seperti lelaki yang dinamakan tomboy semakin bertambah. Kadang-kadang sikap masyarakat yang suka menggunakan khidmat pondan dalam menghias pengantin perempuan sedangkan ia adalah haram menyebabkan penyakit ini semakin merebak. Apa yang lebih teruk bila masalah penukaran jantina melalui pembedahan alat kelamin sudah berleluasa sehingga ada tuntutan mahkamah untuk mengiktiraf penukaran jantina di kalangan umat Islam sendiri. Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Ibnu Abbas katanya لَعَنَ النَّبِيُّ eالْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ Maksudnya: Nabi telah melaknat para pondan dari kalangan lelaki dan para perempuan yang menyerupai lelaki iaitu dari segi pemakaian dan tutur kata [2] Golongan yang bersederhana iaitu golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala. Mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia melaksanakan isi kandungannya yang terdiri daripada hukum hakam Allah. Ingatlah kita kepada suatu amaran nabi yang bermaksud : Akan zahir di kalangan umatku di akhir zaman, orang yang membaca al-Quran tetapi al-Quran hanya sampai ke halkumnya sahaja tetapi tidak sampai ke dalam hati [3] Golongan yang berlumba-lumba berbuat kebaikan. Mereka amat banyak melakukan kebaikan dan jarang membuat kesalahan. Mereka adalah golongan yang bersedia melaksanakan hukum al-Quran dalam kehidupan seharian. Inilah golongan yang mendapat kejayaan di dunia dan akhirat Muslimit dan muslimat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 64 surah Ali ‘Imran: قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّـهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam” Kita menyambut hari raya tahun ini dalam suasana sambutan kemerdekaan negara kali ke-54 namun hubungan antara kaum dan agama bagaikan terus dilanda masalah besar terutama isu kaum dan agama dijadikan modal politik demi kepentingan diri bukannya mahu diselesaikan sebagaimana yang diajar oleh Islam. Api perkauman dan perbalahan agama dihangat melalui tv, radio, akhbar, internet agar rakyat menjadi risau dan mencari jalan singkat untuk terus mengekalkan kezaliman pemimpin. Masalah murtad yang kembali hangat dibicara tahun ini bermula dengan jawapan menteri dalam parlimen bahawa Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 di mana 168 diluluskan walau pun selepas itu pelbagai alasan diberikan samada yang diluluskan bukan murtad tetapi disahkan tidak Islam sejak awal lagi dan alasan kesilapan nama seperti nama orang Islam sehingga ditulis beragama Islam tetapi apabila dirujuk semula maka ditukar status kepada bukan Islam. Adanya umat Islam yang terpaksa menerima bantuan gereja dan kuil atas alasan payah mendapat bantuan kebajikan dan zakat di mana ia dibimbangi dimurtadkan dengan cara halus. Begitu juga dakwaan ada guru tuisyen dan adanya sekolah yang telah mengajar murid-murid Islam tentang perkara-perkara yang membabitkan agama Kristian. Berita-berita ini semua wajib diberi perhatian dengan beberapa tindakan segera iaitu [1] undang-undang murtad wajib digubal segera dimana hingga kini ia masih gagal dibentang secara serius akibat tentangan orang melayu yang mengaku Islam sendiri disamping ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang menyekat orang bukan Islam daripada memurtadkan umat Islam [2] apa yang lebih penting ialah pemerkasaan ilmu Islam bermula daripada peringkat rendah hingga tinggi secara bersungguh agar umat Islam bukan sahaja tidak mudah diperdaya malah mampu memberi penjelasan Islam terhadap bukan Islam. Kita tidak mahu hanya menjadi jaguh melawan murtad dalam tv dan akhbar sahaja sedangkan dalam masa yang sama menjadi punca dalam melemahkan ilmu Islam seperti ilmu Islam masih gagal menjadi matapelajaran teras di sekolah apatah lagi di universiti disamping tindakan menarik bantuan kepada sekolah agama rakyat yang menyebabkan ratusan sekolah agama ditutup dan ribuan pelajar menjadi mangsa. Begitu juga tindakan menyekat pelajar dari terus masuk tahun 3 di Mesir bukan sahaja menyebabkan puluhan kolej Islam ditutup malah ribuan pelajar lagi menjadi mangsa [3] dari segi kebajikan umat Islam mesti diambil tahu oleh semua pihak terutama pemimpin agar mereka tidak menagih simpati daripada bukan Islam kerana setiap agama memlunyai agenda tersendiri bila memberi kebajikan kepada penganut agama lain sebagaimana kita pernah dengar tentang sikap pengasas Kristianisasi yang mengatakan : “Kerja-kerja kebajikan sewajarnya digunakan dengan penuh bijaksana, setiap wang yang dibelanjakan hendaklah dihitung pulangannya nanti, malah sewajarnya diagihkan wang-wang tersebut kepada mereka yang jauh dari agama Kristian. Kemudian pengagihan tersebut hendaklah dikurangkan sedikit demi sedikit setiap kali mereka mendekati gereja. Apabila mereka telah memeluk Kristian maka bantuan kebajikan tadi hendaklah dihentikan dan tidak lagi memberikan tumpuan serius kepada kerja kebajikan tersebut”. Ingatlah amaran nabi e melalui suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim : بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا Maksudnya : Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang beriman pada waktu pagi kemudian pada waktu petang dia telah menjadi kafir. Kemudian seseorang yang beriman pada waktu petang kemudian pada esok paginya dia telah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit dari habuan dunia [4] Pemerkasaan dakwah Islam di mana kita sepatutnya berasa malu dengan keadaan perkembangan Islam di Eropah di mana mengikut suatu kajian dalam setiap 4 warga barat seorang daripadanya adalah Muslim dan peneliti Barat menganggarkan dalam 50 tahun ke hadapan Eropah akan menjadi salah satu pusat utama perkembangan Islam. Paderi melahirkan kebimbangan apabila gereja seluruh dunia semakin lengang dan banyak yang bertukar menjadi masjid. [5] Perlu diperbanyakkan lagi dialog antara ulama’ Islam dengan orang bukan Islam agar api perbalahan antara agama dapat diredakan. Isu agama mesti diselesaikan cara agama bukan melalui hawa nafsu kerana ia boleh membawa kerugian dan kerosakan. Perundangan, ilmu, kebajikan dan dakwah mesti bergerak selari agar dakwah Islam kembali berkembang pesat dan permusuhan terhadap Islam dapat ditangani dengan penuh bijaksana. Kita tahu bahawa yahudi dan Kristian sentiasa memusuhi kita tetapi dengan kebijaksanaan kita berdepan dengan jarum dan senjata mereka sepastinya akan terserlah bahawa Islam itu agama yang tertinggi tiada agama dan sistem lain yang dapat menandingi Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 22 surah ar-Ra’du : وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ Maksudnya : Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; Muslimin/mat yang dirahmati Allah Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan yang telah kita sama-sama lalui untuk lahir sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran disamping tarbiah melalui ibadah puasa dan zakat fitrah menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand yang dilanda peperangan. Tidak ketinggalan krisis kebuluran dan perang saudara di Somalia yang memerlukan perhatian dan bantuan yang sewajarnya daripada kita semua. Beberapa Negara umat Islam yang lain sedang menghadapi perang saudara kerana mahu menggantikan pemimpin yang zalim seperti di Syria setelah musuh Islam memainkan peranan besar melalui NATO dalam menggulingkan Gaddafi di Libya. Tumbangnya pemimpin diktator satu demi satu terutama di bumi Arab dan Afrika bermula di Tunisia diikuti Mesir merebak ke Yaman menyedarkan semua pihak bahawa tiada kerajaan yang mampu kekal terutama jika diperintah secara zalim. Kita doakan semoga pertukaran pemimpin baru lebih menguntungkan Islam dan umatnya bukannya meneruskan lagi kezaliman dan jahiliah pemimpin sebelum ini. Pemimpin Negara kita sewajarnya belajar daripada apa yang berlaku agar tidak terus kemaruk untuk mempertahan kuasa dengan cara yang bercanggah dengan sistem demokrasi apatah lagi Islam. Ketika mahu meruntuhkan penguasaan Yahudi terhadap dunia juga maka kita wajib menyokong usaha murni Kerajaan Negeri Kelantan yang sedang berusaha memperkasakan semula penggunaan dinar emas dan dirham perak termasuk mulai tahun ini melancar pembayaran zakat dengan dinar dan dirham. Oleh itu marilah kita sama-sama memiliki dan mengguna dinar dan dirham yang sememangnya lebih stabil berbanding wang kertas yang terbuka kepada penipuan dan kerugian yang ketara. Nilai wang kertas yang hanya bersandar kepada kepercayaan pengguna semata-mata sepastinya suatu hari nanti nilainya tidak lebih daripada kertas buruk. Kita hari ini ditipu dengan istilah infilasi yang menyebabkan harga barang naik sedangkan yang sebenarnya harga barang tidak naik sebaliknya nilai wang kertas yang jatuh merudum. Sama-sama kita berfikir bagaimana Amerika Syarikat yang dikuasai oleh yahudi yang memiliki jumlah hutang paling tinggi di dunia tapi mampu menguasai kita. Sistem yahudi meletakkan orang berhutang lebih kaya daripada orang berharta melalui penipuan yang dicipta. Tanyalah diri kita samada yahudi yang hebat atau kita yang bodoh kerana terus menjadi hamba kepada system yahudi. Yahudi akan terus berada di atas jika kita terus rela diperbodohkan selama-lamanya untuk berada di bawah اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ IDUL FITRI KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-‘Ankabut : أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُون وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ Maksudnya : Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami telah beriman”, sedangkan mereka belum diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta Muslimin/mat yang dirahmati Allah, Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu ujian dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Setelah sebulan ditarbiah dengan melalui pelbagai ujian terhadap hawa nafsu maka tanyalah diri kita samada telah lulus dan berjaya menjadi hamba Allah yang tunduk patuh kepada segala suruhan dan larangannya atau tiada sebarang perubahan ke arah menjadi hamba Allah yang soleh. Ketika berseronok menyambut hari raya marilah sama-sama kita merenung samada kita memang layak untuk berhari raya kerana berjaya dalam menghadapi ujian tarbiah Ramadhan atau hanya menumpang tuah orang lain. Antara ciri golongan yang berjaya dalam ujian tarbiah Ramadhan ialah orang yang terus menyuburkan puasa sunat, membaca al-Quran, solat sunat, bersedekah dan berzakat, suka memberi makanan kepada orang lain, bersegera ke masjid untuk menunaikan solat Jemaah, menjaga waktu solat fardu lima waktu, menghubungkan silaturrahim sesama muslim, beriktikaf dalam masjid, bangun malam dan amalan soleh yang lain walau pun telah berlalunya Ramadhan. Ciri-ciri golongan yang ditolak amalan puasanya pula ialah orang yang gagal membuang sifat tercela daripada dirinya seperti takabbur, sombong, hasad dengki, khianat amanah, suka makan perkara haram umpama rasuah dan riba serta merasa begitu gembira dengan pemergian Ramadhan seolah-olah banduan bebas daripada penjara. Ingatlah bahawa kita semua bukan mahu berhari raya di dunia ini malah apa yang lebih penting kita mahu berhari raya dalam Syurga Allah di akhirat nanti اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 31 surah al-A’araf : يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ Maksudnya : Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji Allah yang berkumandang setiap kali tibanya hari raya mestilah meresap ke dalam hati sanubari bukan setakat disebut di mulut sahaja. Pastikan laungan hari raya itu dijadikan ikrar taat setia kepada Allah dalam setiap kerja buat kita termasuk masalah pemakaian agar tidak mendedah aurat, cara berbelanja agar dari sumber halal dan diguna pada jalan halal disamping tidak melakukan pembaziran terutama ketika menyambut hari raya. Kita wajib bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan hari raya serta menggalakkan umat Islam untuk berpakaian cantik pada hari mulia ini. Kedatangan Islam mengajar manusia supaya berpakaian cantik di mana pernah berlaku dalam sejarah Afrika, kapitalis Kristian begitu marah kepada pendakwah Kristian yang hanya berjaya mengkristiankan rakyat Afrika sedangkan jualan pakaian tidak laku kerana mengekalkan pemakaian cara lama sedangkan kawasan Afrika yang dikuasai Islam melahirkan rakyat yang berpakaian cantik yang memajukan perniagaan pakaian. Oleh itu menjadi suatu fitnah yang jahat jika Islam dituduh sebagai penyekat kepada amalan menjaga kecantikan kerana arahan dalam menjaga aura
Posted on: Wed, 31 Jul 2013 07:02:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015