Lemon mengandungi nutrien seperti vitamin C, vitamin B-kompleks, kalsium, besi, magnesium, kalium, dan serat. (Ia mengandungi lebih kalium daripada epal atau anggur!) Ia boleh membantu merangsangan sistem imun anda, ia juga membantu mengurangkan stress kerana ia kaya dengan vitamin C. Lemon adalah sumber kalium yang sangat baik, ia juga baik untuk kesihatan jantung, serta fungsi otak dan saraf. Lemon membantu sistem penghadaman. Jus limau bukan sahaja menggalakkan penghadaman yang sihat dengan mengurangkan toksin dalam saluran pencernaan anda, ia membantu untuk melegakan gejala-gejala seperti senak pedih ulu hati, sendawa, dan kembung perut.
Posted on: Mon, 12 Aug 2013 23:20:58 +0000