MALU YANG SEMAKIN TERHAKIS Malu merupakan sifat yang - TopicsExpress



          

MALU YANG SEMAKIN TERHAKIS Malu merupakan sifat yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya yang menjadikan kehidupan seseorang hamba itu lebih sempurna.Sifat malu merupakan sifat semulajadi insan atau selalu kita gelarkan sebagai fitrah manusia.Semua insan didunia ini tidak boleh lari dari sifat malu, tidak kisahlah diri itu di manapun, dihujung pelusuk dunia sekali pun pasti tidak boleh lari dari sifat ini kerana ianya seperti yang dikatakan tadi merupakan fitrah, sifat semulajadi .Jika ingin dirungkaikan tentang sifat malu ini terlalu banyak yang ingin dirungkaikan akan tetapi bukan niat dihati ini untuk membicarakan dengan lebih teliti dah jika kita ingin membicarakan tentangnya dalam keseluruhan aspek memang mengambil masa yang lama, cuma untuk kali ini, diri hamba ini menulis sekadar ingatan untuk diri ini dan juga jika sekiranya dapat dimanfaatkan oleh sahabat-sahabat sekelian tentang realiti kehidupan umat islam hari yang semakin hilang sifat malunya…. MALU SYARAT KESEMPURNAAN IMAN Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang daripada iman.( Riwayat al- Baihaqi) Hadis diatas cukup menjelaskan kepada kita tentang kita bahawa bagaimana kaitannya sifat malu itu dengan iman. Sifat malu menentukan darjat ketaqwaan seseorang itu.Apabila seseorang itu malu kepada Allah maka akan banyaklah amalannya kepada Allah, dan segala larangan Allah akan ditinggalkannya Abdullah Ibn Masâud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Orang yang malu kepada Allah dengan sepenuh malu adalah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya dari segala rezeki tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan kemewahan dunia dan menjadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih utama. Sesiapa yang melakukan semua itu, maka ia malu kepada Allah dengan sepenuh malu. Malu juga menjadikan kehidupan manusia sebagai individu, keluarga, masyarakat, akan menjadi lebih sempurna bagaimana kalau kita lihat dari malu individu itu sendiri mampu menjadikan dia lebih menjaga peribadinya dan menghormati orang lain, dari segi konteks keluarga pula bagaimana malunya ayah pada ahli keluarga yang menjadikan ayah lebih bertanggungjawab dan masyarakat yang saling hormat menghormati antara satu sama lain. MENGAPA MALU ITU LEBIH SINONIM PADA WANITA??? Apabila kita mempersoalkan tentang sifat malu antara lelaki dan wanita, semestinya wanita yang dikatakan sangat sinonim dengan sifat malu. Ianya jelas tergambar pada hadis Rasulullah S.A.W : Daripada Abu Said al-Khudri katanya: Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu daripada gadis pingitan. Apabila Baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya daripada wajah Baginda. (Riwayat Muslim) Hadis ini menerangkan kepada kita bagaimana perbandingan sifat malu Rasulullah S.A.W dengan malunya gadis yang menunjukkan sinonimnya malu itu pada wanita dan Ianya secara tidak langsung menunjukkan kemuliaan peribadi Rasulullah S.A.W yang harus dicontohi oleh lelaki bahkan wanita. Seringkali kita dengari bahawa lelaki itu diibaratkan seperti kumbang dan wanita itu sebagai bunga. Kumbang suka pada bunga jadi begitulah diibaratkan lelaki itu suka pada wanita. Semenjak dibangku sekolah, ketika remaja lagi keinginan lelaki pada wanita telah pun berputik, maka tidak heranlah wanita sering diusik oleh lelaki , tidak kiralah di sekolah, dipasar-pasar, di perhentian bas bahkan dimana-mana sahaja ada peluang akan digunakan kesempatan oleh lelaki untuk mengambil perhatian wanita, selagi usikan itu tidak dihiraukan, lelaki akan terus mencuba untuk mengusik wanita.Apakah keistimewaan wanita sehinggakan mampu menarik kuat perhatian lelaki?? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu. (Hadis riwayat Baihaqi) Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian. Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya. Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu. Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia. Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka. FENOMENA FACEBOOK “Suasana pagi yang damai. Ali masih lagi berasa resah, sambil bercakap seorang diri, Banyak urusan pagi ini sudah dibuat. Baca dan teliti surat-surat rasmi sudah. Senarai semak fail tugasan sudah. Menyimpan foto-foto dalam folder yang betul juga sudah. Apa lagi yang masih belum dibuat? Oh, ya! Pagi ini, belum lagi melayari laman web Facebook. Patutlah rasa gelisah sahaja. Ali tersengeh seorang diri apabila memikirkan dirinya seperti anak kehilangan ibu. Akhirnya, beliau dapat mengesan punca kenapa dirinya berasa resah dan gelisah sepanjang pagi. Gara-gara tidak membuka laman web sosial Facebook, Ali berasa tidak lengkap paginya di pejabat.” Hari ini kita disibukkan dengan fenomena facebook yang dimana sudah menjadi kegilaan para pemuda pada hari ini.jika tiada facebook maka mereka merasakan kehidupan mereka serba kekurangan.inilah perang saraf yang dilakukan oleh yahudi yang telah berjaya menjajah minda-minda para pemuda islam. APAKAH KESAN NEGATIF FENOMENA FACEBOOK Fenomena facebook banyak memberi kesan negatif kepada individu, keluarga dan masyarakat. Ianya tidak lain dan tidak bukan kembalinya kita kepada topik berbincangan asal iaitu sifat MALU. Facebook telah berjaya menghakis sifat-sifat malu para remaja khususnya para wanita yang sepatutnya dihiasi akhlaknya dengan sifat itu. Lihat sahajalah status-status yang berjaya meraih simpati para pemuda yang bukan muhrim. Apabila keluarnya satu status yang menunjukkan mereka ada masalah, maka berpusu-pusulah pemuda-pemuda untuk membantunya, memberikan kata-kata semangat agar dirinya terus tabah akan tetapi disitu telah jatuh satu fitnah.mengapa tidak diluahkan hanya pada insan disekeliling?? adakah manusia itu sekarang hanya wujud di facebook?? Maka telah hilang sifat malunya pada lelaki-lelaki diluar sana. Pada gambar-gambar pula, berbagai- bagai keadaan yang dapat kita lihat, ada yang sengaja meletak gambar secara dekat agar penuh mukanya di skrin laptop. Banyak gambar diletakkan di facebook tetapi untuk tatapan siapa, perlu ke seseorang wanita itu menayangkan gambar-gambar mereka untuk jadi tatapan lelaki-lelaki???? Jika satu gambar sahaja, ada lelaki yang bukan muhrim memuji dengan perkataan ‘comel’ ‘cantik’ ‘lawa’ ‘seksi’ maka telah jatuh juga fitnah disitu, bayangkan satu gambar 10 orang yang komen dan gambar yang ada lebih kurang 100 banyaknya. Jika kita jumlahkan, dah berapa banyak fitnah telah jatuh disitu, larat ke nak jawab depan Allah??? Kita analogikan, ada 2 coklat, satu coklat berbalut kemas, satu lagi dibiar didedahkan tanpa berbalut apa-apa. Yang mana agaknya menjadi pilihan, yang berbalut atau yang telah terdedah?? Mesti pilihan kita pada yang masih berbalut kerana kita tahu yang berbalut itu masih terjaga kebersihannya. Jadi cuba kita bayangkan, Wanita-wanita yang suka mendedahkan dirinya di facebook, bila sudah bersuami mesti inginkan memberi sesuatu yang istimewa pada suami tercinta. Tapi kalau dah muka tu asyik ditatap tiap-tiap hari oleh orang lain, tiadalah istimewanya. Kesan buruk ini juga bukan sahaja memberi kesan pada sifat malu wanita sahaja, malahan lelaki juga terhakis sifat malunya. Bagaimana mereka berbangga dengan status relationship mereka. Ini adalah orang yang tidak malu dengan Allah bahkan dengan manusia itu sendiri. Buat perkara yang dilarang dan selepas itu, menunjuk-nunjuk pula pada manusia. Walau bagaimana pun begitu, kita umat islam yang mempunyai kesedaran, beringatlah dengan perkara tersebut. Boleh kita untuk terlibat akan tetapi jadikan sebagi medan untuk kebaikan dan bukan sebagai keseronokan sahaja. Yang paling pentingnya, sentiasa bermohon kepada Allah agar dikekalkan sifaf malu dalam diri kerana : Sabda Rasulullah SAW: “Malu itu tidak akan menyebabkan perkara lain kecuali untuk kebaikan”(HR Bukhari) Malu itu lambang keimanan dan malu itu membawa ke syurga. Rasullullah SAW bersabda: “Malu itu datangnya dari iman dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya adalah membawa ke neraka” (HR Bukhari) Jadi, beringatlah wahai kita semua terutamanya diri yang menulis ini dan ditujukan khas buat wanita-wanita agar diteliti tentang perkara ini agar dapat kita hidup sebagai hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahnya. Wahai wanita, jangalah kikiskan sifat malu yang ada pada dirimu kerana ianya permata bagimu. SEDARILAH INSAN ISTIMEWA, BAWAH KELEMBUTAN, BUKAN KELEMAHAN, BUKAN JUA PENGHINAAN DARI TUHAN TAPI SEBAGAI HIASAN KECANTIKAN……
Posted on: Sat, 09 Nov 2013 17:13:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015