Mahkamah Sesyen menetapkan 20 Ogos 2013 untuk pengurusan kes Naib - TopicsExpress



          

Mahkamah Sesyen menetapkan 20 Ogos 2013 untuk pengurusan kes Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, Aktivis Pelajar Adam Adli Abd Halim dan empat lagi aktivis pembangkang yang didakwa memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah di Dewan Perhimpunan Cina...Adam Adli, 25, mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013...Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang bersama Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Muhammmad Safwan Anang @ Talib, 24, ahli PAS Mohd Tamrin Abdul Ghafar, 63, serta dua aktivis pembangkang Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, 54, dan Hishamuddin Md Rais, 62, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama pada masa dan tempat sama...Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan..
Posted on: Tue, 02 Jul 2013 09:48:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015