Mahkamah tetapkan rayuan Sirul Azhar 24 - 26 Jun Muhammad - TopicsExpress



          

Mahkamah tetapkan rayuan Sirul Azhar 24 - 26 Jun Muhammad Faizal, 10 Jun 2013 PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan tiga hari bagi mendengar rayuan Kopral Sirul Azahar untuk kes pembunuhan melibatkan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. (Peguam Kamarul Hisham yang mewakili Sirul Azhar) Hakim Datuk Sri Mohamed Apandi Ali menetapkan pada 24 hingga 26 Jun bagi kes tersebut setelah mendengar hujah dari kedua-dua belah pihak. Selain Apandi, dua lagi Hakim yang mendengar kes tersebut adalah Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat. Dalam pada itu Apandi juga turut mengarahkan peguam pembela memfailkan rayuan kedua bersama-sama dengan hujah dan fakta terbaru dalam masa sepuluh hari bermula hari ini. Peguam yang mewakili bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis yang bertugas mengiringi pemimpin negara iaitu Kopral Sirul Azhar Umar, Kamarul Hisham Kamarudin ketika ditemui di lobi mahkamah memberitahu pihaknya akan memfailkan rayuan tersebut esok. "Kita telah mendapat kebenaran dari hakim bagi merayu kes yang berkaitan pembunuhan Altantuya. "Sepertimana yang kita tahu kes telah ditetapkan pada 24 hingga 26 Jun iaitu selama tiga hari dan untuk rayuan kita akan failkan esok bersama-sama hujah yang baru," jelasnya. Tambah beliau lagi, Mahkamah Rayuan memikirkan adalah perlu demi kepentingan keadilan untuk mereka meneliti dokumen-dokumen ini untuk memutuskan alasan rayuan tambahan yang telah dikemukakan sebelum ini. Sirul Azhar dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 bagi kesalahan membunuh Altantuya, ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam, Selangor antara 10 malam pada 19 Okt 2006 dan 1 pagi, 20 Okt 2006. Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya. Sebelum itu, Sirul Azhar telah memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan sebelum ini bagi memohon pembebasannya, mendakwa wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Notis usul itu difailkan firma guaman The Chambers of Kamarul Hisham and Hasnal Rezua di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan di sini dalam usaha untuk memasukkan alasan rayuan tambahan. Dalam permohonan itu, bekas Koperal Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada "publisiti buruk" secara meluas semasa perbicaraan itu yang jelas mengelirukan dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu menafikan dirinya perbicaraan adil. Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada publisiti buruk menerusi tiga akuan bersumpah, dua dibuat oleh penyiasat persendirian mendiang P. Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin. Beliau memohon Mahkamah Rayuan mengisytiharkan perbicaraan itu sebagai perbicaraan silap, sabitannya diketepikan dan beliau dibebaskan. Harakahdaily difahamkan, ada isu besar yang bakal meletup dalam perbicaraan ini nanti. bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19895-mahkamah-tetapkan-rayuan-sirul-azhar-24-26-jun
Posted on: Mon, 10 Jun 2013 08:30:34 +0000

Trending Topics



style="min-height:30px;">
It comes in three :) from engr. Rea rodriguez, to RCh rafhae

Recently Viewed Topics




© 2015