Masih Berharap Pada Sistem Yang Rosak? Politik merupakan - TopicsExpress



          

Masih Berharap Pada Sistem Yang Rosak? Politik merupakan pengaturan urusan umat. Pemerintah adalah pihak yang mengatur manakala rakyat adalah pihak yang diatur. Politik merupakan proses interaksi antara pemerintah dengan masyarakat untuk menentukan polisi umum (public policy) demi kebaikan bersama. Semua mengetahui bahawa sistem pemerintahan yang dianut di Malaysia adalah demokrasi. Justeru, urusan umat Islam di Malaysia ini diatur dengan sistem demokrasi, bukannya dengan sistem Islam, di mana idea dasar demokrasi adalah kedaulatan di tangan rakyat yang membawa konsekuensi bahawa kuasa membuat hukum ada di tangan manusia. Demokrasi selalu dianggap oleh penganutnya sebagai tatanan atau sistem politik yang paling ideal sehingga dalam sistem demokrasi, rakyat dianggap benar-benar berdaulat dan boleh mendapat seluruh aspirasinya. Oleh yang demikian, melalui proses politik yang demokratis, lantas dibayangkan bakal tercipta sebuah kehidupan masyarakat yang ideal, adil, damai, tenteram dan sejahtera. Namun, hakikatnya semua itu hanyalah ilusi, bahkan dusta yang nyata. Secara praktikalnya gagasan yang dianggap ideal itu tidak pernah wujud, malah apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dalam negara demokrasi, pemerintahan kuku besi terjadi di mana-mana, ketidakadilan, penindasan, kemiskinan, jenayah, kerosakan akhlak dan pelbagai keburukan lainnya merupakan fenomena biasa. Penentu kepada segala peraturan dan polisi adalah sekelompok penguasa dan para kapitalis yang saling bekerjasama untuk meraih sebanyak mungkin manfaat dan kepentingan untuk mereka sendiri tanpa pernah memikirkan apatah lagi menanyakan apakah aspirasi rakyat yang sebenarnya. Parti politik dan wakilnya di Parlimen hanya bertindak untuk memenuhi maslahat masing-masing semata-mata. Dalam rangka mencari kekayaan, pengaruh, pangkat dan kuasa, rasuah dan penyelewengan di dalam pemerintahan sudah menjadi perkara biasa dan sudah tidak terkata banyaknya. Oleh itu, dalam realiti yang dapat dilihat sehari-hari, tidak pernah wujud sebuah masyarakat yang hidup dengan penuh keadilan, kedamaian, ketenteraman dan kesejahteraan dalam sebuah sistem yang bernama demokrasi. Sebaliknya ketidakadilan semakin menganga, kekayaan dan kesejahteraan memang ada, tetapi hanya untuk segelintir elit yang berkuasa. Manakala rakyat pula terus ditindas, sengsara, menderita dan dihisap darahnya tanpa henti. Dengan kata lain, rakyat terus menjadi mangsa kepada sistem yang rosak ini, bukan sekadar tertindas dek sistem demokrasi itu sendiri, malah dek setiap keburukan yang lahir dari sistem yang rosak ini seperti kes-kes jenayah yang begitu banyak. Tatkala rakyat menderita dan hidup dalam ketakutan, para penguasa yang sedia kaya raya, hidup dalam keadaan dijaga rapi oleh ratusan pengawal, yang berkawal untuk mereka siang dan malam agar terselamat dari ancaman penjenayah. Malah lebih buruk, ramai di kalangan penguasa dan ahli politik yang menjadi pelindung kepada para penjenayah dan berapa ramai daripada kalangan para penguasa dan ahli politik itu sendiri yang menjadi penjenayah dan sering didakwa atas pelbagai kesalahan jenayah. Dalam sistem demokrasi, bagi penguasa, rakyat hanyalah alat untuk meraih kekuasaan. Bukanlah “kedaulatan rakyat” yang sebenarnya dijaga oleh sistem demokrasi, melainkan “kedaulatan para pemilik modal (kapitalis)” atau “kedaulatan penguasa” itu sendiri yang didukung oleh para pemilik pemodal, inilah yang sebenarnya didaulatkan. Inilah realiti di negara-negara penganut demokrasi, baik di negara asalnya di Barat mahupun di negara kaum Muslimin. Justeru, tidak aneh sekiranya orang Barat sendiri yang sudah agak cerdik dalam memahami kesan demokrasi menyatakan bahawa demokrasi adalah sebuah sistem politik yang bermasalah. Tokoh Barat seperti Winston Churchill contohnya menyatakan, “Democracy is the worst possible form of government” (demokrasi adalah kemungkinan terburuk dari sebuah bentuk pemerintahan).” Manakala Benjamin Constant pula berkata, “Demokrasi membawa kita menuju jalan yang menakutkan, iaitu kediktatoran parlimen.” Dengan segala kerosakan yang dibawa dan terhasil dari sistem demokrasi ini dan dengan fakta-fakta yang terang lagi bersuluh bahawa sistem ini tidak pernah dapat menyelesaikan masalah sebaliknya menimbulkan lagi banyak masalah, apakah wajar bagi umat Islam untuk masih berharap kepada sistem kufur ini untuk menyelesaikan segala masalah, termasuklah masalah jenayah secara khususnya?
Posted on: Tue, 19 Nov 2013 22:07:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015