Melihat berita-berita hari ini.. satu persatu kisah yang mula - TopicsExpress



          

Melihat berita-berita hari ini.. satu persatu kisah yang mula ditutup dan diganti dengan kisah baru.. Apabila kisah baru yang lebih hangat mengambil tempat makin hilang semua berita-berita lama.. Apa yang lebih malang isu-isu kemanusiaan merupakan antara kisah yang sering bertukar-tukar.. kita lihat sedikit kronologi berita-berita yang tenggelam dan timbul.. isu palestin---> arab spring-->Rohingya--> Mesir---> Syria--->ancaman us.. mungkin ada beberapa isu yang terlepas pandang dalam kronologi diatas.. tapi adakah anda sedar.. saat Us mengancam menyerang syria rakyat palestin terus dibuli oleh israel.. saat Mesir bergolak Palestin masih dibuli Israel.. Saat Rohingya tercetus.. tapi Palestin masih dibuli Israel.. Sehinggakan ada yang merasakan berita Palestin merupakan isu lama dan tidak perlu untuk diputarkan lagi.. Namun apabila serangan besar-besaran menimpa Palestin mulalah akhbar-akhbar mengambil semula berita itu.. Adakah berita penindasan terhadap kemanusiaan ini merupakan berita sensasi yang mampu melariskan akhbar mereka..? Apakah apabila ada jet pejuang dan letupan menjadikan gambar didada akhbar semakin cantik..? ketahuilah kita menunjukkan kezaliman tetapi kita lebih zalim kerana membiarkan kezaliman..
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 23:43:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015