Memenuhi Inbox Majalah Niaga sekarang ialah pertanyaan mengenai - TopicsExpress



          

Memenuhi Inbox Majalah Niaga sekarang ialah pertanyaan mengenai skim pelaburan FutureBarrel yang sekarang sedang hangat di Sabah. Majoriti menyertainya ialah kakitangan awam. Melabur dan tunggu dividen sehingga 15 hari hingga 20 hari bekerja. Syarikat itu menyatakan kononnya pelaburan mereka berasaskan Oil & Gas. Di laman web mereka, tiada maklumat penuh syarikat. Sama sahaja seperti syarikat skim cepat kaya yang lain. Kononnya beribu pejabat di British Colombia. Lebih melucukan, pelan pelaburan mereka terdiri daripada RON 5, RON 10, RON 30 dan RON 50. RON itu kononnya jenis minyak. Apabila melabur, pelabur tidak akan dapat minyak tersebut. Duit pelabur kononnya diurusniagakan di pasaran antarabangsa dan selepas 3 minggu, pulangan sebanyak 25% akan dimasukkan secara terus ke akaun bank pelabur. Majalah Niaga boleh membuat kesimpulan bahawa FutureBarrel ialah satu skim cepat kaya yang bertopengkan Oil & Gas. Wahai bangsaku, jangan mudah terpedaya. Penganjur skim cepat kaya tidak kira memakai topeng apa sekalipun terdiri daripada orang yang sama. Setiap hari mereka berfikir bagaimana mahu menipu masyarakat Malaysia, terutamanya yang jahil ilmu pelaburan. Nota: Kami anti skim cepat kaya. Siapa sahaja yang mempromosi skim sebegini kepada kami, ia mengundang risiko untuk kami dedahkan secara terbuka di sini.
Posted on: Mon, 25 Nov 2013 06:37:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015