Menarik hari ini Waktu Solat Laporan Cuaca Berita Utama Dalam - TopicsExpress



          

Menarik hari ini Waktu Solat Laporan Cuaca Berita Utama Dalam Negeri Wilayah Laporan Khas Parlimen Politik Luar Negara Sukan Jenayah Agama Keluarga Hiburan Rancangan TV Feminin Pendidikan Sains & Teknologi Agro Kesihatan S3 Polis & Tentera Sastera Rencana Cuit Selak Awang Selamat Kolumnis Forum Catatan Kembara Classifieds Portal Pendidikan Kosmo! Online Mangga Online Saji Online MyBooks Kareer Utusan Karya Laman Xtive SUKAN TEMPATAN Wan Ahmad Nizam Presiden PBSNT baharu KUALA TERENGGANU - Spekulasi siapa Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang baharu berakhir apabila jawatan itu sah menjadi milik Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Kemaman, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid (gambar). Wan Ahmad Nizam yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menang tanpa bertanding selepas hanya namanya diumumkan layak bertanding daripada dua pencalonan yang diterima. Beliau dipilih menerajui persatuan tersebut bagi menggantikan Datuk Che Mat Jusoh yang telah menyandang jawatan itu selama lebih 14 tahun sebelum ini. Perkara tersebut diumumkan dalam Kongres Tahunan Luar Biasa PBSNT 2013 yang turut menyaksikan Naib Presiden PBSNT yang juga pengurus pasukan Terengganu, Marzuki Sulong dilantik sebagai Timbalan Presiden yang baharu menggantikan Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof yang meletakkan jawatannya pada 25 Jun lalu. Selain itu, kesemua nama yang dicalonkan juga menang tanpa bertanding termasuk termasuk lapan ahli jawatankuasa Eksekutif PBSNT. Bagi jawatan Timbalan Presiden 1 PBSNT, ia kekal menjadi milik Datuk Mazlan Ngah yang juga Setiausaha Kerajaan negeri manakala empat muka baharu pula dipilih sebagai Naib Presiden persatuan iaitu Ab. Rashid Jusoh, Abdullah Sulong, Tuan Kechil Tuan Tengah serta Saidi Salleh@Sulong. Jawatan AJK Eksekutif PBSNT turut menyaksikan empat muka baharu iaitu Mohd. Rashdi Hamat, Wan Mohd. Azlizan Abu Bakar, Mohd. Sekanther Abd. Hamid serta bekas Setiausaha Agung PBSNT, Abdullah Salleh. Sementara itu, empat muka lama yang mengekalkan jawatan tersebut ialah Ali Embong, Haslan Hashim, Zaki Ismail serta Wan Zaulkfli Wan Gati. Kongres tersebut dihadiri oleh 39 ahli eksekutif termasuk 24 ahli gabungan daripada persatuan bola sepak daerah di seluruh Terengganu. Bagaimanapun, Wan Ahmad Nizam tidak hadir kerana mempunyai tugasan di luar negara. Menurut Wan Ahmad Nizam menerusi ucapan yang diwakilkan kepada Marzuki, beliau berterima kasih kerana diberi kepercayaan untuk menduduki kerusi panas tersebut. "Saya akan berusaha sebaik mungkin dalam menjalankan tanggungjawab ini dengan bantuan dan sokongan daripada semua pihak. Pada masa yang sama, saya juga akan cuba menyelesaikan segala masalah yang berbangkit di samping merancang untuk menambah baik prestasi pasukan selepas ini," katany Artikel Penuh: utusan.my/utusan/Sukan/20130915/su_05/Wan-Ahmad-Nizam-Presiden-PBSNT-baharu#ixzz2eul2gyAu © Utusan Melayu (M) Bhd
Posted on: Sat, 14 Sep 2013 23:54:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015