Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi - TopicsExpress



          

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan tiada pemberhentian kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor jika proses pengambilalihan syarikat konsesi itu berjaya diselesaikan. Beliau berkata, Syabas hanya akan bertukar pentadbiran di bawah kerajaan negeri sahaja dan tidak membabitkan tenaga kerja syarikat. Sebelum ini, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 bilion untuk mengambilalih empat syarikat konsesi air. Empat syarikat konsesi itu adalah Syabas, Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd, dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).
Posted on: Fri, 08 Nov 2013 07:16:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015