Mill Saputra Dari Mata Turun ke Hati POSTED IN MINDA HEBAT Minda - TopicsExpress



          

Mill Saputra Dari Mata Turun ke Hati POSTED IN MINDA HEBAT Minda 4: Amalan Membentuk Minda Anak Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.. Sudah lama rasanya saya tidak berkongsi tips dari buku rahsia minda hebat ini. Bukan apa, sebenarnya banyak info menarik disini namun tidak sedap rasanya saya mengupas semua topik. Dan saya rasa ini mungkin topik terakhir saya akan ambil dari buku hebat ini. InsyaAllah kali ini saya bawakan amalan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencerdaskan minda anak-anak. Menurut buku ini perkembangan dan pertumbuhan manusia bermula dari peringkat janin di dalam rahim ibu lagi dan berkembang sehingga dewasa. Pemakanan yang seimbang dan mencukupi keperluan merupakan asas utama bagi perkembangan dan pertumbuhan seseorang. Pemakanan boleh dikategorikan kepada dua macam. Pemakanan rohani dan pemakanan fizikal. Pemakanan rohani = Membaca Al-Quran dan Doa Pemakanan rohani adalah amalan-amalan yang boleh diamalkan semasa si ibu sedang mengandung. Sebagai seorang muslim, amalam yang di anjurkan adalah membaca al-Quran dan berdoa. Antara surah-surah pilihan dan doa yang boleh diamalkan semasa mengandung yang saya peroleh dari blog sahabat kita nuriman dan aidura adalah seperti: 1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/ cantik 2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/ pintar/pandai 3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh 4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT) 5. Surah Al-Fatihah 6. Surah Yaasin 7. Surah Ayatul Kursi 8. Surah Al-Araaf ayat 189 9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik 10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat 11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat 12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT 13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak 14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik 15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga. *** Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al- Insyirah ayat 1 – 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al- Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh. Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah. SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung) Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat. SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. SURAH YUSUF (Yusuf) Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya. Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. SURAH IBRAHIM (Ibrahim) Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah. SURAH MARYAM (Maryam) Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. SURAH AS-SAJDAH (Sujud) Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani. SURAH LUQMAN (Luqman) Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut. Wallahu a’lam. Sesungguhnya Al-Quran merupakan panduan hidup kita sepanjang zaman.. *** Pemakanan fizikal = Susu Ibu Hari ini ramai bayi-bayi diberikan susu formula seawal usia sehari mengantikan susu ibu. Namun majoriti masyarakat kita tidak tahu rahsia khasiat di sebalik susu ibu itu. Syukur alhamdulillah saya membesar dengan susu ibu bukan susu formula.. Mari kita sama-sama perhatikan ayat al-Quran dan kupasan khasiat susu ibu ini. Firman Allah dalam surah al-Baqarah: 233 Bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi kedua- duanya.” Susu ibu merupakan makanan paling berkhasiat untuk bayi yang baru lahir. Susu ibu membekalkan keperluan untuk pembesaran, pertumbuhan dan perkembangan tubuh dan otak bayi. Selain itu, susu bayi juga membantu melindungi bayi daripada jangkitan pelbagai jenis penyakit seperti sakit telinga, kolkol, taun, lumpuh, gastro enteritis dan meningitis. Malah bayi yang diberikan susu ibu dikatakan kurang terdedah kepada kemungkinan mendapat penyakit lelah dan juga pelbagai penyakit alahan. Selain itu juga susu ibu mudah dihadam berbanding susu formula kerana susu ibu lembut dan cair sementara susu formula pekat. Susu ibu juga mengandungi protien yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan cirit-birit. Anak-anak yang diberikan susu ibu mempunyai beberapa kelebihan seperti: 1. Watak anak yang lembut 2. Emosi anak stabil 3. Pembesaran anak yang berwatak yakin dan berani 4. Anak tidak mudah menerima tekanan jiwa 5. Minda anak lebih cemerlang 6. Fizikal anak lebih kebal kepada penyakit 7. Anak lebih mengasihi ibu serta adik-beradiknya Disini saya ingin bawakan satu fakta dari buku ini. Keburukkan bayi berumur di bawah empat bulan diberikan makanan selain susu ibu: Bayi belum bersedia menerima makanan pejal kerana kuasa penghadamannya masih kurang. Mudah mendapat alahan. Buah pinggang bayi masih belum kuat untuk membuang sisa-sisa makanan akibat penghadaman. Kemungkinan boleh rosakkan usus Boleh mengakibatkan kegemukkan. Sekiranya bayi terpaksa diberikan sus formula, minta nasihat doktor jenis susu yang sesuai untuk bayi. Selain susu ibu, kita juga perlu mengamalkan makan makan seimbang, berprotein dan berzat seperti yang kita pelajari di sekolah dalam piramid makanan. Dalam buku rahsia minda hebat juga banyak dikupas tentang amalan permakanan yang baik dan yang boleh mengancam diri. Selain itu juga ada doa-doa dan amalan yang boleh diamalkan untuk melembutkan hati dan menajamkan fikiran. Penutup = Makanan membentuk hati Nabi SAW mengingatkan kita bahawa hati itu dibentuk oleh makanan dan minuman. Jika makanan dan minuman kita bersumberkan perkara haram dan buruk, ia akan membentuk hati menjadi buruk dan jahat, dan sebaliknya. Nabi SAW pernah bersabda:(Riwayat Muslim) Bermaksud: “ Di dalam diri setiap kamu ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh badan dan anggota kamu. Tetapi jika ia jahat maka akan jahatlah seluruh tubuh dan anggota kamu. Ketahuilah, itulah hati . “ Kita juga biasa dengar pepatah lain yang berbunyi: “You are what you eat.” Pepatah ini juga diambil dari hadis Nabi SAW seperti diatas. Makanan yang baik akan membentuk hati yang baik. Hati yang baik akan membentuk akhlak yang baik. Rasulullah SAW merupakan contoh akhlak yang terbaik sebagaimana sabda baginda: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Rasulullah SAW juga menganjurkan kita berakhlak mulia: ” Takutlah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada. Ikutlah segala kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan (kejahatan). Dan bergaullah dengan sesama manusia dengan akhlak yang baik. ” Sumber: Buku Kewajipan Mendidik Hati. Semoga info ini bermanfaat untuk semua. Sekian.. ~fyzul MP May 25, 2010 9 Replies Minda 3: Wangian Mencergaskan Minda.. Masih ingatkah lagi artikel minda 2 saya sebelum ini. Dalam entri tersebut saya menceritakan peranan warna, muzik dan bauan dalam merangsang otak. Kali ini saya ingin menyambung kupasan tentang wangian. Siapa yang tidak suka wangi-wangian??? Saya pasti semua orang suka terutama golongan wanita.. Saya pun suka.. Kebiasaanya, wangian dikaitkan dengan perfume atau minyak wangi. Tetapi sebenarnya alam semula jadilah yang mengeluarkan wangian tersebut. Allah SWT Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui hamba- hambaNya menyukai wangi-wangian. Maka diciptakan tumbuhan yang pelbagai warna dan mengeluarkan haruman yang wangi. Sebagai contoh pokok bunga rose, limau kasturi, pokok kemangi dan sebagainya yang disukai manusia. SubhanAllah..Hebat ciptaan Allah SWT. Kita tahu, wangian ada dua macam, yang disukai dan tidak disukai.. Yang tidak disukai tentulah wangian yang berbau busuk, tengit dan sebagainya yang membuatkan kita tidak selesa bukan? Dalam entri sebelumnya saya hanya menyentuh sedikit tentang situasi wangian di suatu tempat merangsang otak berfikir.. Kali ini saya ingin menambah info tentang wangian tersebut insyaAllah.. Dalam buku minda hebat karangan Dato’ Siti Nor Bahyah Mahmood bersama Haji Muhammad Zakaria, beliau ada menyentuh tentang wangian ros, kasturi, kemangi dan ambar. Terdapt juga hadis- hadis Nabi SAW tentang wangian ini. Saya tidak menyentuh tentangnya disini.. Untuk mengetahui detail, boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran.. Bilik Selesa vs Terganggu.. Kebanyakkan pelajar suka belajar di dalam bilik mereka, terutama pelajar universiti atau tinggal dirumah. Pelajar di asrama seperti pelajar MRSM, SBP, dan lain-lain, mereka perlu belajar di bilik darjah waktu petang dan malam (dulu kami panggil ‘prep’)..Mereka ada jadual belajar yang telah ditetapkan..Semasa di UTM, saya juga menghabiskan masa study di dalam bilik.. Jarang- jarang pelajar belajar di perpustakaan atau bilik tutorial..Kebayakkan mereka suka belajar dibilik.. Pendapat saya tidak kesah nak belajar dimana asalkan kita belajar dan bukan bermain atau tidur. Cuma saya ingin kongsikan disini, suasana bilik belajar yang berudara segar membantu meningkatkan keupayaan otak berfikir.Oxygen yang diperlukan oleh tubuh akan berkurang sekiranya kita belajar ditempat tertutup. Apabila tubuh kurang menerima oxygen, ia akan menyebabkan kita cepat mengantuk atau selalu menguap ketika belajar. Ada rakan-rakan kita suka study group di bilik rakan-rakan yang lain. Kita perlu kenal pasti adakah bilik kita berkeadaan selesa. Maksudnya berbau wangi atau sebaliknya. Biasanya pemilik bilik tersebut tidak tahu bahawa biliknya berbau tidak menyenangkan kerana dia tiap hari berada di bilik tersebut. Jika nak tahu bilik kita wangi atau tidak, ajak rakan yang suka wangian masuk ke bilik kita. Jika dia mampu berada lama atau tidak berkata apa- apa, maksudnya bilik anda selesa buat mereka.. Sebaliknya sekiranya bilik kita tidak selesa, ia mengganggu rakan2 kita nak fokus belajar bersama kerana fikiran mereka asyik memikirkan tentang bau yang tidak selesa tersebut. Sebab itu bilik yang segar, berbau wangi dan selesa sangat penting merangsang otak berfikir dengan baik.. Bau badan menganggu fikiran.. Masalah badan berbau dihadapi oleh setiap orang. Apabila badan berpeluh, lebih kuat bau yang kurang selesa akan terhasil. Empunya badan juga akan tidak selesa dengan keadaan ini. Biasanya kita akan cuba mengatasi masalah ini dengan memakai deadorant, perfume dan sebagainya. Ada juga bauan ini tidak kekal lama.. Sekiranya kita menghadapi masalah ini, terutama pelajar, kita tentu tidak mahu bau ini menganggu rakan-rakan kelas terutama rakan disebelah kita. Jesteru cara yang boleh diatasi dengan membawa minyak wangi atau perfume sentiasa di dalam kocek. Biasanya perfume yang bersaiz kecil memudahkan kita membawanya kemana-mana. Kini produk perfume mini sangat popular hari ini. Banyak jenama2 produk yang berada di pasaran. Imtiyaaz Aroma merupakan salah satu produk perfume muslim terbaru. Saya pun baru tahu hari ini tentang produk ini. Menariknya duta produk ini ialah penulis buku minda hebat, Dato’ Siti Nor Bahyah Mahmood. Produk ini ada 3 set wangian..Produk ini boleh diperolehi secara online sahaja..(Sedikit promosi tentang produk ini..hehee..) Wangi-wangian tidak salah untuk dipakai kerana suasana yang segar dan wangi sebenarnya turut membantu dalam merangsang keupayaan otak berfikir. Namun jangan terlalu tepu bilik dengan bau wangi kerana ia boleh menimbulkan rasa rimas juga. Bersederhana mengawal wangian yang selesa buat diri kita dan orang sekeliling..Untuk para pelajar, pilih tempat belajar yang sesuai. Sekiranya kita dapati tempat tersebut tidak sesuai, ubah atau beralih mencari tempat yang selesa untuk kita belajar. Apabila kita selesa dengan suasana sekeliling, insyaAllah pembelajaran juga akan mudah diingat dan paham. Sekian. Ikhals: MindatifPLUS (MP
Posted on: Sun, 14 Jul 2013 17:20:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015