NASTOGIA: KES TEMBAK DI SUNGAI GOLOK, BAWAL MASAM MANIS Pertemuan - TopicsExpress



          

NASTOGIA: KES TEMBAK DI SUNGAI GOLOK, BAWAL MASAM MANIS Pertemuan kali kedua dengan kenalan lama, bekas Ketua Polis Johor, Datuk Haji Mohd Onn Haji Muda, di Masjid Al-Khdijiah, PD KL, ketika solat berjemaah zohor sebentar tadi memberi peluang lebih banyak mengimbau nastolgia lama berkait kerjaya masing-masing ketika di Kota Bharu, kira-kira 30 tahu lalu. Benarlah seperti maksud sepotong ayat al-Quran bahawa "tiada gerak geri seseorang melainkan dengan izin Allah" di mana pertemuanku dengannya itu secara tidak sengaja selepas aku menghantar isteri balik ke rumah sementara aku terus ke Masjid PD untuk menunaikan solat berjemaah walaupun hanya sempat menjadi makmum masbuq iaitu pada rakaat akhir. Bermula pertemuan kedua itu selepas kali pertama di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddik, Bangsar KL tiga minggu lalu. Hari ini pula masing-masing bermuhasabah diri berligar tentang keikhlasan dan niat seseorang itu penting bagi mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah, bermula dengan dia bekerja sebagai kerani polis hingga jawatan tertinggi KP Johor itu dan aku pula dari wartawan kadet hingga wartawan eksekutif dan Ketua Biro BHSB di KB sebelum bersara wajib akhir 2004 di HQ KL. Pertemuan kedua kami kali ini agak berbeza di mana dia menjamumu dengan nasi campur berlaukkan bawal masam manis, ketika perutku sedang berkeroncong manakala dia hanya meratah lauk pauk sahaja kerana mungkin untuk menemaniku di Cafe Masjid Al-Khadijiah itu. Ini juga mungkin untuk memenuhi niatnya sebelum ini yang pernah berjanji untuk makan bersamaku apabila dia selesai menunaikan puasa enam sunat selepas Ramadan lalu. Hati terdetik dengan kata-katanya bahawa kita tidak boleh menganiayai seseorang sehingga menutup periuk nasi dan rezekinya kerana niat tidak ikhlas dan busuk hati. Persoalan itu terbit mungkin mengingatkan bagaimana dia dianiayai kerana ditukarkan serta merta berikutan kes pendedahan media berhubung skandal perjudian melibatkan Polis Johor sehingga membawa kepada kes mahkamah. Dia kini mendapat pencen awal dan menetap di sebuah banglo mewah di Bangsar dan kini menjadi insan biasa dan qariah tetap Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddik. Aku pula selepas bersara sedang meneruskan perjuangan mencari ilmu untuk mengisi sisa-sisa hidup untuk bekalan di hari akhirat dengan prinsip bersandarkan sepotong hadis "Apabila mati seseorang Anak Adam itu, maka terputuslah amalannya (dunia) melainkan tiga perkara yang ditinggalkan iaitu "sedekah jariah, anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapannya dan ilmu yang bermanfaat". Aku turut tertarik dengan nostolgia ceritanya bagaimana dia terkilan (ketika menjadi OCCI Kelantan) di mana menerima berita kematian keluarga mangsa culik yang ditembak penjenayah beberapa jam selepas menerima nasihatnya membuat laporan polis dalam kejadian di Sungai Golok, Thailand 30 tahun lalu. Kami juga turut mengimbau kembali bagaimana aku dari BH satu-satunya wakil media yang menerima anugerah surat kepujian dari KP Kelantan (ketika itu, Datuk Ismail Che Rose)
Posted on: Wed, 25 Sep 2013 07:53:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015