Nama aku peraturan.. Jadi lagak dan gaya aku berkisar tentang - TopicsExpress



          

Nama aku peraturan.. Jadi lagak dan gaya aku berkisar tentang norma dan undang-undang.. Aku yakin dan percaya hidup mesti bersandar panduan, berjalan ikut aturan.. Biar masa berlalu dan terus berlalu.. Aturan tetap memburu kita.. Didada akhbar, dicorong tetuang udara malahan di laman maya.. Sibuk kiasan dan sinduliran "Syukurlah, Malaysia masih aman".. Puak yang sama berseloroh.. Dulu, EO dan ISA mansuh.. Mereka sorak!! Kononnya, undang-undang rimba.. AG dan Majlis Peguam kata Ya!! Ayuh kita mansuh.. Sekarang, Akta Hasutan juga ingin dimansuh.. Mungkin suara kiasu bercampur lebih hebat dari autonomi biru.. Si penguasa telah dikuasai.. Ikut dan terus ikut.. Bila tembak sana, tembak sini.. Rogol dan ragut sana bermaharajalela, puak yang mansuh jadi gusar.. Pihak berkuasa jadi mangsa.. Mula cari salah.. Seolah dia lah sempurna.. Maksum katanya.. Sekarang, penyokong yang dulu diam.seribu bahasa ingin menjilat ludah.. Sekarang penjenayah dibela, pahlawan dipersenda.. Semua benda mahu dipolitik.. Itulah, bila taksub melebihi waras.. Jangan esok, mereka jadi nanar.. Inilah undang-undang pencegahan.. Bila tiada yang mencegah senang ia merebak.. Dulu, itu taring pihak berkuasa.. Sekarang, buat ini salah buat itu salah dan tidak berbuat apapun juga bersalah.. Percayalah, "masih" tiada bermakna ia akan kekal selamanya.. Bila kita tunduk dan ikut rentak lawan.. Beginilah jadinya.. Tangan-tangan halus mula berperanan.gerak saraf lebih hebat dari tempur konvensional.. Sekarang, TheNewVillage pascaMerdeka menyokong.. Bila, TandaPutera pascaMerdeka menentang.. Barangkali sikit masa lagi Bravo5 juga si pascaMerdeka tentang!! Bila mata dibuta sejarah.. Telinga jadi pekak.. Hati jadi tuli.. Aturan hidup.. "masih" tidak bermakna akan kekal.. Bila kita lena.. Sejarah akan datang menerpa.. Lantas, sesal tiada berguna.. #selamat.hari.pahlawan #Al-Fatihah.. -niezam91
Posted on: Tue, 30 Jul 2013 21:24:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015