Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali a.s sesudah - TopicsExpress



          

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali a.s sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu jikalau hendak memakai cincin pakailah di :- 1. Jari Manis 2. Jari Kelingking (Anak jari) Dan harus diingatkan !! Jangan memakai cincin pada :- 1. Jari Tengah 2. Jari Telunjuk Nabi Muhammad s.a.w. melarang kita memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah kerana ia meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka pada zaman Nabi Lut a.s. Sahabat2 yang saya kasihi kerana Allah, marilah kita saling berpesan2 sesama kita. Kalau terperasan ada dalam kalangan keluarga, kawan2, jiran ataupun saudara mara kita yang berhias dengan cara yang salah, tegurlah mereka dengan cara yang berhemah ye. Semoga kita semua mendapat hidayah dariNYA. InsyaAllah..=) Perhatian!!! Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki mahupun perempuan. p/s: Semua orang, baik lelaki atau wanita amat digalakkan untuk memakai cincin pada jari kelingking dan jari manis. Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Sebenarnya begitu banyak sunnah yang begitu ringan, tapi kita terlepas pandang.. Antaranya pemakaian cincin ini.. Ayuh sahabat2! Ayuh kita hidupkan kembali Sunnah Rasulullah..!! Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah s.a.w. bersabda, مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا “Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun". Dan dari Anas ra. dari Nabi s.a.w. katanya: "Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-samaku! "
Posted on: Sat, 31 Aug 2013 16:52:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015