Nota palsu, penduduk jangan panik LAHAD DATU: Orang ramai di - TopicsExpress



          

Nota palsu, penduduk jangan panik LAHAD DATU: Orang ramai di daerah ini diminta supaya tidak cemas atau panik dengan kewujudan nota ditulis dalam Bahasa Melayu kononnya `perintah berkurung’ akan dikuatkuasakan pada 27 dan 28 September ini. Nota-nota berkenaan dikatakan ditampal oleh individu tidak bertanggungjawab pada dinding bangunan kedai, di sini, kelmarin. Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Ang Seow Aun, ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah Lahad Datu berkata perkara itu hanya khabar angin semata-mata dan orang ramai khususnya masyarakat di daerah ini tidak perlu cemas dan panik. “Perkara ini tidak benar dan hanya khabar angin yang mana pihak kita percaya ia dilakukan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab bagi mewujudkan suasana huru-hara di sekitar bandar ini,” katanya. Menurutnya, jika sesuatu perintah berkurung itu hendak diisytiharkan, ia akan melalui bidang kuasa Persuruhjaya Polis Sabah menurut peruntukan Seksyen 31 (1) Akta Polis 1967, yang mana dalam tempoh tidak melebihi 24 jam notis. Dan, jika mahu dipanjangkan lagi maka hendaklah mendapat kelulusan daripada kuasa Menteri Dalam Negeri, yang mana menteri berkenaan boleh melanjutkan tempoh sesuatu perintah berkurung selama 14 hari. Ang berkata terdapat enam kaedah bagaimana notis bagi perintah berkurung boleh dikeluarkan, iaitu melalui cara-cara penghebahan atau pengumuman. “Pertama hebahan mulut melalui unit polis peronda, kedua melalui Jabatan Penerangan, ketiga melalui televisyen dan radio, keempat menampal poster di semua perhentian bas, terminal lapangan terbang dan tempat-tempat awam menerusi notis yang sah, kelima mengedarkan risalah, dan keenam melalui notis dalam bahasa tempatan atau bahasa Inggeris,” katanya. Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat daerah ini faham bagaimana cara-cara sesuatu arahan perintah berkurung itu dikeluarkan dengan cara sah dan boleh diguna pakai mengikut peruntukan undang-undang. Polis kini menjalankan siasatan lanjut berhubung penyebaran nota terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi bilik gerakan IPD di talian 089-881255 bagi membantu siasatan. Mereka yang didapati bersalah boleh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 5050 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman dua tahun penjara dan denda atau kedua-duanya sekali. ( baca ni btl2 khusus wat warga lahad datu jgn ikt ckp 0wg jark apala )
Posted on: Tue, 24 Sep 2013 21:29:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015