Nukilan rasa dan taakulan Web Sutera. Tazkirah tidak menganggu - TopicsExpress



          

Nukilan rasa dan taakulan Web Sutera. Tazkirah tidak menganggu solat sunat Terawih | Neraca Allah bakal berbicara, bahawa yang hak tetap hak, yang batil tetap akan kalah. Salah satu sudut yang sering dilupakan ialah bagaimana adilnya Islam itu terhadap semua penganut di sesebuah wilayah atau negara. Dalam masa yang sama, Islam juga memberi keadilan kepada semua manusia yang bukan Islam dan semua hidupan berupa flora dan fauna. Anasir pembohong yang disebarkan oleh pihak-pihak di sebalik tabir (baca: Dajjal) itu sebenarnya yang menjadi perosak. Sistem demokrasi yang diagungkan Barat kononnya sebuah sistem terbaik bagi kebaikan manusia, diancam atau dimusnahkan oleh mereka sendiri. Itu yang terjadi di Mesir. Mohamed Morsi yang dipilih melalui pilihanraya yang sah digulingkan oleh tentera dengan tangan-tangan ghaib memain peranan penting! Mengapa? Ianya justeru beliau bersama barisan kabinetnya mahu Islam memerintah. Bagi Barat dan musuh-musuh Islam yang diperkuda oleh Zionis Israel dan Amerika Syarikat, demokrasi boleh diterima sekiranya ia memberi kepentingan kepada mereka. Sekiranya demokrasi itu memberi kelebihan kepada Islam, maka secara diam-diam mereka akan musnahkannya. Mohamed Morsi dan Ikhwan Muslimin menjadi mangsa tindakan rakus mereka, walhal baru setahun beliau memegang tampuk sebagai Presiden Mesir. Membentuk sebuah negara dalam acuan Islam di era Rasulullah (SAW) dan Khulafa ar-Rasyidin, yang selama lebih 40 tahun di bawah perintah penguasa kurang molek dengan menanam nilai sekular dan budaya bobrok, bukan perkara mudah. Bukan sahaja rakyat yang mesti dilentur kembali, bahkan langkah pertama ialah membersihkan kumpulan penguatkuasa yang memegang cemeti. Walaupun Mesir tidak seteruk Turki dahulu (semasa Mustafa Kamal Ataturk gulingkan khilafah Islam), namun persis sistem semacam itu juga yang ditinggalkan oleh Hosni Mubarak dan sang penguasa tirani lain. Justeru, apakah kita jangkakan Mohamed Morsi dapat membaik pulih sistem kehidupan rakyat, khususnya warga mudanya hanya dalam masa setahun di sebuah negara yang mahu menyebut nama As-Syahid Hassan al-Banna pun takut-takut? Tanya di mana kuburnya As-Syahid itu sekadar berbisik di kalangan warga Mesir? Walhal dalam masa yang sama, banyak kegiatan dan gerakan sabotaj pemerintahan beliau terjadi sejak pada hari pertama Mohamed Morsi ditampuk presiden Mesir. Sang ulama jahat pun berkokok nyaring menyokong kudeta tentera yang gulingkan sebuah kerajaan Islam yang bercita-cita memerintah mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. Lebih baik jadi aku yang bukan ustaz (Web Sutera), daripada menjadi ulama yang takut kantung duit bocor! Di zaman Hosni Mubarak 30 tahun yang licik itu kamu boleh bersabar, mengapa Presiden Mohamed Morsi yang baru setahun di istana presiden kamu guling? Ulama jahat yang menyokong pengulingan Mohamed Morsi! Neraca Allah itu Maha Adil, sedangkan manusia sentiasa tamak dunia yang pastinya senget ke jurang neraka!
Posted on: Sun, 14 Jul 2013 01:34:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015