PASSIVE INCOME Part 3 : final post Salam semua, mula2 tahniah - TopicsExpress



          

PASSIVE INCOME Part 3 : final post Salam semua, mula2 tahniah buat pasukan klate n jb atas performance yang sangat hebat semalam. Rasa ramai rakyat malaysia bersatu semalam, rata2 baca kat fb. Ok,ni last post on passive income, sebelum ni ada terangkan mengenai kepentingan duit, passive income : money working for you dan kali ni saya terangkan yang kedua, passive income : business working for you. Ada 4 jenis business yang leh bekerja untuk kita. 1. Rental Real estate 2. Book royalty 3. Franchaise 4. MLM Kalau kita makan gaji je dan bukan ceo sebuah company yang sangat besar sistemnya, jangan kita bermimpi nak capai financial freedom. Tapi kita boleh fikir untuk masuk 4 bidang di atas. Duit masuk je dalam poket. Lama2 hidup kita senang. 1. Rental real estate kita sewa rumah... tetapi kena fikir duit untuk beli rumah dan maintenance. Kena pandai cari rumah dan belajar estate investment. 2. Book royalty kita kena fikirkan nak terbit sebuah buku. (InsyaaAllah saya nak luaskan passive income saya dalam ni satu hari) 3. Franchaise, rasa korang tahu ni kan, so dalam konsep franchaise bila guna product jenama dot dot untuk berniaga, ada sebahagian bayaran buat pemilik jenama dot dot. 4. Multilevel marketing iaitu MLM (bukan skim piramid atau skim cepat kaya ye). Ok, since saya pun dalam MLM marketing dan faham sangat isu-isu MLM yang buat saya berjaga2 dan elakkan MLM sebelum ni macam penyakit yang berjangkit, saya jumpa sesuatu yang penting. Bila menilai, pertimbang2kan isu2 yang wujud dan sistem ini, saya sedar yang actually MLM bukan seperti yang diwar2kan. Kenapa? MLM adalah air yang bersih, tetapi tercemar oleh orang2 yang jahat. Dulu saya konfius sangat, kalau MLM ni jahat, napa ramai penulis buku JUTAWAN MLM? Adakah penulis buku pun sama jahat? Tapi orang jahat mana reti menulis sesuatu bahan yang begitu baik. Ok, kita keluar topik jap alang2 ni last post saya on passive income. Saya share on sistem cepat kaya yang perlu kita jauhi. Tahu tak SISTEM PIRAMID, SKIM CEPAT KAYA atau SISTEM HEAD HUNTING? Pernah dengar tak? Mestilah pernah kan, selalu keluar dekat tv. Meh saya bagi contoh sistem piramid: Best tak tidur? Ok, bayangkan kita ni ngantuk sangat..so datang seseorang insan ni, jual kat kita tilam. Dia datang bawa tilam bujang : " Salam pakmat! Ngantuk kan? Ni ha, aku jual tilam ni dengan harga rm20 ribu" ( padahal modal tilam cuma rm200 , tilam tu biasa je pun, boleh beli kat mydin) Kita pun ngangguk. Ngantuk dah menguap2, tak sabar nak tidurkan? " ok, kalau pakmat nak tidur, ni ha, beli tilam superb hebat power man, kita baring 10minit je dah rasa macam tidur seminggu. Harga rm20,000, berbaloi! Jimat, tak perlu dah tidur berjam2 lagi, lagi2 boleh dapat free tau? " Yeke berbaloi? Ok2, hebaaat! Percuma lak tu, Nah rm20,000! " terima kasih pakmat! Ok, sekarang tugas pakmat cari orang lain nak beli tilam dengan harga rm20 ribu, haaa...dah jadi percuma lah kan? Nanti setiap tilam pakmat dan orang bawah jual, syarikat tilam akan bagi komisen rm2000" Maka mulalah hidup menderita kita mencari sesapa yang nak beli tilam rm200 dengan harga rm20 ribu, kalau tak jumpa tak dapat pulangan duit. RUGIIII...Lagi2 menderita bila tidur atas tilam tu kerasnya mak oiiii... baik beli kat mydin je. Maka mulalah sesi tipu menipu dari satu tangan ke satu tangan. Maka.... ramailah tertipu rm20,000...yang seronok orang atas2 sistem piramid, diorang kayaaaa...dengan konsep beli tilam pertama dapat pulangan duit kita balik, nak untung dan cepat kaya, kita jual lagi tilam, jual pada 3 orang kawan baik kita dengan janji2 manis, maka kita dapat untung rm20,000 x 3 orang = rm60 ribu senang2 masuk kocek kita. Belum tambah komisyen orang bawah terpaksa jual tilam..wow! Tapi akhirnya kita hilang kawan, kita hilang nilai moral kita dan akidah. Maka itulah contoh skim cepat kaya atau skim piramid.Rasa faham kan? ---------------------- So inilah sistem yang kita perlu elakkan. Jangan tertipu, kaji dulu bisnes kita sebelum kita masuk. Cari sesuatu kita selesa dan mampu teruskan sehinggalah umur kita 100 tahun sekalipun. Sebenarnya, Shaklee dulu pun ada orang2 yang jadikan sistem mlm yang suci kepada sistem piramid untuk kaut keuntungan cara cepat, sistem baik dijaja dan ditwistkan jadi sistem jahat dan menganiaya, itu kenapa shaklee terpaksa tutup sekejap di malaysia sebab complain yang terlalu banyak. Kalau ada soalan boleh je pm atau komen kat bawah. Terima kasih kerana membaca. Post by Fateema Dzulkifli
Posted on: Sun, 30 Jun 2013 08:40:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015