PBNP akur denda dikenakan FAM Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman - TopicsExpress



          

PBNP akur denda dikenakan FAM Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata persatuan itu juga akur terhadap keputusan dan kebijaksanaan Jawatankuasa Perlawanan FAM menjadualkan semula perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Jun dengan Pahang diberi status sebagai tuan rumah. Katanya PBNP percaya FAM membuat keputusan itu selepas pertimbangan sewajar dan seadil-adilnya tanpa dipengaruhi kepentingan peribadi mana-mana pihak. "Tindakan FAM memperuntukkan 60,000 tiket kepada PBNP seharusnya tidak dipersoalkan kerana ini adalah wajar dan bersesuaian dengan status tuan rumah yang diberikan," kata beliau menerusi kenyataan yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PBNP Rizal Chek Hashim di sini hari ini. PBNP turut melahirkan kekecewaan dan rasa terkilan atas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang membayangkan PBNP mahu mengambil keuntungan daripada insiden berkenaan. Tindakan seumpama itu, kata Tengku Abdul Rahman, bukan sahaja mempertikaikan integriti PBNP malah seolah-olah menghukum peminat dan penyokong bola sepak Pahang.
Posted on: Thu, 06 Jun 2013 04:04:46 +0000

Trending Topics



ody" style="min-height:30px;">
O comandante da Polícia Militar e o corregedor da PM são da

Recently Viewed Topics




© 2015