[ PEMBETULAN DAN PENCERAHAN BERKAITAN MASALAH FAIL PELAJAR - TopicsExpress



          

[ PEMBETULAN DAN PENCERAHAN BERKAITAN MASALAH FAIL PELAJAR ] BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.,, Berhubung dengan masalah fail bagi pelajar perubatan, pihak PCZ telah berhubung dengan Pengarah Education Malaysia Egypt (EME) secara lansung tentang perkara ini. Berikut adalah pembetulan, pencerahan dan resolusi daripada pihak Education Malaysia Egypt (EME): 1) MASALAH FAIL TAHUN 3 DAN KEATAS BAGI KULIAH PERUBATAN Merujuk kepada mesyuarat diantara delegasi dari Malaysia dengan pihak Universiti Zagazig tempoh hari, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Zagazig bersetuju untuk membantu pelajar yang belum ada fail peribadi tetapi cemerlang dalam peperiksaan sehingga tahun 3 untuk dibenarkan meneruskan pengajian mereka ke peringkat seterusnya. Pihak Universiti akan mencadangkan nama tersebut dan menghantar surat sokongan kepada EME untuk diproses buka fail. Diingatkan bahawa ‘CEMERLANG’ dalam peperiksaan bermaksud mendapat pangkat ‘JAYYID JIDDAN/VERY GOOD’ pada keputusan peperiksaan semasa tahun 1 dan 2. 2) MASALAH FAIL TAHUN 1 DAN 2 KULIAH PERUBATAN Berhubung dengan masalah fail bagi pelajar tahun 1 dan 2 perubatan pula, pihak EME tidak boleh memprosesnya kerana ianya melibatkan kemasukan secara lansung ke universiti oleh pihak agensi. Rata-rata pelajar yang dibawa masuk ke universiti adalah daripada hasil rundingan pihak agensi komersil luar dgn pihak universiti dan terdapat juga pelajar dibawah kelolaan agensi yang berada dibawah taraf kelayakan kemasukan. Oleh kerana itu, dokumentasi pelajar tidak dihantar melalui EME. Mengambil kira evakuasi voluntari 2013 ini, pihak EME bersetuju dalam mesyuarat delegasi yang lepas untuk membuat PENGECUALIAN KES dengan mengeluarkan SURAT TANGGUNGAN PELAJAR SENDIRI kepada universiti untuk membenarkan universiti mempertimbang pelajar yg tidak memiliki fail peribadi (tahun 1 dan 2) untuk meneruskan pengajian sehingga tahun 3. Kemudian barulah EME akan pertimbangkan sama ada pelajar tersebut layak atau tidak. Layak disini adalah memperoleh pangkat ‘CEMERLANG’ dalam peperiksaan tahun 1 dan 2. 3) MASALAH FAIL TAHUN 1 DAN 2 KULIAH FARMASI Berkaitan masalah fail bagi kuliah farmasi pula, kaedah yang digunakan adalah sama dengan pelajar perubatan. InsyaAllah kami akan maklumkan perinciannya dari semasa ke semasa. Diharapkan semua pelajar faham akan perincian ini. Selamat mengulangkaji bersama keluarga. InsyaAllah pihak kami akan memaklumkan makluman terbaru dari semasa ke semasa. ‘Achieve The Highest, Improve Others’ BIRO AKADEMIK ‘Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati’ PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2013/2014
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 15:46:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015