PERUTUSAN RASMI ULAMAK PELAPIS PAS NEGERI PERAK, BERSEMPENA EIDUL - TopicsExpress



          

PERUTUSAN RASMI ULAMAK PELAPIS PAS NEGERI PERAK, BERSEMPENA EIDUL ADHA 1434 H Salam Eidul Adha saya ucapkan kepada seluruh umat Islam terutamanya mereka yang sedang menunaikan fardhu Haji di Makkah Al Mukarramah. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadat, memudahkan segala urusan ibadah dan dikurniakan haji yang mabrur. Eidul Adha adalah hari yang suci dan penting untuk umat Islam menginsafi betapa pentingnya pengorbanan dalam perjuangan menegakkan syariat Allah SWT. Pengorbanan ini bukan sahaja terhenti dibibir dengan luahan dan laugan takbir tetapi ia perlu kepada pembuktian mewakafkan harta dan diri untuk melaksanakan segala suruhan Allah swt. khasnya tanggungjawab yang diabaikan oleh umat islam dewasa ini iaitu pengorbanan di dalam menyebarkan dakwah Islam yang kian mencabar. Jika kita melayari kembali sejarah perjuangan Nabi Allah Ibrahim AS, maka kita akan menyaksikan bahawa ketabahan seorang ayah yang sanggup mengorbankan anak yang tercinta demi melaksanakan perintah dari Allah swt. Ujian seberat ini pasti tidak akan mampu dilaksanakan melainkan dengan ketaatan dan kepatuhan yang sempurna sehingga mampu mengenepikan perasaan diri dan keinginan pribadi. Sebagai seorang Muslim dan pejuang agama Allah, sewajarnya kita mengambil pengajaran dari pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim as dan nabi Ismail as. Keutamaan yang perlu dilaksanakan adalah mendahului tuntutan dan arahan Allah swt dari kehendak peribadi dan keluar dari zon selesa demi memartabatkan Islam di tanah air tercinta. Ambillah pengajaran dari ucapan takbir yang dilaungkan iaitu Allah Maha Besar (Allah menjadi keutamaan kami) selain Allah adalah kecil, harta, keluarga, kecil berbanding Allah swt. bermula dengan pemahaman inilah lahirnya pejuang pejuang islam di serata pelusuk dunia. Syehk Yasin pengasas HAMMAS syahid ketika memimpin rakyat palastin kerana pekataan ini. Mursi dipenjara kerana perkataan ini. seluruh perjuang rabiah di mesir syahit kerana perkataan ini. Begitu juga Ulamak tanah air istiqamah di landasan perjuangan islam sehingga akhir hayat kerana kalimah ini seperti Ust Tan Sri Azizan Abd Razak kerana kalimah ini. Teruskanlah jangan kita berganjak dari medan pengorbanan ini. Akhirnya sekali lagi kita berdoa semoga Allah menerima semua amalan kita. Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar walillahi hamd. Akhukum, Arman Yusop al Iman Ketua Ulamak Pelapis Pas Perak.
Posted on: Tue, 15 Oct 2013 03:43:04 +0000

Trending Topics



ss="stbody" style="min-height:30px;">
Lovely people Happy Ramadan :)..This Ramadan I will be holding
O brasileiro Bartolomeu de Gusmão nascido em Santos foi o criador
ATTENTION!!! I am looking for a business partner na gusto kumita

Recently Viewed Topics




© 2015