PRINSIP Ini merupakan Rukun yang pertama bagi Pemuda UMNO di atas - TopicsExpress



          

PRINSIP Ini merupakan Rukun yang pertama bagi Pemuda UMNO di atas kepentingan dan keutamaan bagi perjuangan yang bertunjang dan berteraskan prinsip bagi mana-mana entiti politik. Bagi Pemuda UMNO, ia akan tetap berpegang teguh kepada perjuangan asas dan pokok dalam UMNO bagi menegak, mempertahan dan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air atau negara, sejajar dan selaras dengan perlembagaan negara, rukun negara, kontrak sosial dan formula perkongsian kuasa di dalam Barisan Nasional. PERKARA ASAS •Pemuda UMNO adalah organisasi yang tetap pendiriannya. •Pemuda UMNO tetap kekal dan kukuh memperjuangkan agama Islam, intitusi raja-raja dan hak-hak keistimewaan orang Melayu sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan, rukun negara, kontrak sosial dan dan tidak sama sekali lari, luntur atau longlai dari amanah dan tanggungjawabnya. •Namun Pemuda UMNO juga memperjuangkan kepentingan tanah air dan negara untuk semua, sebagai Pemimpin bagi golongan muda bukan sahaja untuk Melayu, tetapi juga bagi Cina, India dan komuniti lain.
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 08:01:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015