PROGRAM Ziarah Ramadan 2 sudah berakhir semalam. Selepas dibawa ke - TopicsExpress



          

PROGRAM Ziarah Ramadan 2 sudah berakhir semalam. Selepas dibawa ke Bukit Kayu Hitam pada sebelah pagi semalam, peserta dibawa ke Alor Setar pula pada sebelah petangnya. Mereka dibawa melawat Muzium Padi di Guung Keriang, Rumah Seri Banai dan Rumah Tok Su (di hadapan Wisma Darul Aman), berkunjung ke Busana Azzahra (di Mergong), dan bergambar di tempat letak bas Pancangan Matahari (di Shahab Perdana). Kemudian peserta dibawa ke Pekan Rabu untuk mengedarkan kurma sumbangan Buraq Oil, penaja utama, sebelum berlepas ke stesen kereta api Alor Setar. Mereka berbuka puasa di stesen berkenaan. Menikmati nasi beriani yang disediakan oleh Tourism Malaysia Kedah, serta popia dan teh tarik yang disediakan oleh Jamal Fakir, juara pertandingan teh tarik kebangsaan. Rombongan media berserta penaja utama, Buraq Oil dan kakitangan KTMB yang menyertai program ini berlepas dari Alor Setar ke Kuala Lumpur kira-kira jam 8.15 malam menaiki koc Senandung Langkawi.
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 03:50:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015