Pada masa kita (termasuk ulama dan pemimpin) membicarakan tentang - TopicsExpress



          

Pada masa kita (termasuk ulama dan pemimpin) membicarakan tentang ibadah haji sebagai simbol penyatuan umat Islam, simbol kesetaraan, persaudaraan dan seumpamanya, pada masa yang sama para ulama dan pemerintah tidak mempersatukan kita di bawah satu kepimpinan, satu negara, satu Daulah. Mereka masih berpegang erat bahawa negara Malaysia adalah milik rakyat Malaysia, Indonesia adalah negara ‘orang lain’, Palestin adalah negara milik bangsa Palestin, Iraq, Turki, Pakistan adalah negara mereka, bukan negara kita. Inilah yang masih menyedihkan kita. Para pemerintah dan ulama yang sepatutnya mempersatukan kaum Muslimin sebaliknya yakin, redha dan mempertahankan sempadan ciptaan kuffar penjajah. Mereka lupa bahawa semua tanah kaum Muslimin adalah tanah kita. Mereka lalai bahawa bumi ini diwariskan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman. Mereka tidak sedar bahawa Ka’abah bukan milik Saudi, Masjid Nabawi bukan hak Saudi, Masjidil Aqsa bukan sekali- kali hak Palestin, tetapi semua ini adalah milik Allah dan milik umat Islam. Rasulullah berjuang menghapuskan semua sempadan-sempadan ini dan menyatukan umat Islam, sebaliknya pemimpin hari ini berjuang mempertahankan sempadan ini dan memecahbelahkan kita. Mereka menyatakan umat Islam itu bersaudara, walhal mereka menghalau saudara mereka yang masuk ke negara mereka tanpa pasport dan visa, mereka menyatakan umat Islam wajib bersatu, tetapi mereka tidak menyatukan umat Islam di bawah Daulah Khilafah, malah mana-mana gerakan Islam yang ingin mempersaudarakan sesama Islam, menghapuskan segala sempadan dan menyatukan umat Islam di bawah satu kempimpinan dan pemerintahan, golongan ini pula yang dipersalahkan. Malah para pemerintah dan ulama ini akan turut menyalahkan mana-mana kaum Muslimin yang ingin menyambut perayaan tidak sama dengan tarikh yang mereka isytiharkan. Yang lebih mendukacitakan, sesetengah umat Islam juga turut menganggap bahawa perbuatan ini adalah salah, malahan sesat! Di samping kesedihan kita dengan sikap ulama dan pemimpin yang sekular, kita juga amat sedih melihat sesetengah umat Islam yang salah faham tentang konsep ibadah haji di mana mereka menganggap Makkah sebagai satu tempat untuk ‘confession’ (pengakuan salah). Benar, kita dituntut agar bertaubat dan memperbaiki diri. Tapi apa yang dimaksudkan confession di sini ialah menganggap dan menjadikan Makkah sebagai tempat ‘pembersihan’ dosa. Sebelum ke Makkah, mereka hidup sama seperti seorang sekular, tidak mempertimbangkan halal dan haram di dalam perbuatan, tidak memperdulikan dosa dan pahala, syurga atau neraka. Mereka tidak menghiraukan semua ini dengan alasan satu hari nanti mereka akan ke Makkah untuk ‘membersihkan’ diri mereka. Mereka menganggap inilah sebaik-baik tempat untuk melakukan confession. Seolah-olah kita mempunyai hak untuk melakukan dosa, kemudian boleh ditebus dengan menunaikan haji. Walhal ibadah haji bukan memberikan satu alasan untuk kita melakukan dosa, samada sebelum atau selepas menunaikan haji. Kita kesal apabila ada di kalangan umat Islam yang berfikir sebagaimana Kristian yang menganggap dirinya telah ‘bersih’ setelah melakukan sebuah ‘confession’ di tempat ibadat mereka. Ada segelintir umat Islam menganggap bahawa haji adalah episod akhir di dalam ibadah. Ini adalah kefahaman yang salah. Kita harus sedar bahawa menunaikan haji bukanlah perkara terakhir yang diperintahkan oleh Allah kepada kita. Haji bukanlah perjuangan yang terakhir dalam hidup ini. Banyak lagi perintah dan laranganNya yang wajib dilakukan samada sebelum atau sesudah menunaikan haji. Dakwah umpama contoh, merupakan sebuah perjuangan yang wajib dilakukan oleh setiap kaum Muslimin hingga ke akhir hayat. Menegakkan Khilafah adalah kewajipan yang tidak akan berkesudahan sehinggalah dilantiknya seorang Khalifah bagi umat ini. Jihad, sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah merupakan satu kewajipan sehingga Hari Kiamat. Dan banyak lagi kewajipan-kewajipan lain yang hukumnya kekal hingga Kiamat. Satu lagi perkara yang turut menyedihkan kita ialah sikap segelintir para jemaah setelah mereka pulang semula ke negara masing- masing. Kita yakin bahawa setiap jemaah haji tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan sebanyak-banyak ibadah semasa mereka berada di Tanah Suci. Mereka juga tentu mengambil kesempatan untuk bertaubat kepada Allah di atas segala dosa-dosa mereka. Masing-masing akan berebut-rebut untuk melakukan, bukan setakat amalan wajib bahkan amalan sunat sekalipun. Kita menyaksikan betapa umat Islam berasak- asak untuk melakukan tawaf sunat, solat sunat dibelakang maqam Ibrahim atau hijir Ismail, mengucup Hajarul Aswad dan pelbagai amalan sunat lain lagi. Setiap jemaah juga akan mempunyai cita-cita untuk kalau boleh, memasuki Ka’abah, sehingga ada yang beranggapan bahawa hanya orang-orang yang dimuliakan oleh Allah sahaja yang dapat masuk ke dalamnya. Ada juga yang pernah berkesempatan melihat pintu Ka’abah dibuka dan terus merasa ‘dimuliakan’ oleh Allah dengan peluang tersebut. Wahai kaum Muslimin! Tidakkah kalian menyaksikan sebahagian antara mereka yang telah kembali dari haji tetapi tetap melakukan dosa-dosa besar. Berapa ramai yang terlibat dengan amalan riba, seolah-olah riba itu suatu yang halal. Dari golongan bawah hingga ke atas, berapa ramai yang masih mengambil pinjaman riba, walhal mereka adalah golongan yang bertaubat dan menangis di hadapan Ka’abah semasa haji. Berapa ramai yang masih terlibat dengan rasuah untuk mendapatkan projek-projek demi meraih habuan dunia yang sedikit, walhal mereka berzikir siang dan malam di Arafah. Berapa ramai yang memgang kekuasaan tetapi menyalahgunakan kuasa, walhal mereka memohon keampunan kepada Allah semasa tawaf. Ada pula di kalangan pemimpin umat Islam yang diberikan kesempatan oleh Allah untuk masuk ke dalam Ka’abah, tetapi pemimpin inilah yang apabila balik ke negara masing-masing masih terus mempertahankan undang-undang kufur, sistem kufur, membuat undang-undang sendiri yang bertentangan dengan undang-undang Allah serta lain-lain dosa dan keharaman. Pemimpin inilah yang menzalimi rakyat, mengaut kuntungan negara untuk diri sendiri dan kroni, yang menipu rakyat, yang menangkap mana-mana orang yang tidak sehaluan dengan mereka, yang tunduk kepada Barat, yang mengadakan hubungan baik dengan Bush dan lain-lain kejahatan lagi. Maha Suci Allah, Engkaulah yang Maha Tahu akan hakikat haji mereka! Berkorban Dalam Menunaikan Kewajipan Ibadah haji mengajar kita erti pengorbanan. Hari Raya Haji juga disebut sebagai Hari Raya Kurban atau Idul Adha karena pada hari ini umat Islam disyariatkan oleh Allah untuk menyembelih haiwan kurban. Allah Subhanahu wa Ta’ala mensyariatkan ibadah kurban ini kepada umat Islam karena Dia telah menganugerahi mereka nikmat yang banyak. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, ”Sesungguhnya Kami telah memberi kamu nikmat yang banyak. Karena itu, dirikan solat karena Tuhanmu, dan berkorbanlah” . [ TMQ al- Kautsar (108):1-2]. Pada Hari Raya Kurban ini, kita juga dituntut untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail di mana Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Kedua-duanya telah melakukan satu pengorbanan yang besar di dalam keadaan tunduk patuh kepada perintah Allah. Di samping amalan korban yang menjadi syariat di dalam ibadah haji ini, setiap jemaah sebenarnya banyak berkorban samada sebelum atau semasa menunaikan rukun Islam kelima ini. Umat Islam berkorban di dalam usaha menggenapkan belanja (wang), membayar segala hutang, berpisah dengan keluarga dan sanak saudara, masa, pekerjaan dan sebagainya semata-mata kerana ingin menyahut seruan Allah. Para jemaah juga sanggup berkorban di dalam melakukan rukun haji itu sendiri dalam keadaan yang penuh sesak, berebut-rebut, berhimpit-himpit, cuaca yang panas di siang hari, sejuk pada malamnya, pelbagai penyakit yang melanda dan lain-lain kesukaran lagi. Inilah sedikit dari pengorbanan yang setiap orang akan melalui dengan penuh redha. Seorang pun tidak akan mempertikaikan akan kew
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 23:50:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015