Pakar New Zealand kaji bangunkan ekopelancongan pesisir pantai - TopicsExpress



          

Pakar New Zealand kaji bangunkan ekopelancongan pesisir pantai Sarawak KUCHING: Satu kajian secara holistik dan komprehensif mengenai pelancongan sedang dijalankan khasnya dalam membangunkan sektor ekopelancongan di koridor pesisiran pantai dan pedalaman Sarawak. Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kajian yang menelan kos lebih RM1 juta dan dijangka selesai dalam tempoh setahun itu, dijalankan oleh golongan pakar dari New Zealand. Jelasnya, pakar-pakar itu berkelayakan untuk menjalankan kajian pelancongan di negeri ini kerana turut terlibat dalam kajian seumpamanya di negara mereka yang menjadikan pelancongan sebagai sektor ekonomi utama selepas pertanian. “Kajian kebolehlaksanaan yang holistik dan komprehensif untuk jangka masa panjang ini ini sedang dijalankan untuk meneliti sektor pelancongan (di Sarawak) secara keseluruhan dan juga mewujudkan pelan induk bagi ekopelancongan di pedalaman selain di pesisiran pantai,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Sarawak di Dewan Kompleks Islam Baitulmal di sini, semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia Amir Md Noor. Abang Johari berkata, koridor ekopelancongan pesisiran pantai itu mengunjur dari Taman Negara Bako, Taman Negara Santubong, Taman Negara Tanah Bencah, Taman Negara Gading sehingga ke Taman Negara Tanjung Datu. Menurutnya, kawasan tersebut yang berhampiran dengan bandar raya ini mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri dari segi pelancongan. Kajian itu turut merangkumi Bakun, katanya, di mana kerajaan melihat kemungkinan untuk membangunkan ekopelancongan di tasik empangan yang besar itu. “Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di tasik berkenaan di mana ia boleh dibahagikan kepada beberapa zon yang akan membenarkan orang ramai untuk memancing di empangan tersebut yang turut miliki 43,000 spesies tumbuhan termasuk orkid liar. “Pada masa sama, kerajaan akan mengkaji untuk mewujudkan kemudahan seperti hotel yang dapat disesuaikan dengan persekitaran di kawasan ekopelancongan,” jelasnya. Abang Johari turut memberitahu, kerajaan melihat kemungkinan untuk mewujudkan terminal subsidiari bagi kapal layar dari Singapura ke Kuching. Memandangkan perairan Pelabuhan Kuching agak cetek, katanya, terminal itu mungkin boleh diwujudkan di kawasan Tanjung Datu. “Para pelancong boleh menaiki pesawat ke Singapura dan datang ke Sarawak dengan menaiki kapal layar yang akan singgah di antara kawasan Tanjung Datu dan Sematan,” katanya. Dalam pada itu, Abang Johari turut memberitahu Sarawak memerlukan lebih banyak tenaga mahir dalam sektor pelancongan. Justeru, beliau percaya Kolej Komuniti mampu melahirkan modal insan berkualiti untuk memastikan sistem penyampaian industri pelancongan negeri setanding antarabangsa sekali gus merancakkan sektor tersebut. “Semua perkara ini dirangkumkan dalan kajian kebolehlaksanaan kita. “Ia turut bermakna sektor pelancongan akan mewujudkan lebih banyak peluang lebih-lebih lagi untuk orang yang terlatih dalam bidang tersebut,” katanya. Sementara itu, Amir berkata, Kolej Komuniti bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam melatih tenaga kerja yang diperlukan. Katanya, pihaknya turut terlibat dalam pelan untuk berkhidmat di 19 hotel bertaraf lima bintang dalam jangka masa lima tahun lagi. “Kita sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk melahirkan modal insan berkualiti,” katanya.Abang Johari berkata, kori­dor ekopelancongan pesisiran pantai itu mengunjur dari Taman Negara Bako, Taman Negara Santubong, Taman Ne­gara Tanah Bencah, Taman Ne­gara Gading sehingga ke Taman Negara Tanjung Datu. Menurutnya, kawasan terse­but yang berhampiran dengan bandar raya ini mempunyai kekuatan dan keunikan tersend­iri dari segi pelancongan. Kajian itu turut merangku­mi Bakun, katanya, di mana kerajaan melihat kemungki­nan untuk membangunkan ekopelancongan di tasik em­pangan yang besar itu. “Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di tasik berkenaan di mana ia boleh dibahagikan kepada beberapa zon yang akan membenarkan orang ramai untuk memancing di empangan tersebut yang turut miliki 43,000 spesies tumbu­han termasuk orkid liar. “Pada masa sama, kerajaan akan mengkaji untuk mewu­judkan kemudahan seperti hotel yang dapat disesuaikan dengan persekitaran di kawasan ekopelancongan,” jelasnya. Abang Johari turut mem­beritahu, kerajaan melihat kemungkinan untuk mewu­judkan terminal subsidiari bagi kapal layar dari Sin­gapura ke Kuching. Memandangkan perairan Pelabuhan Kuching agak cetek, katanya, terminal itu mungkin boleh diwujudkan di kawasan Tanjung Datu. “Para pelancong boleh menaiki pesawat ke Sin­gapura dan datang ke Sarawak dengan menaiki kapal layar yang akan singgah di antara kawasan Tanjung Datu dan Sematan,” katanya. Dalam pada itu, Abang Johari turut memberitahu Sarawak memerlukan lebih banyak tenaga mahir dalam sektor pelancongan. Justeru, beliau percaya Kolej Komuniti mampu melahirkan modal insan berkualiti untuk memastikan sistem penyampaian industri pelancongan negeri setanding antarabangsa sekali gus mer­ancakkan sektor tersebut. “Semua perkara ini dirang­kumkan dalan kajian keboleh­laksanaan kita. “Ia turut bermakna sektor pelancongan akan mewu­judkan lebih banyak peluang lebih-lebih lagi untuk orang yang terlatih dalam bidang tersebut,” katanya. Sementara itu, Amir ber­kata, Kolej Komuniti bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam melatih tenaga kerja yang diperlukan. Katanya, pihaknya turut terlibat dalam pelan un­tuk berkhidmat di 19 hotel bertaraf lima bintang dalam jangka masa lima tahun lagi. “Kita sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri un­tuk melahirkan modal insan berkualiti,” katanya.
Posted on: Wed, 25 Sep 2013 12:15:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015