Panduan Memilih Bidan Atau Tukang Urut 1. Pastikan bidan - TopicsExpress



          

Panduan Memilih Bidan Atau Tukang Urut 1. Pastikan bidan tersebut dicadangkan oleh kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmatnya. 2. Pilih bidan yang mengamalkan kebersihan diri seperti kuku tidak panjang, basuh tangan sebelum mengurut dan tidak memakai aksesori yang boleh mengganggu proses urutan. 3. Berpengalaman dan jika boleh mempunyai pendidikan dalam bidang urutan. 4. Pengambilan bidan yang berhampiran kawasan kediaman boleh mengurangkan caj kos pengangkutan. 5. Pastikan pakej yang diambil di salon adalah telus iaitu tiada kos tersembunyi. Apa yang ditawarkan mesti dimasukkan dalam bil. 6. Bagi yang muslim digalakkan mengambil bidan beragama islam untuk memastikan penjagaan aurat. 7. Untuk mengelakkan daripada ditipu, jangan mudah membayar deposit pakej yang diambil sebelum pertemuan dilakukan. 8. Jika memilih pakej salon, pastikan salon terbabit dikenali dan anda mengetahui lokasinya. 9. Pastikan tukang urut mementingkan kesihatan ibu iaitu ada serba sedikit ilmu perubatan asas. Info: ~ Seeloknya jamu diambil selepas 14 hari tempoh bersalin, ini bertujuan untuk memberi bayi pulih dari kuning sepenuhnya. ~ Sebenarnya rahim ibu boleh naik kembali secara semulajadi selepas tujuh hari bersalin. Amalan sengkak rahim untuk menaikkan peranakan hanya boleh dilakukan selepas tempoh tiga minggu bersalin. ~ Selepas 44 hari berpantang, ibu tetap digalakkan berurut dan bertungku sebulan sekali.
Posted on: Thu, 24 Oct 2013 10:00:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015