Part II Hari ini cerah tak seperti selalunya.. burung berkicau - TopicsExpress



          

Part II Hari ini cerah tak seperti selalunya.. burung berkicau menyanyi keriangan seakan akan mereka turut merasa gembira dengan kedatangan orang baharu dalam hidup Humaira.. Alhamdulillah tidak terhingga dilafazkan kerana Humaira selamat melahirkan anak kembar pada jam 10.30 pagi hari Jumaat di Hospital Alor Setar.. sengaja Humaira memilih untuk bersalin di kampung halamannya yang lebih tenang dengan kehijauan sawah padi yang luas terbentang.. Suasana di luar wad bersalin riuh rendah apabila keluarganya mendapat tahu berita itu.. Setelah selamat semuanya, Humaira diusung ke wad ibu dan anak. Di dalam wad itu hanya suami sahaja yang dibenarkan masuk..Qabil, suami Humaira masuk menemaninya dengan wajah kegembiraan dan kesyukuran.. Humaira, Alhamdulillah, penantian selama ini tercapai jua..abang bersyukur sangat, terima kasih ayang, bisik Qabil manja di telinga Humaira. Manakan tidak bersyukurnya, sudah dua kali Humaira keguguran sebelum ini kerana keadaan emosinya yang tidak stabil dan kecederaan yang menimpanya. Begitu banyak cabaran dan ujian yang mereka tempuhi untuk menantikan kelahiran ini. Ini adalah anugerah dari Allah untuk mereka berdua. Kalau abang bersyukur, ayang lagi bersyukur sangat, ketentuan Allah itu pasti bang..Dia Maha Mendengar doa hamba2nya,sambut Humaira perlahan sambil matanya dibuka sedikit demi sedikit. Ayang dah sedar? Alhamdulillah, sayang kena banyak rehat, sayang baru je bersalin, balas Qabil penuh kasih sayang sambil tangannya membetulkan bantal Humaira. Mana anak kita bang, ayang ingat nurse bawa masuk sekali ke bilik ni,tanya Humaira. Ayang nak tengok ehh..ayang tutup mata dulu..abang nak buat silap mata ni, sempat lagi Qabil bergurau dengan isterinya. Abang ni, ada2 je laa..ok2 ayang tutup mata..cepat sikit abang tau,Humaira melayan kerenah suaminya yg kadang2 romantik itu. Qabil terus pegi ke bilik bayi yg baru lahir lalu dia meminta kebenaran dari nurse di situ untuk membawa anak2nya untuk si ibu melihat. Ditolaknya bekas kecil lutsinar itu berhati hati. Sampai je di katil Humaira, lantas dia meminta Humaira membuka mata. Ayang, sekarang dah boleh buka mata, bukalah, tengoklah sini,pinta Qabil penuh semangat. Ya Allah, comelnya mereka..Alhamdulillah, cukup sifat semuanya, ayang beruntung sangat abang. Ayang harap anak-anak ini akan jadi anak yang soleh, kacak dan bijak sama macam abang,ucap Humaira sambil air matanya mulai turun. InsyaAllah. Yang lepas itu lepaslah ayang. Yang ada sekarang ini adalah tanggungjawab kita sekarang. Abang harap sangat kita dapat jadi abi dan ummi yang terbaik buat mereka, pesan Qabil buat Humaira. Puas mereka menatap bayi2 comel itu..dua-duanya lelaki. Namun mereka berdua bingung, nama apa yang perlu mereka berikan buat putera mereka itu. Keesokkan harinya, Humaira dipindahkan ke wad perempuan kelas 1 supaya senang ibu dan ayah serta mertuanya datang melawatya. Ternyata memang mereka datang serentak pada waktu yang sama. Mereka bergilir gilir mendukung bayi itu..untunglah ada dua bayi, kalau tidak sudah bergaduh-gaduh ingin memegang bayi tersebut.. Soalan pertama yang keluar dari mak Humaira dan ibu Qabil ialah nama anak mereka . Kamu dah letak belum nama anak ni? Kalau kamu tak letak lagi nama anak yang ini ,mak cadangkan kamu letak nama Hafiz, sebab mak minat sangat Hafiz Hamidun,moga2 bayi ni dapat jadi mcm dia, baik, kacak, budi bahasa, pandai agama, suara sedap dan mcm2 laakata mak Humaira sambil mendukung bayi pertama. Yang ini pulak, kalau kamu tak ada idea sangat kamu letak ja nama Asyraf, sebab ibu berkenan tengok imam muda Asyraf tu, pandai bercakap, elok budi perketi..pendek kata satu set lengkap laa,giliran ibu Qabil pulak memberi cadangan. Humaira dan Qabil hanya mampu ketawa sahaja melihat gelagat ibu-ibu mereka yang tidak sabar2 mahu menamakan cucu2. Si ayah pulak tidak banyak bercakap, mereka juga menggeleng gelengkan kepala sahaja. Sampai ke situ pula ibu ni, penyanyi nasyid la, imam muda la, insyaallah anak2 ini akan menjadi anak yang soleh suatu hari nanti, sampuk Qabil. Nenek2 sekalian, sebenarnya Humaira dgn abang Qabil dah ada nama untuk putera-putera ni..nenek2 nak tahu? sempat lagi Humaira mengusik ibu dan mertuanya itu. Yang ibu dukung tu, kami namakan Amar Aiman, terang Qabil pada ibu dan ayah serta mertuanya. Dan yang mak pegang tu pula, namanya Amar Aizat,giliran Humaira pula memberitahu nama anak kedua mereka. Terpancar kehampaan pada wajah kedua ibu mereka namun itu bukanlah perkara besar. Mereka tidak kisah sebenarnya. Kini mereka sudah bergelar nenek dan datuk dan Humaira pula bergelar ibu serta Qabil bergelar ayah. Namun bagaimanakah pasangan muda ini akan berdepan dengan keluarga yang semakin bertambah ahlinya ini? Adakah impian mereka melihat Amar Aiman dan Amar Aizat membesar sebagai anak yang soleh berjaya mereka usahakan ataupun sebaliknya..adakah Qabil dan Humaira akan menjadi abi dan ummi yang baik buat anak anak mereka? Itu semua belum terjawab.
Posted on: Fri, 01 Nov 2013 15:01:12 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015