Pembantu APMT ditahan, dipercayai seleweng duit BR1M - TopicsExpress



          

Pembantu APMT ditahan, dipercayai seleweng duit BR1M RM250 30/08/2013 BANDAR PERMAISURI - Seorang pembantu sebuah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) ditahan untuk siasatan susulan kehilangan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dikeluarkan kepada seorang penerima pada 5 Jun lepas. Suspek berusia 23 tahun itu ditahan Rabu lepas setelah pengadu berumur 33 tahun membuat laporan polis kerana gagal menunaikan baucar BR1M bernilai RM250. Dalam laporan kepada polis, pengadu menerima baucar BR1M itu pada 5 Jun lalu tetapi apabila cuba menunaikannya di sebuah bank di Jerteh, didapati baucar itu telah pun ditunaikan. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Abd. Rahman Raja Mohamed ketika mengesahkan perkara itu hari ini berkata, pengadu membuat laporan di Balai Polis Bandar Permaisuri pada 10 Jun. Katanya, polis melalui Bahagian Jenayah Komersial menjalankan siasatan dan akhirnya berjaya mengesan suspek, dua hari lepas di Setiu. Abd. Rahman berkata, hasil siasatan mendapati baucar BR1M itu telah ditunaikan suspek di Bank Simpanan Nasional Bergerak Cawangan Sungai Tarom, Bandar Permaisuri sebelum ini. - Bernama
Posted on: Fri, 30 Aug 2013 12:21:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015