Pemilihan UMNO 2013...Pandangan Saya. Saya Mengucapkan Tahniah - TopicsExpress



          

Pemilihan UMNO 2013...Pandangan Saya. Saya Mengucapkan Tahniah Dan Semoga Berjaya Kepada Semua Calon Yang Berani Menonjolkan Diri Untuk Bertanding. Kerana Ramai Yang Hanya Bercakap, Tetapi Tidak Berani Untuk Menonjolkan Diri Mungkin Kerana Mereka Tidak Berani Berada Dihadapan dan Hanya Mampu Menyokong Atau Bercerita Di Belakang Tabir. 1) Pemilihan Kali Ini Melihatkan Kembali Bahawa UMNO Terus relevan Dengan Pertandingan Di Segenap Pelusuk Negara. 2) Ini Menunjukkan Bahawa UMNO Masih Mampu Untuk Melahirkan Generasi Pemimpin Baru Yang Ingin Berjuang Dan Berani Menampilkan dan Menawarkan Diri. 3) Kita Dapat Lihat Barisan Kepimpinan Baru dan Lama Yang Ingin MengekalKan dan Juga Mengubah Hala Tuju Masa Depan Umno Dengan Pencalonan Muka-2 Baru Yang Inginkan Perubahan Pucuk Pimpinan. Baik Di Peringkat Cawangan, Peringkat Bahagian, Peringkat Negeri dan Seterusnya Negara. 4) Ada Beberapa Jawatan Dan Kedudukan Yang Tidak Di Tandingi Kerana Menghurmati Pimpinan Sedia Ada Yang Telah Terbukti Menabur Jasa Dan Bakti. 5) Keberanian Pimpinan Baru Yang Diberi Ruang untuk Bertanding Tanpa Sekatan dan Melalui Proses Demokrasi Parti Yang Boleh Dibanggakan. Walau Ada Kadang Kala Kongkongan, Tetapi Calon Masih Boleh Mampu Bergerak. 6) Setiap Calon Yang Menawarkan Diri Dan Terpaksa Bertanding, Perlu Untuk Memberi Impak Positif, Berusaha Keras, Memberi Jaminan Khidmat Terbaik, Mempunyai Kekuatan Sendiri dan Juga Barisan Yang Di Ketengahkan. Ini Adalah Agar Perwakilan Dapat Menilai Secara Rasional Dan Memberikan Mandat Atas Dasar Kepercayaan Yang Individu Terpilih Ini Akan Meneruskan Agenda Parti Yang Sebenar. 7) Calon Yang Ingin Jawatan Dan Gagal Membuat Kerja, Dapat Dilihat Ketinggalan, Ditolak, Diketepikan, Disisih dan Di Nyanyikan lagu Tentang Khidmat Mereka Sebelum Ini Untuk Dinilai Perwakilan Baru. Apabila Lagu-2 Sumbang Dinyanyikan, Calon Dengan Sendiri Dapat Menilai Kebarangkalian Keputusan Yang Bakal Diterima. 8) Pemimpin Lama Perlu Ada Perubahan dan Kemajuan Dalam Kepimpinan Mereka, Jika Mereka Ingin Terus Menerus Menerajui Kepimpinan, Jika Gagal Membawa Perubahan, Keaadan dan Masa Depan Politik Mereka Akan Berubah Kerana Kelak Bakal Ditolak. Jangan Kelak Dimarahi Yang Memilih, Kerana Perwakilan Kini Lebih Matang Dan Tidak Hanya Mengikut, Mereka Ini Adalah Mewakili Suara Generasi Y, Generasi Yang Sudah Pandai Menilai Reality Dan Bukan Lagi Zaman Fantasy. Kepada Semua yang Bertanding, Marilah Kita Lakukan Dengan 1) Sikap Keterbukaan - Menerima dan Memberi Pandangan Positif 2) Sikap Inginkan Perubahan 3) Sikap Inginkan Pemimpin Yang Telus, Jujur Dan Ikhlas Dan Bukan Kerana Agenda Peribadi 4) Sikap Inginkan Pemimpin Yang Sanggup Mengorbankan Kepentingan Peribadi Dan Ingin Berjuang Untuk Parti Dan Ahli Yang Sayang Akan Perjuangan Asas Parti. 5) Mempunyai Track Record Untuk Memperbaiki Dan Menggerakkan Ahli Dalam parti Sampai Ke Peringkat Akar UMBI. Semua Ini Penting Kerana Perjuangan UMNO, Kepimpinan UMNO, Dan Masa Depan UMNO Adalah Nadi Kepada Kesinambungan Perjuangan Asas Yang Telah Diwarisi Dan Dinikmati Sehingga Kini Lebih 63 Tahun Iaitu Perjuangan Untuk (Agama, Bangsa Dan Negara). Semoga Dengan Tranformasi, Peralihan Kepimpinan, Perubahan Yang Akan Berlaku Akan Memberi Ruang Kepada Generasi Akan Datang Terus Menikmati Hasil Perjuangan Parti UMNO Yang Sebenar. Ikhlas dari Man Shir
Posted on: Sat, 21 Sep 2013 21:24:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015