Pengenalan Pagoh Undergraduate Student Association (PUSA) - TopicsExpress



          

Pengenalan Pagoh Undergraduate Student Association (PUSA) merupakan sebuah organisasi yang menghimpunkan seluruh mahasiswa dari Parlimen Pagoh yang terdapat di IPTA dan IPTS seluruh negara untuk bersama di dalam satu entiti gabungan untuk menyumbangkan idea pembangunan Pagoh dan seterusnya bergerak aktif merancang dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program serta usaha-usaha ke arah pembangunan mahasiswa Pagoh yang intelek dan berwibawa demi melahirkan generasi kepimpinan masa hadapan dan juga membantu mempertingkatkan kemajuan setempat, negeri dan negara serta taraf hidup masyarakat Pagoh khususnya.. Objektif - Menjalin dan mengeratkan hubungan kesepaduan Mahasiswa Pagoh. - Menghimpunkan seluruh mahasiswa Pagoh di IPTA/IPTS melalui pelbagai aktiviti dan program ke arah pembinaan mahasiswa Pagoh yang intelek dan berwibawa demi membantu pembangunan taraf hidup masyarakat Pagoh khususnya. - Membentuk jati diri dan sahsiah dalam kalangan mahasiswa Pagoh yang memiliki nilai intelektual modal insan kelas pertama bagi melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berketerampilan dan berwawasan. - Mendedahkan seluruh mahasiswa Pagoh terhadap landskap pembangunan ekonomi, politik dan sosial yang sedang berlaku di Parlimen Pagoh.
Posted on: Sun, 01 Dec 2013 08:26:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015