Pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Asmuni Awi berkata mana-mana - TopicsExpress



          

Pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Asmuni Awi berkata mana-mana individu yang disahkan sebagai calon tidak dibenarkan untuk menarik diri daripada pertandingan akhir bulan ini. Jawatankuasa itu juga menegaskan, nama calon akan tetap dicatat selepas disahkan sebagai calon pada tarikh akhir 8 November. NONEAsmuni berkata tindakan calon menarik diri selepas tarikh tersebut akan mengganggu persiapan yang dijalan untuk mengadakan pemilihan kali ini. "Syarat minimum ada dua pencalonan kawasan untuk layak bertanding. Kalau dia dapat dua pencalonan daripada kawasan, calon boleh fikir sendiri, buat penilaian sama ada tanding atau tidak," kata Asmuni dalam sidang medianya pagi ini. Pemilihan PAS akan berlangsung pada 21 November di Stadium Malawati, Shah Alam dan keesokan harinnya untuk pemilihan anggota jawatankuasa PAS pusat di lokasi muktamar mereka masing-masing. Dewan Pemuda PAS akan mengadakan muktamar di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Dewan Muslimat di Dewan Jubli Perak SUK Shah Alam dan Dewan Ulama di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Dalam sidang media sama, pengarah muktamar PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemilihan jawatankuasa PAS Pusat pada 22 November akan dilangsungkan selepas solat Jumaat bagi memilih pengerusi tetap, presiden, timbalan, naib serta 18 ahli jawatankuasa. Muktamar penuh akan berlangsung bermula 22 hingga 24 November dan keputusannya dijangka akan diketahui pada 23 November. Umum calon layak 21 Okt Jawatankuasa pemilihan akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding bagi semua peringkat pada 21 Oktober ini. Bagi Dewan Pemuda dan Muslimat pula, majlis perasmian akan diadakan pada malam 20 November di lokasi masing-masing dan muktamar pada keesokan harinya. Manakala Dewan Ulama pula akan bermuktamar pada 21 November. Dalam sidang media yang sama juga, Asmuni berkata pencalonan dari kawasan termasuk Dewan Pemuda dan Muslimat seluruh negara perlu sampai kepada pihaknya sebelum atau pada 20 Oktober ini pada jam 12 malam. NONEManakala Dewan Ulama pula ditetapkan pada 31 Oktober memandangkan sayap itu hanya mempunyai di peringkat negeri sahaja. Menurutnya lagi, semua pencalonan perlu diserahkan melalui serahan tangan atau pos dan pihaknya tidak menerima melalui faksimili atau emel. "Setiap borang (pencalonan) ditandatangani oleh yang dipertua dan setiausaha kawasan dan dia ada cop kawasan. Kalau hantar dengan emel, tandatangan dan copnya di mana?" kata Asmuni. Calon yang layak bertanding akan dimaklumkan dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh tutup pencalonan, tambah Asmuni. PAS mempunyai 188 kawasan di seluruh negara. Dewan Pemuda PAS mempunyai 173 kawasan, sementara Dewan Muslimat mempunyai 167 kawasan. Dewan Ulama pula tidak mempunyai di peringat kawasan sebaliknya sayap itu hanya di peringkat negeri termasuk Wilayah Persekutuan.
Posted on: Tue, 01 Oct 2013 07:38:06 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015