‘Pepaya’ atau ‘Papaya’ atau disebut dalam bahasa Melayu - TopicsExpress



          

‘Pepaya’ atau ‘Papaya’ atau disebut dalam bahasa Melayu “Betik”, merupakan tumbuhan berasal dari Mexico, disenaraikan didalam genus ‘Carica’, namanya di ambil dari bahasa Belanda iaitu ‘Papaja’ dan juga dari bahasa Arawak iaitu ‘Papaya’, dalam bahasa Jawa disebut "Kates", begitu juga disebut ‘Gedang” dalam bahasa Sunda, buah betik selalunya dimakan segar setelah cukup masak, manakala bunga, pucuk dan buah mudanya dapat dijadikan sayur atau ulam, keseluruhan pokok betik dari batang, daun dan buahnya akan mengeluarkan getah berwarna putih yang pekat jika terluka, getah ini mengandungi enzim papain (protease) yang dapat melembutkan daging, dalam bidang perubatan tradisional daun betik digunakan untuk merawat berbagai penyakit dan untuk menambahkan nafsu makan, terdapat beberapa jenis buah betik yang memiliki kulit yang tipis dan permukaannya tidak rata, seperti ‘Pepaya Bangkok’ Thailand, atau ‘Pepaya Solo F1’ merupakan pepaya ‘Kultivar Hibrida’ berasal dari Hawaii, buahnya berbentuk kecil dan digemari orang-orang barat, dan terdapat sejenis lagi buah betik warna daun dan tangkainya ungu, pepaya ini ditanam untuk dijadikan hiasan, didataran tinggi Dieng pepaya ini disebut "Carica" kerana ia dapat hidup subur dikawasan sejuk.
Posted on: Thu, 19 Sep 2013 08:29:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015