Perkara Perlu Di Lakukan Untuk Anak Selepas Kelahiran Antaranya - TopicsExpress



          

Perkara Perlu Di Lakukan Untuk Anak Selepas Kelahiran Antaranya perakara yg disunatkan dan perlu dilakukan ialah: Pertama-> Cuci & Tanam Uri. Uri yang dikeluarkan ketika melahirkan anak perlu ditanam seeloknya di tempat yang tidak menjadi sasaran binatang seperti anjing, stray cats, musang etc. Mungkin dibelakang rumah atau halaman rumah yang bertanah yang difikirkan selamat dan sesuai ( uri hendaklah dibasuh bersih dan dibalut dengan kain putih sebelum ditanamkan). Kedua ->Tahnik Lebih afdhal dilakukan sebaik saja bayi lahir. Melakukan tahnik iaitu memasukkan mulut anak dengan memberi manisan seperti kurma (kita boleh meminta golongan alim untuk melakukannya – tidak semestinya imam kampong kita atau JKKK , tetapi orang yang kita ketahui adalah alim,soleh dan warak). Untuk mengetahui lebih about tahnik just klik disini (kalau ada iklan just klik "skip" or "X" - close di corner kanan atas window ) Ketiga ->Cukur Jambul & Akikah Selepas 7 hari kelahiran hendaklah kita membuat cukur jambul, akikah(sekiranya mampu dari sudut kewangan) dan menamakan anak dengan nama yang baik maksudnya dalam Islam (bagi mereka yang telah memperoleh nama seawal sebelum kelahiran pun tak mengapa, yang penting pada hari akikah dilakukan hendaklah nama anak diberikan penuh untuk urusan lanjut sembelih korban) Keempat ->Melaporkan Kelahiran Bayi di Klinik Kesihatan berdekatan Sebaik sahaja ibu selamat discharge dari hospital bersama bayi , adalah disarankan si ibu atau si bapa “melaporkan kelahiran bayi” kepada klinik kesihatan ibu & anak berdekatan dengan tempat anda mastautin (tempat anda tinggal). Biasanya nurse akan beritahu masa bagi discharge letter, tapi kalau time nak discharge ada 4 orang sekaligus mungkin ada yang terlepas pandang. Untuk memastikan klinik kesihatan ibu & anak yg terdekat, kena la kite pegi klinik biasa dan bertanya or just google search “klinik kesihatan ibu dan anak berdekatan daerah anda tinggal”. Kepastian ini perlu dilakukan untuk mengelak daripada anda berulang alik kesana sini mencari klinik kesihatan ibu & anak merata-rata [save time and hassle free:)]. Once anda telah melaporkan kelahiran bayi anda di klinik kesihatan ibu & anak (KKIA) berdekatan, nurse klinik tersebut akan arrange appointment untuk datang melawat pada hari berikutnya selama 10 hari berturut – turut, dan selepas tu pada hari ke-20 pula. Mengapa nurse nak datang? Itu sudah menjadi kewajipan nurse untuk memeriksa keadaan si ibu dan anak untuk memastikan keadaan ibu dan anak berada dalam keadaan baik - check condition jahitan luka ibu & perkembangan anak untuk sebarang early detection of disease or infection especially jaundice a.k.a demam kuning. Selepas hari ke-20 nurse dah tak datang ke rumah, dan selepas tu ibu perlu membawa bayi ke klinik kesihatan iaitu pada hari ke- 30 untuk suntikan vaksin yang pertama. Kelima -> Monthly Check-Up. Suntikan vaksin yang pertama adalah pada hari bayi mencapai umur 30 hari. Terpulang samada nak bawa your baby check up di klinik kerajaan atau swasta. As long as your baby got the schedule vaccination injection. Dalam buku checkup “merah” ada dinyatakan bulan-bulan yang perlu diberi vaksin kepada anak dan jenis vaksin yg akan diberikan. Jadual suntikan ini akan berperingkat sehinggalah anak anda berumur setahun setengah (1 year ½ half) Keenam ->Exclusive Breastfeeding Up to Six Month Sebaik-baiknya pastikan pemberian susu ibu SAHAJA diberikan kepada anak anda seawal dari kelahiran sehingga lah anak anda berusia 2 tahun atau sekurang – kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan. Apabila anak anda berumur 6 bulan ke atas, bolehlah start diberi makanan bijirin (baby nestum). Usually depends on the baby punya condition (each baby is an individual, their development is subjective), berdasarkan pengalaman saya, anak saya yang si adik tu seawaldi umur 4 bulan dah start diberi bijirin kerana susu ibu semata – mata sahaja memang tidak mencukupi. Bayi akan menangis dengan lebih kerap kerana masih kelaparan, so bila campur susu dengan bijirin (CERELAC – RICE) dia terus senyap kekenyangan. Yelah, kenyang perut , hati pun senang kan. So tips nya, setiap kali baby menangis je, do the basic needs try and error baby chores like: check their diapers, bagi susu takut lapar, dodoikan takut ngantok nak tido, check body temperature takut demam/ infection luaran dari segi ruam kulit or racias and last but not least kalau baby nangis jugak then try bagi bijirin campur susu, if ok, means baru boleh start kasi as routine basis. Tapi for normal terms which is advised by doctors, by age 6 month dah boleh kasi bijirin ok:)
Posted on: Fri, 16 Aug 2013 07:45:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015