Pesanan Penerima Anugerah Citra UKM 2012/2013 saudara Khalid Jimat - TopicsExpress



          

Pesanan Penerima Anugerah Citra UKM 2012/2013 saudara Khalid Jimat , Hari ini, mahasiswa kita ramai yg kaya ilmu tapi miskin akhlak. kita inginkan perubahan tetapi disiplin perjuangan tidak dijaga. x salah mendasarkan hujah dgn prinsip2 syariat, tetapi pelaksanaan juga perlu syarie dan berpaksikan akhlak yg jelas. hari ini kita sibuk mempertahankan diri dgn hujah2 defensif hingga kita kekeringan idea mencetuskan perubahan. kita sibuk membina tembok sedangkan jambatan yg kita perlukan. kita lebarkan sayap perbedaan sedangkan kerjasama yg kita inginkan. kita mengimpikan perdebatan matang tapi kita raikan emosi2 kemarahan. kadang2 org jadi muak dgn slogan islamisasi bukan krn org tolak Islam, tetapi org menolak pendekatan kita. stop the blaming games, start the blooming celebration. jgn mudah melenting dan mudah tersentuh. harus berjiwa besar. ikhlaskan niat. *pesanan ini akan difahami oleh mereka yg ahli, kerana hanya jauhari mengenal manikam. Moga Kita faham apa yang ingin disampaikan beliau..Well said Abg Khalid
Posted on: Thu, 19 Sep 2013 02:47:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015