Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) TIGA INDIVIDU - TopicsExpress



          

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) TIGA INDIVIDU DITAHAN ADA KAITAN LIMA LELAKI DITEMBAK DI PULAU PINANG Batu Gajah, 22 Ogos - Polis Perak menahan tiga individu dipercayai anggota kongsi gelap yang mempunyai kaitan dengan lima lelaki ditembak mati oleh pihak berkuasa di Pulau Pinang baru-baru ini. Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata penahanan itu merupakan sebahagian daripada Ops Cantas yang dilaksanakan di negeri ini. "Mereka dari kumpulan yang sama contohnya macam Geng 04 atau Geng 08. Di Perak ada (kumpulan itu) dan di sana pun ada, cuma kita tak boleh hendak pastikan sama ada mereka terlibat secara langsung atau tidak,” katanya. Katanya ketiga-tiga individu mengenali lima lelaki yang ditembak mati itu. Mohd Shukri berkata polis turut mengenal pasti beberapa kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam kegiatan jenayah di negeri ini. "Saya tak boleh beritahu berapa (kumpulan). Ada geng 04,06,08,36 termasuk kumpulan lain," katanya. Dalam kejadian di Sungai Nibong Isnin lepas, polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. BERNAMA 15 hours ago · Kuala Lumpur
Posted on: Fri, 23 Aug 2013 02:23:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015