Polis ketuk pintu beri amaran air 2013/10/26 Tragedi Lembah - TopicsExpress



          

Polis ketuk pintu beri amaran air 2013/10/26 Tragedi Lembah Bertam Cameron Highlands: Polis ada mengeluarkan amaran pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar (SAB) kepada penduduk Lembah Bertam sejurus dimaklumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Selasa lalu. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai amaran itu pada jam 11.40 malam dan menghebahkannya kepada penduduk lima minit kemudian. “Kita mengarahkan unit kereta peronda membuat hebahan di kampung berkenaan menggunakan pembesar suara dan mengerah anggota memaklumkan kepada penduduk dengan mengetuk pintu rumah penduduk terutama mereka yang tinggal di tebing Sungai Bertam. “Malah, Balai Polis Ringlet turut mengambil inisiatif membunyikan siren kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat secara berterusan untuk memberitahu kepada penduduk setempat mengambil langkah keselamatan yang mampu didengar pada jarak kira-kira satu kilometer,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Beliau mengulas dakwaan TNB memaklumkan kejadian itu pada jam 9.30 malam, meliputi pihak keselamatan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) Tanah Rata, Ringlet, Brinchang dan Ketua Kampung Lembah Bertam. Terima RM3,000 Di Kuantan, Kerajaan Pahang memberi jaminan bantuan kepada mangsa terbabit yang akan disalurkan selewat-lewatnya awal bulan depan. Keluarga yang tinggal sehelai sepinggang menerima bantuan wang tunai RM3,000 daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), manakala RM300 lagi melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata bantuan itu bagi membolehkan mangsa mencari tempat tinggal sementara serta membeli barang keperluan harian. Katanya, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan untuk menempatkan keluarga yang berkelayakan di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) RISDA di daerah berkenaan yang dijangka siap hujung tahun ini.BH
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 23:55:04 +0000

Trending Topics



eight:30px;">
Prime Time With God Daily Devotional
For those in Baltimore not knowing that our new Baltimore City

Recently Viewed Topics




© 2015