Proses soal siasatan terhadap kumpulan hak asasi manusia Suara - TopicsExpress



          

Proses soal siasatan terhadap kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bawah Akta Hasutan 1948 akan bermula esok. Menurut kenyataan Suaram hari ini, anggota sekretariatnya Cynthia Gabriel akan disiasat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya di Petaling Jaya pada awal petang esok. Siasatan itu dipercayai berkaitan majlis kutipan dananya pada 19 Julai lalu yang peguam Americk Sidhu, yang mewakili penyiasat persendirian P Balasubramaniam. Acara makan malam itu dianjurkan bagi mengutip dana untuk kes mahkamah di Perancis, berkaitan kes pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia pada 2002. Pada majlis itu, Americk antaranya bercakap soal pembunuhan warganegara Mongolia Antantuya Shaariibu pada 2006.
Posted on: Tue, 06 Aug 2013 08:57:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015