Pusat kesenian Central Market KL kini berubah menjadi pusat barang - TopicsExpress



          

Pusat kesenian Central Market KL kini berubah menjadi pusat barang ciplak "made in China"? Kalau dahulu, kita boleh menyaksikan para peniaga khususnya penggiat seni dari kalangan Melayu-Bumiputera bertapak di Pasar Seni, terutama sekali para pelukis, kini mereka hanya diberikan tempat di bangunan tambahan Pasar Seni yang merupakan bekas kilang minyak kelapa bersebelahan dengan bangunan Pasar Seni itu. Produk yang dijual di Pasar Seni kini, tidak lagi mencerminkan produk tempatan, sebaliknya lebih berunsurkan KECINAAN dan kebanyakannya pula diimport dari negara Cina dan diperniagakan pula oleh Cina. Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) telah mendedahkan, UDA Holdings telah memberikan pajakan selama 75 tahun kepada syarikat bukan Bumiputera iaitu Central Market Management Sdn. Bhd. Central Market Management Sdn. Bhd. pula merupakan anak syarikat KHA SENG GROUP. Pendedahan juga turut dibuat apabila syarikat pengurusan berkenaan telah memajak atau menggadai tanah dan premis berkenaan kepada sebuah syarikat tempatan untuk membuat pinjaman berjumlah RM70 juta. Dan jumlah wang berkenaan, bukan bertujuan untuk memajukan Central Market atau memberikan ruang yang lebih besar kepada pengusaha Melayu-Bumiputera, sebaliknya untuk premis perniagaan lain milik KHA SENG GROUP iaitu KENANGA dan VIVA MALL. theflyingkick.blogspot.ch/2013/06/uda-holdings-berhad-jadi-parasit-melayu.html
Posted on: Fri, 14 Jun 2013 16:54:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015