Rasa terpanggil untuk ulas sikit pasal isu dua mahasiswa Kolej 4 - TopicsExpress



          

Rasa terpanggil untuk ulas sikit pasal isu dua mahasiswa Kolej 4 UM yang dibuang kolej tu. 1) Amir Aiman dikatakan memberi maklumat kepada Pro Mahasiswa. Ini pelik. Maklumat apa sangat yang bahaya sangat tu, dan seolah olah menunjukkan bahawa ada entiti dalam universiti yang buat movement rahsia. #eh? 2) Najah pulak dikatakan bersalah sebab bawak Presiden PMIUM masuk kolej 4. Ini aneh. Tak dapat detect apa masalahnya kalau bawak Presiden PMIUM. Kalau dikatakan bawak orang luar, apa yang luarnya? Presiden PMIUM tu kan student UM jugak. Kalau dikatakan peraturan UM ialah takleh orang selain drpd pemudahcara mahasiswa dan student tahun 1 masuk UM ketika Minggu Haluansiswa, saya pulak dilepaskan masuk ke dalam UM oleh guard dan dengan bahagianya pi ambik duit kat mesin ATM Kolej 12 sambil mengimbau kenangan. Dan kalau yang menjadi kesalahan itu ialah sebab orang yang dipanggil itu ialah Presiden PMIUM, ada bias ke kat situ? Macam mana pulak kalau panggil pakcik sebelah rumah saya ni ? :) 3) Pengetua Kolej 4 ingin meletakkan jawatan sebagai pengetua kolej. Emmm, rilek lah Doktor. Kita bincang dulu. Biasalah manusia buat silap. Huu Rilek brader, brader rilek. ^_^ Ce mintak Amir Aiman dan Najah tu keluarkan statement bela diri dulu. Kan ke kita menjulang suara siswa? Heheh. #ANewHope Siti Hajar Almuansyah, Siswi Fakulti Sains UM Tahun 3. Hek :p
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 14:27:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015