Realiti Dunia (Dari imam Ghazali-Rahimullah) Kehidupan Dunia, - TopicsExpress



          

Realiti Dunia (Dari imam Ghazali-Rahimullah) Kehidupan Dunia, Seperti seorang yang sedang berlari ketakutan dikejar Singa. Berlari hingga ketemu lembah dan terjatuh di ke dalam gaung. Kemudian, orang itu sempat berpaut dan memegang pada seutas tali, tergantung dengan kedua belah tangannya. Di bawah gaung itu sedang menunggu ular besar. Diatasnya sedang mengaum seekor Singa. Dan dalam masa yang sama, tali yang dipautnya sedang digigit sedikit demi sedikit oleh tikus hitam dan tikus putih, di kiri dan kanan. Kemudian, orang itu terlihat berhampirannya, madu yang ditinggalkan di atas sebatang dahan. Lalu orang itu mencubit sedikit dengan jari dan merasa madu itu. Dari manisnya madu itu, beliau terlupa sebentar singa yang mengaum diatasnya, ular yang sedang menunggu di bawahnya, dan tikus hitam dan putih yang sedikit demi sedikit memutuskan tali yang dipautnya. Itulah perumpamaan.. Singa itu adalah kematian yang mengejar manusia setiap hari. Ular besar itu adalah kubur yang sedang menunggu. Liang lahad yang akan menjadi Sebahagian Taman-taman Syurga bagi yang beriman, dan lubang-lubang api neraka bagi yang melakukan kejahatan. Tikus hitam dan tikus putih itu adalah siang dan malam yang memakan umur manusia. Madu itu adalah dunia yang sementara. Segala kemewahan, kemegahan, wang dan harta, kehebatan, anak dan keluarga akan ditinggalkan. Dan hanya akan membawa amalan dan kain kafan. Kehidupan sebenar bermula selepas kematian. Kemerdekaan sebenar dirasai apabila pintu kunci Syurga dipegang di tapak tangan. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 10:20:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015