[ Restoran Malabar Jerantut ( Belakang Hong Leong ) Kantoi Tidak - TopicsExpress



          

[ Restoran Malabar Jerantut ( Belakang Hong Leong ) Kantoi Tidak Halal ] - Lagi Taktik Kedai Mamak Tipu Umat Islam Terbongkar ! JERANTUT - Taktik seorang pemilik restoran makanan mamak di Bandar Baru Inderapura, nyata gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila menerima notis amaran dari PPDNKK dan nasihat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Pemilik restoran yang memulakan operasi beberapa bulan lalu itu menyalah gunakan perakuan halal dengan meletakkan gambar bulan dan bintang di papan tanda restoran sekali gus menggambarkan premis itu milik peniaga Islam. Lebih teruk lagi, restoran mamak itu turut digantung bingkai ayat suci al-Quran seperti memperdaya dan mengelirukan pengguna dengan menyediakan makanan halal. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan mendapati restoran itu dimiliki peniaga bukan Islam dan menggunakan nama yang sinonim dengan sebuah daerah di India. Justeru, katanya, nama dan objek yang sinonim dengan Islam hanyalah bertujuan mengaburi mata pengguna Islam semata-mata. “Selain itu, pengendali makanan juga bukan warganegara tempatan yang mengaku beragama Islam tetapi bukan sahaja gagal mengucap Kalimah Syahadah dengan baik malah tidak boleh membaca bacaan asas seperti surah al-Fatihah,” katanya. Turut serta dalam lawatan itu ialah 12 Pegawai dan Penguatkuasa dari Pejabat Agama Daerah Jerantut, Pejabat Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Jerantut (PPDNKK), Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut, Majlis Daerah Jerantut dan Pejabat Veterinar Daerah Jerantut.
Posted on: Fri, 06 Sep 2013 07:15:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015