SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH Assalamualaikum dan salam - TopicsExpress



          

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah kita bercuti selama dua minggu sempena Cuti Pertengahan Penggal 2 dan Cuti Hari Raya Aidilfitri, maka pada Isnin ini 19 Ogos 20103 kita semua warga SMKPP 11(2) kembali ke sekolah. Justeru itu PIBG SMKPP 11(2) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan kakitangan serta selamat kembali belajar kepada semua murid. Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga sekolah. Cuti yang agak lama (2 minggu) sudah tentu menjadikan catatan diari kita semakin panjang kerana banyak cerita....cerita panjang, cerita pendek, cerita berbingkai dan pelbagai genre lain yang telah kita lalui sepanjang cuti yang lalu. Walau bagaimana seronok, suka dan dukanya anda sepanjang cuti yang lalu, namun kami berharap semua murid sedar bahawa semalam adalah sejarah, hari ini ialah realiti dan esok adalah harapan dan terbentang masa depan anda yang belum pasti lagi. Sekiranya persiapan anda masih belum mantap untuk menduduki PMR dan SPM, anda sebenarnya masih belum terlewat, kerana setiap saat adalah di dalamnya kesempatan. Selagi PMR dan SPM belum bermula, selagi itulah masa dan ruang masih ada. Refleksilah diri anda dan buatlah penjajaran strategi bagi memastikan anda benar-benar telah bersedia untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan PMR dan SPM nanti. Guru-guru adalah tunggak utama bagi mempasti kejayaan pelajar-pelajar. Tahun ini tahun terakhir peperiksaan PMR, berikanlah yang terbaik untuk kali yang terakhir. Ciptalah sejarah untuk diri anda dan anak didik anda. Tugas guru-guru akan bertambah sibuk bagi minggu yang mendatang. Kami percaya guru-guru akan berusaha memberi yang terbaik demi kejayaan anak-anak bangsa. Kepada ibu bapa dan penjaga murid-murid, PIBG SMKPP 11(2)p mengharapkan kerjasama yang baik dari pihak tuan puan sekalian. Kerjasama pihak tuan puan adalah penting bagi meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak tuan puan. Semoga usaha kita semua akan membawa kejayaan. PIBG SMKPP 11(2) berharap, tahun 2013 ini akan memberikan kejayaan yang lebih gemilang kepada SMKpp 11(2). Sekian terimakasih.
Posted on: Sun, 18 Aug 2013 17:58:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015