SEPUTAR PRK UKM 2013; TAHNIAH MAHASISWA, TAHNIAH GMUKM Pilihan - TopicsExpress



          

SEPUTAR PRK UKM 2013; TAHNIAH MAHASISWA, TAHNIAH GMUKM Pilihan Raya Kampus ( PRK ) UKM terus melakar sejarah tersendiri, tiga kali PRK berturut-turut sejak sesi 2010/2011 sehingga sesi 2013/2014 ( sesi 2011/2012 tidak ada PRK ) Gabungan Mahasiswa UKM ( GMUKM ) melakar kemenangan. Momentum kemenangan ini bermula sesi 2010/2011 dengan kemengan 23 kerusi GM berbalas 15 kerusi Aspirasi ( jumlah kerusi 38 ) kemudian sesi 2012/2013 GM mendapat 18, Aspirasi 9 kerusi dan 1 kerusi bebas ( jumlah kerusi 28 ) dan kemenangan bergaya sesi 2013/2014 GM mendapat 22 kerusi, 4 Aspirasi dan 1 bebas ( jumlah kerusi 27 ). Pada tinjauan umum saya, tahun ini kempen dilihat harmoni berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini tanpa menafikan wujud sedikit sebanyak perkara yang tidak baik didengar. Saya memuji kempen pada tahun ini dengan kewujudan debat presiden, dialog calon di Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Undang-Undang bahkan ia permulaan baik bagi budaya politik hujuh dalam menyuburkan politik nilai dalam kampus. Dengan kewujudan dialog seumpama ini telah memberi pengiktirafan besar kepada keintelektualan mahasiswa untuk berfikir menilai dan memilih calon pemimpin mereka sendiri yang dirasakan sesuai tanpa paksaan dan tekanan dari mana-mana pihak. Tahun ini juga buat kali pertama ruang kempen di diperingkat kolej diberikan berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini dengan kawalan ketat tidak membenarkan calon GMUKM masuk berkempen. Ini satu perkara yang positif dan semoga ia terus diberikan peluang untuk berkempen secara adil. KEMEMENANGKAN Pada pandangan saya, kemenangan besar GMUKM tahun ini atas beberapa faktor umum, antaranya ialah: Pertamanya kerana kepimpinan PMUKM sesi sebelumnya telah mengisi kemenangan dengan penuh baik terutama soal memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Saya membaca penulisan seorang pengetua kolej yang mengkritik PMUKM sesi lalu sekadar menempel nama sahaja sedangkan yang melaksanakan adalah pentadbiran, maka saya rasa beliau mempunyai sikap iri hati yang cukup tebal terhadap kepimpinan PMUKM. Cukup malu sekiranya seorang pengetua kolej tidak dapat membezakan antara kuasa PMUKM dengan kuasa pentadbiran. Sebab itu PMUKM menuntut autonomi kerana wujud pemisah kuasa untuk sebuah entiti mahasiswa melaksanakannya. Beri peluang bahkan PMUKM mampu membuktikan dengan lebih baik. Kedua, GMUKM diserikan dengan kerjasama dan penglibatan aktif Student Unity Front ( SUF ) yang menjadi pengimbang kepada ( CCC ) yang dilihat perkauman atau rasis. Politik yang harmoni merupakan dan sokongan kaum yang pelbagai sekurang-kurangnya memberi kelebihan kepada GMUKM. Ketiga, penguasaan kempen melalui teknologi maya dimaksimumkan oleh GMUKM dengan memuat naik video yang dekat dengan mahasiswa. Saya suka kempen tahun ini seperti “Mahasiswa Sayang UKM” yang akhirnya menepis tohmahan bahawa GMUKM merosakkan nama UKM. Keempat, GMUKM terkehadapan mempromosikan halatuju dan hasil gerak kerja berbanding menghentam lawan. Kempen ini wajar diteruskan kerana mahasiswa mahukan kepimpinan yang berkarismatik dan berwawasan bukannya pemimpin ikut telunjuk apatah lagi pemimpin yang tidak membawa suara kebajikan mahasiswa. Kelima, ketidaktelusan pentadbiran membantu kemenangan calon mahasiswa seperti membawa mahasiswa tahun satu keluar dalam fasa-fasa PRK, menghalang PMUKM terlibat bersama dalam orientasi Minggu Mesra Pelajar dan beberapa perkara lain sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pihak. Cukup beberapa perkara yang saya sebutkan secara umum dan saya fikir untuk tidak memanjangkan perbincangan berkaitan faktor-faktor ini. KESEDARAN TURUN MENGUNDI Daripada peratusan turun mengundi, saya melihat kesedaran demokrasi masih perlu diberikan kepada mahasiswa. Menurut statistik keseluruhan turun mengundi 2013/2014 yang dikeluarkan dalam SMPWEB UKM iaitu 66.56% dan ini masih rendah untuk kita katakan mahasiswa turun mengundi. Kebimbangan saya bukan pada PRK ini sahaja bahkan takut-takut membawa kepada PRU14 nanti yang mana wujud golongan yang cerdik pandai tetapi tidak turut mencorakkan masa depan negara. Oleh itu PRK harus dilihat dalam kerangka pendidikan dan sewajarnya dalam kamupslah tempat menyuburkan demokrasi sehinggakan politik tanah air turut mengikut kecerdikan mahasiswa. Malangnya ia masih ditahap sederhana sedangkan Negara Malaysia memerlukan rakyat yang cerdik pandai mencorakkan kepimpinan negara. Tahniah mahasiswa yang telah melaksanakan tuntutan demokrasi kampus. Selamat maju jaya kepada kepimpinan mahasiswa yang diberi amanah. Mohd Abdullah Bin Mohamed Yusoff MANTAN TIMBALAN PRESIDEN PMUKM SESI 2010/2011 24 Oktober 2013 Baram, Miri, Sarawak Ahmad Muzzammil Muhd Hairi Arief Othman Abdullah Sani Azim Fitri Aida Rahayu Full Muslimah Marsi Nanie Mujahidah Abu Asrar Qalbi Ahmad Shukran Shaharudin Izati Othman
Posted on: Wed, 23 Oct 2013 17:01:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015