SI MANJA SEMAKIN MEMBESAR.... Seronok melihat tumbesaran anak - TopicsExpress



          

SI MANJA SEMAKIN MEMBESAR.... Seronok melihat tumbesaran anak yang semakin banyak perkembangannya. Memasuki empat tahun kehidupan, anak-anak semakin berkembang sosialnya. Pergerakan fizikalnya juga menjadi bertambah lasak. Dia semakin aktif untuk melakukan pergerakan. Jika sebelum ini struktur badannya tidak stabil dan mungkin kerap jatuh, kini dia tidak lagi begitu. Dia akan berlari-lari bersama teman sebayanya. Pergerakan fizikalnya lebih lancar. Ini kerana ototnya semakin kuat ketika ini untuk melakukan lebih banyak pergerakan yang melibatkan aktiviti. Dia juga suka akan penghargaan yang diberi oleh anda setelah menunjukkan tingkah laku yang baik. Ia sudah mengetahui yang dirinya dihargai. Berilah kata-kata pujian, pelukan, ciuman, hadiah atau pun senyuman kepadanya setiap kali kebaikan yang dilakukan. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Selesaikan isu anak tak nak makan dengan Nas Shoppe ^_^ Luahan rumahtangga --> Rumahtangga Bahagia Selamanya
Posted on: Wed, 02 Oct 2013 07:50:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015