SYIAH PENCERCA SAHABAT NABI ADA DI MALAYSIA Ideologi Syiah - TopicsExpress



          

SYIAH PENCERCA SAHABAT NABI ADA DI MALAYSIA Ideologi Syiah berasal dan berpunca daripada ideologi Khawarij (asas mereka adalah sama), di mana wujud di kalangan mereka sikap tidak mengiktiraf pemimpin-pemimpin dan pemerintahan-pemerintahan yang diiktiraf oleh Umat Islam. Syiah pada hari ini tidak mengiktiraf apa jua bentuk pemerintahan di atas muka bumi, melainkan pemerintah di tempat tersebut adalah dari kalangan pemimpin-pemimpin mereka dengan dasar-dasar akidah mereka. Di Malaysia sendiri, ada dalam kelompok atau parti tertentu di mana seorang tokoh yang dilihat sangat condong kepada Syiah, apabila ditanya kepada beliau di dalam satu hiwar (perbualan) tentang masa depan dan hala tuju, ditanyakan kepada beliau, “Tuan dikatakan sebagai Syiah, akidah Tuan dikatakan akidah Syiah, apa pendapat Tuan?” Beliau berkata secara jelas, “Saya tidak bercakap soal akidah, tetapi saya kagum dengan Ayatollah (baca: Ayatusy-Syaitan) Al-Khomeini; Revolusinya, kepimpinannya. Bahkan pemimpin-pemimpin Iran pada hari ini, pemimpin Hizbullah, Hasan Nasrallah yang menghantar anaknya pergi berjihad dan mati anaknya di jalan Allah, ini yang kita kagumi. Kepimpinan seperti ini yang kita inginkan.” Itu yang dia sebut. Kita tidak memanggil Khomeini sebagai Ayatollah, kita memanggilnya Ayatusy-Syaithan. Kita tidak memanggil Hizbullah, kita memanggilnya Hizbusy-Syaitan! Sebenarnya kalau dilihat akidah Syiah yang paling jelas, di antara rukun Islam mereka adalah Al-Wilayah. Mereka tidak akan mengiktiraf mana-mana tempat di atas muka bumi ini selagi mana tidak dipimpin dan tidak dikepalai oleh sistem mereka dan akidah mereka. Mereka mengamalkan taqiyyah (berpura-pura). Mereka tidak menampakkan akidah mereka yang sebenar, dan mereka tidak menampakkan akidah mereka yang mengkafirkan sahabat Nabi, mereka tidak menampakkan akidah mereka menghina dan mengkritik sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum ajma’in secara terang-terangan, tetapi sebenarnya mereka telah menampakkan salah satu prinsip dasar akidah Syiah, iaitu Al-Wilayah. Ini adalah satu dan ciri-ciri ideologi Ahli Bid’ah (Syiah dan Khawarij) yang perlu dibahaskan kerana pada hari ini ideologi ini telah menular masuk ke dalam masyarakat kita dengan menggunakan nama hak asasi manusia. Mereka bersekongkol dengan golongan-golongan pluralisme, liberal, anti-hadis, seksualiti merdeka, menyusup di dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan. Alhamdulillah, kerajaan Malaysia berusaha menyekat penyebaran ideologi mereka maka mereka menggunakan apa saja cara untuk menjatuhkan kerajaan ini yang memberi tekanan kepada mereka. Antara cara mereka adalah melalui demonstrasi, mereka berpakat sama-sama memohon agar diberikan kebebasan dan hak untuk mereka bersuara. Semua ini berlaku pada hari ini dan itu adalah realitinya. Sebab itu saya ingin membahaskan tentang sahabat Nabi, untuk mewujudkan sensitiviti pada orang-orang yang menampakkan hendak memperjuangkan Islam, hendak mewujudkan negara Islam, hendak berhukum dengan hukum Islam tetapi di sebalik itu, akidah mereka tentang generasi-generasi yang mana Syariat Islam dinukilkan daripada generasi ini, hukum-hukum Allah dinukilkan daripada generasi ini, hukum hakam berkaitan akidah, syariah, akhlak, segala-galanya daripada mereka, Al-Quran daripada mereka, hadis-hadis Nabi daripada mereka, tetapi tiba-tiba wujud satu kelompok mengkafirkan mereka, menyesatkan generasi mulia ini, generasi para sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in yang wajib kita pertahankan, yang wajib kita cintai dan sayangi dan diharamkan seorang pun daripada kita mengotori lisan-lisan dengan perkataan yang tidak sewajarnya ke atas para sahabat. KEDUDUKAN SAHABAT NABI SALLALLAHU’ALAIHIWASALLAM Firman Allah menceritakan tentang kedudukan sahabat Nabi, وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama (masuk Islam) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadaNya, dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah At-Taubah, 9: 100) Begitu juga hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, لا تَسُبُّوا أصحابي، فلو أنّ أَحدَكُم أنفقَ مِثلَ أُحُدٍ ذَهَبا ما بَلَغَ مُدَّ أحَدِهمْ ولا نَصيفَه “Janganlah kalian mencela sahabat-sahabatku, kalau sekiranya salah seorang di antara kalian bersedekah emas sebesar gunung Uhud, hal itu tidak akan menyamai sedekah yang mereka keluarkan seberat satu mud (secupak), tidak pula separuhnya.” (Muttafaqun ‘alaihi)
Posted on: Tue, 06 Aug 2013 22:49:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015