Sains Penciptaan Alam Semesta Daripada Asap ? Apabila kita - TopicsExpress



          

Sains Penciptaan Alam Semesta Daripada Asap ? Apabila kita merenung langit, bumi dan alam sejagat di sekeliling kita ini tidaklah terus wujud seperti apa yang dilihat sekarang. Sebaliknya, ia melalui proses-proses tertentu yang sangat panjang. Antara proses-proses pembentukan alam semesta ini adalah pembentukan gas hidrogen dan helium sehingga menjadi gumpalan awan raksasa atau dikenali dalam istilah astronomi sebagai nebula. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Al Quran, Surah Al Fussilat Ayat 11, Allah SWT berfirman. Kemudian Dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu Dia berkata kepadanya dan bumi, Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa. Keduanya menjawab, Kami datang dengan tunduk Ayat dari Al Quran ini jika kita selidik secara lebih mendalam dengan hati yang terbuka kita mendapati terdapat petunjuk yang berkaitan dengan konsep astronomi. Pertama, Allah SWT menyatakan bahawa dahulu sebelum kejadian planet Bumi, langit pada masa itu dalam bentuk asap yakni nebula. Kenyataan ini memang menepati dengan ilmu astronomi moden yang mengatakan bahawa nebula-nebula merupakan tempat kelahiran bintang-bintang baru contohnya Nebula Orion. Kedua, Allah SWT berfirman kepada langit dan bumi supaya tunduk dengan izinNya lalu pembentukan sistem suria kita yang bermula daripada gumpalan asap lama kelamaan menjadi planet, bulan, matahari dan asteroid. Dalam ayat ini, kita telah mendapati bahawa langit dan bumi datang dengan tunduk kepada Allah SWT bukan kerana dipaksa. Ini jelas menunjukkan bahawa kejadian langit dan bumi bukanlah berdasarkan konsep satu kebetulan (by chance), kemungkinan (probability) dan secara rambang (random). Sebaliknya, ia mematuhi satu perancangan dari Allah SWT yang menciptakan alam ini. Cuba anda bayangkan, sekiranya kejadian pembentukan alam semesta yang kita lihat pada hari ini dijadikan secara rambang, kebetulan dan kemungkinan sudah tentu aturannya menjadi porak peranda dan kelam kabut. Malah ia tidak mampu mewujudkan apa yang kita lihat seperti hari ini. Kewujudan satu sistem yang teratur dari satu peringkat ke satu peringkat di alam semesta ini menunjukkan adanya perancang di sebalik semua kejadian ini iaitu Allah SWT. Seorang cendekiawan Barat, Paul Davies menyebut dalam bukunya, Superforce, The Search For A Grand Unified Theory Of Nature terbitan tahun 1984 menulis. Memang susah hendak mempercayai bahawa ledakan Big Bang yang dahsyat itu mampu menghasilkan tenaga dan kuasa tarikan yang tepat. Justeru Big Bang bukannya sekadar satu ledakan tetapi ia merupakan satu ledakan yang terancang Kejadian Langit Dan Bumi Daripada Asap Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam Surah Al Fussilat ayat 11, Allah SWT mengatakan bahawa sebelum terbentuknya langit dan bumi dahulu tiada sebarang objek-objek samawi yang wujud kecuali asap atau nebula. Daripada asap atau nebula inilah terbentuknya planet, bintang, matahari, bulan dan lain-lain. As Syeikh Said Hawa menyebut dalam kitabnya yang bertajuk, Al Asas Fi Al Tafsir menulis. Sesungguhnya memang sudah ada suatu keyakinan sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa raya adalah dalam bentuk gas seperti asap. Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia terlalu hampir dengan maksud perkataan Dukhan di dalam Al Quran Ayat 11 dalam Surah Al Fussilat ini menggunakan perkataan Dukhan. Dukhan bermaksud asap. Istilah ini dalam bahasa Inggeris berbunyi Smoke. Asap pula pada mulanya jika terbentuk hendaklah bermula dari benda yang panas maka ini bermaksud pada asal awal kejadian alam semesta ini sememangnya suasananya panas. Oleh itu, jika diselidiki dengan lebih mendalam didapati bahawa awal pembentukan bintang-bintang bermula dengan gumpalan-gumpalan awan hidrogen dan helium yang panas atau bersuhu tinggi. Ini yang berlaku pada nebula-nebula di alam semesta dimana nebula-nebula yang merupakan awan atau asap tebal sememangnya memiliki suhu yang panas. Satu perkara yang menarik perhatian Sejagat Raya mengenai hal ini ialah mengenai teori Big Bang. Teori Big Bang menyatakan bahawa pengembangan alam berlaku dalam keadaan yang sangat panas. Untuk tiga minit pertama ia merupakan satu letupan yang sangat dahsyat dan sudah tentu ia bersuhu tinggi oleh itu ia selari dengan maksud asap didalam Al Quran yang menceritakan tentang proses kejadian langit dan bumi. Ringkasnya, asap berasal dari benda yang panas. Selepas 3 minit berlalu, proses penyejukan mula berlaku. Keadaan ini menyebabkan kelahiran proton dan neutron. Akibat percantuman antara kedua-dua partikel ini lahirlah nukleus lalu terbentuknya atom hidrogen dan helium setelah bersatu dengan zarah elektron. Selepas letusan Big Bang berlalu, gas-gas hidrogen dan helium berpadu akibat daripada tarikan daya graviti. Selepas itu, maka terbentuklah gumpalan-gumpalan asap raksasa dimana panjang dan saiznya mencapai puluhan, ratusan dan ribuan tahun cahaya dari hujung ke hujung gumpalan awan ini. Selepas beberapa juta dan bilion tahun maka terbentuklah sistem planet dan bintang-bintang. Penemuan-penemuan sains terkini ada menyebut tentang fenomena kejadian alam semesta daripada asap ini. Dalam artikel bertajuk Gas Clouds In Space, Remnants Of The Big Bang di San Francisco bertarikh 14 Januari tahun 2000 tulisan oleh Keay Davidson menyebut bahawa para saintis menemui gas hidrogen yang bergerak seumpama awan di angkasa dengan kelajuan lebih kurang 300 batu sejam. Para saintis berpendapat gumpalan gas ini wujud memenuhi kosmos selepas berlakunya ledakan Big Bang dahulu. Satu lagi laporan lain memberitahu, dari National Radio Astronomy Observatory Socorro, New Mexico pada 25 Julai 2003, di bawah tajuk Giant Gas Cloud Made Of Atoms Formed In First Stars, melaporkan penemuan yang menunjukkan di peringkat awal kejadian alam, molekul-molekul gas sudah memenuhi angkasa dan daripadanya lahirlah bintang-bintang. Menurut sains, awan-awan hatta yang kita lihat di langit kini terdiri daripada molekul-molekul gas begitu juga di angkasa lepas. Ia adalah benda yang sama sahaja sifatnya cuma berlainan komponen gasnya. Laporan lain lagi mengenai bukti asap adalah unsur awal kejadian alam ialah pihak NASA melaporkan Chandra X Ray Observatory menemui dua gumpalan awan raksasa yang dipenuhi gas-gas bersuhu tinggi. Kajian saintis menunjukkan gas-gas seumpama awan ini mampu melahirkan galaksi-galaksi yang mengandungi berbilion bintang-bintang. Selain itu, laporan daripada Space Telescope Science Institute melaporkan bahawa alam semesta ini bermula daripada ledakan Big Bang lebih kurang 15 bilion tahun lampau lalu melahirkan gas helium dan hidrogen. Akibat tarikan graviti yang berlaku antara molekul-molekul gas ini maka lahirlah bintang-bintang. Penemuan dari laporan-laporan ini mengesahkan kebenaran Al Quran yang terdapat dalam Surah Al Fussilat ini. Kekaguman seorang saintis dengan kenyataan Al Quran ini adalah Profesor Yoshihide Kozai daripada Universiti Tokyo, Jepun. Beliau adalah pengarah National Astronomical Observatory di Mikata, Jepun. Apabila ditunjukkan kepada beliau tentang ayat-ayat Quran yang menceritakan perihal kejadian langit dan bumi. Beliau mula mengkaji ayat-ayat Quran tersebut dan beliau mendapati ia selari dengan penemuan sains terkini. Beliau merasa kagum kerana merasakan bahawa ayat-ayat itu diceritakan oleh seorang yang memerhatikan alam semesta ini di peringkat paling tinggi. Seseorang yang memerhatikan dari mula sampai habis proses kejadian alam semesta ini. Berhubung dengan kejadian langit dan bumi daripada asap, beliau berpendapat penemuan-penemuan semasa menunjukkan fenomena ini memang benar-benar berlaku. Alam semesta memang wujud dalam bentuk gumpalan asap dan daripada gumpalan asap inilah lahirlah bintang-bintang dan galaksi yang berbilion-bilion banyaknya. Akhirnya beliau berkata. Saya kagum dengan fakta-fakta astronomi yang terdapat di dalam Al Quran, dengan membaca Al Quran dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul, saya rasa saya akan menemui cara untuk mengkaji alam semesta pada masa akan datang Sejagat Raya - Cetusan Alam Sejagat sejagatraya
Posted on: Sun, 27 Oct 2013 10:39:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015