Salam Jumaat Penghulu Hari , Teguh Ilmu Rahsia Diri , Perjalanan - TopicsExpress



          

Salam Jumaat Penghulu Hari , Teguh Ilmu Rahsia Diri , Perjalanan Hidup Penuh Berduri , Kuatkan Iman Disanubari. Rukun Iman Wajib Diketahui , Sudah Tahu Wajib Diamali , Jika Longgar Didalam Hati , Dirikan Hanyut Tiada Kendali. Pada Allah Semua Percaya , Pada Malaikat Ramai Yang Lupa , Pada Kitab Sebahagian Sahaja , Pada Rasul Pun Begitu Jua. Hari Kiamat Ramai Yang Takut , Qada Dan Qadar Suka Suka Disebut , Iman Yang Rapuh Kan Menjadi Reput , Hancurlah Diri Menjadi Kecut. 6 Rukun Sudah Termaktub , Faham dan Amal Pegangan Sufi Sebelum Mata Kita Terkatub , Jangan Berlengah Mencari Diri
Posted on: Fri, 28 Jun 2013 01:44:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015