Salam divaz, ramai nak beli ASST, ILUS N MYPI beserta Tanda - TopicsExpress



          

Salam divaz, ramai nak beli ASST, ILUS N MYPI beserta Tanda Tangan saya. Untuk pengetahuan , saya tak jual novel dan saya tak pandai bisnes. Bila saya masuk dunia penulisan ini, tumpuan utama saya bukan nak buat duit walau ramai yang ajak saya join venture dalam apa2 bisnes termasuk mengeluarkan barangan yang berjenama MELUR JELITA. Bila saya menolak, depa kata saya bodoh dan tak pandai ambil kesempatan. Tak apalah saya bodoh. Satu hari nanti saya akan cerdik juga. ekeke Seperti yang selalu saya habaq, menjadi penulis di usia emas ini sangat terlambat bagi saya. Dengan banyak kekurangan diri termasuk tiada keghairahan nak buat duit, nak glemer atau popular, saya menghampakan ramai pihak. Sedangkan masih ramai yang seusia dengan saya atau lebih tua dari saya masih bersemangat dalam dunia ini untuk menonjolkan diri. Alhamdulillah bagi pihak mereka. Allah masih kurniakan semangat dan azam yang kental. Dan saya kagum dengan mereka. Harapan saya, sesiapa yang mendampingi saya harus sedar saya hanya seorang biasa dan sangat sempoi. Malang bagi mereka yang ingin percikan glamer, ingin dikenali, ingin perhatian apalagi ingin membuat duit dengan menggunakan nama saya. Saya tiada apa2 untuk diberi kepada mereka yang berniat demikian. Saya tahu ramai yang frust bila jumpa saya secara personal. Mereka membayangkan saya sangat trendy dan fashionable seperti Intan dan Iris. Wake up gals! Harus tahu bezakan fantasi dan realiti. Dan ada yang cuba nak ubah saya contohnya bermekap seperti Intan dan Iris. Ia sesuatu yang sangat saya tak suka. Saya, Melur yang sangat kampungan. Sangat selesa menyeret selipar ke mana saja, tetap suka makan budu, cencaluk, tempoyak, pekasam dan ulam. Walau saya duduk di hotel berstar2 di mana atau berada di oversea mana, perut saya tetap perut Melayu. ekeke Maafkan saya divaz. Saya bukan seperti yang divaz bayangkan. Saya adalah saya. Saya tak selesa dengan kemewahan dan kegemilangan percikan bintang2 glamer. Saya suka biasa dan biasa adalah dunia saya. Hak peribadi saya jangan diceroboh. Melur itu nama bunga yang sangat saya gemari. JELITA itu panggilan istimewa untuk divaz jelitawans. Ia bukan bermakna, jelita sangat ka Melur itu? ekeke Saya menggunakan nama Melur Jelita kerana ia nama blog saya yang dah saya hapuskan. MJ nama samaran kerana saya dari dulu lagi tak mahu dikenali, ditemui dan dibawa ke depan. Saya lebih senang buku2 saya meletops dan tersebar ke seluruh dunia. Semoga apa yang saya belasah dan tulis main2 itu akan sampai ke hati semua pembaca dengan diri saya yang tak ada ilmu dan kelulusan yang tinggi. Tetapi takdir Allah membawa saya ke arah lain. Rupa paras saya dikenali dan masuk tv juga walau dengan tergagap2 dan tersipu2..ekeke. Saya terima dan redha dengan takdir-Nya. Saya membelasah dengan apa yang saya ada, setakat yang mampu. Sesuailah dengan diri saya yang sangat biasa ini. Walau ayat saya tak ada yang bombastik, lokasi novel saya tak ada yang jet set, hero2 dan heroine2 saya biasa2, jalan cerita saya biasa2 dan entah apa2...tapi saya sangat bersyukur. Alhamdulillah9999999999x
Posted on: Sun, 20 Oct 2013 06:42:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015