Saya pernah mengunjungi seorang pegawai tertinggi Dewan Bandaraya - TopicsExpress



          

Saya pernah mengunjungi seorang pegawai tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) salah satu zon di Kuala Lumpur atas urusan kerja yang melibatkan perbincangan program dibawah seliaan DBKL. Perbincangan yang sepatutnya formal bertukar menjadi seperti perbualan biasa dek kerana keramahan dan juga interaksi dua hala yang begitu menyenangkan.Apa yang menarik saya nak kongsi disini adalah sifat baiknya terutama berhadapan dengan kejadian peniaga-peniaga kecil yang tidak mempunyai lesen atau sebagainya.Katanya : "Orang selalu nampak pegawai-pegawai saya bagi saman kepada pesalah parking dan peniaga-peniaga kecil tapi orang tak pernah nampak nilai toleransi yang kami buat.Contohnya hal mengenai masalah peniaga-peniaga kecil seperti menjual makanan,saya memahami mereka berniaga untuk mencari rezeki dan kebanyakkan mereka bukanlah hidup senang sangat.Ya lah kalau hidup mereka senang buat apa nak membanting tulang berniaga kecil-kecilan" "Kami pun selalu tidaklah terus bagi saman sebab tidak punyai lesen,kita selalu pesan kalau pakcik atau makcik tidak tahu prosedur mengenai urusan permohonan kami sendiri akan bawa borang untuk mereka.Sementara proses permohonan dibuat pakcik dan makcik berniagalah macam biasa,yang penting jaga kebersihan dan pakcik makcik berniagalah hingga jam 10 pagi sahaja (untuk yang menjual sarapan.)" "Kadang-kadang saya kasihan juga kalau kita keluarkan saman atau sita barang mereka,duit lagi.Mereka sudahlah berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga,jadi kalau kita saman atau sita membuta tuli tanpa ada rasa toleransi takut-takut mereka tertekan dan ambil pilihan lain pula seperti melakukan jenayah atau kerja haram lain untuk sara hidup.Ada ramai ibu tunggal juga yang berniaga kecil-kecilan ini,jadi apalah nilai sangat kita bertimbang rasa demi membantu mereka ini." "Saya selalu pesan pada pegawai saya benar kita punyai amanah tapi kita juga ada hati nurani untuk bertimbang rasa,anggaplah ini sebagai jariah ibadah kerja kita.Tapi lainlah kalau ada peniaga yang degil tidak mahu mematuhi undang-undang atau peraturan,itu terpaksalah kami lunaskan tanggungjawab kami." Saya yang mendengar itu rasa kagum dan teruja pula dengan ceritanya itu,tidak nampak pun keangkuhan bila beliau bercakap meski beliau merupakan pegawai atasan tertinggi DBKL peringkat zon.Doa saya moga Allah merahmati dan mencatat segala kebaikan dan kemuliaan jasanya itu. Sebelum kami berpisah beliau sempat berkata doakan beliau diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan haji nanti.Nak kirim daging unta tak? Sempat lagi beliau bergurau. Kata saya insyallah,moga urusan tuan dipermudahkan. Senyum. :)
Posted on: Thu, 29 Aug 2013 03:18:34 +0000

Trending Topics



style="min-height:30px;">
☢☢☢☢☢ TERRANCE ☢☢☢☢☢ And so we have yet
If there is a 90% vote to rejoin No longer soviet Communist but

Recently Viewed Topics




© 2015